Bab 1 : Hi Boss ☺️

22.2K 94 3
                                    

Tik-tok bunyi mesej masuk

EVA : Babe!!! Kau kat mana dah? Woiii cepatlah Boss baru kita dah nak sampai dah ni. Kang tak pasal2 kau jadi orang pertama kena marah boss nanti.

DEE : Kot ye pun nak aku cepat janganlah sampai lupa nak bagi salam dulu minah oiiiii 😂😂.. Assalamualaikum!!!

EVA : Ya Allah lupa pulak aku. Waalaikumsalam Tuan puteri Aleesya Diandra  yang comel loteh macam beruang kutub 😋. Dee kau kat ne ni? Lama lagi nak sampai ke?

DEE : Ya Allah... sabar boleh tak?? Aku dah dekat dah ni..nnt kite citer ek..aku nak fokus driving ni..kang tak pasal2 kau kena lawat aku kat hospital pulak kalau asyik layan mesej kau ni Eva.

EVA : heheheh yer tak yer jugak kan. Ok2. Kau drive jer secepat dan seselamat yang boleh. Breakfast kau aku dah ada belikan. See u soon babe.

*****************

Sesampai saja aku diruangan tempat meletak kenderaan bagi kakitangan Masterbuild Holdings, aku terus melajukan langkahku untuk segera berada dibilik mesyuarat. Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan pekerjaan selepas bercuti selama 2 bulan. ( hahhh..readers semua jangan nak tanya kenapa cuti lama sgt 😅😅 )

Ehh..tak sedar tiba-tiba dah ada dekat tingkat 48 bangunan Masterbuild Holdings.

Aku membetulkan rambutku yang serabai tadi dek kerana kelam-kabut nak hadiri mesyuarat tergempar. Aku melihat jam tangan jenama Fossil yang kelihatan kemas & bergaya ditanganku yang comel ni. Jam menunjukkan yang aku masih ada masa lebih kurang 20 minit sebelum meayuarat dimulakan. Aku pun mengambil kesempatan ini ke tandas untuk melepaskan hajat kecil ku sekaligus membetulkan pakaian ku yang dah compang-camping serta merapikan solekan nipis diwajah bulat ku.

***************

Seusai aku menyelesaikan "urusan" di ladies room tadi dan setelah aku puas dengan penampilan luaran ku, aku pun melangkah keluar penuh yakin. Setiap kakitangan yang aku temui disepanjang laluan ku untuk menuju ke pejabat ku aku sapa dengan melontarkan sebuah senyuman yang seikhlas-ikhlasnya..

"Wowwww..Dee is backkkkkkkkk!!!!" Sapa Adli, bff lelaki aku kat pejabat ni.

"Ahhhhhh..liiiiiiiii 😍😍😍 I miss u shayang" balasku kepada Adli. Kami pun melaga-lagakn pipi tapi tak sentuh kulit k. Kitorang buat ala2 sajat gitewww 🤣🤣

Adli tanpa segan silu terus menarik tangan ku dan mengajak aku untuk sama-sama dengannya masuk ke dalam bilik mesyuarat. Namun aku segera menghentikan langkahku dan meminta Adli untuk pergi terlebih dahulu sebab aku perlu meletak handbag aku dibilik kerja ku terlebih dahulu. Dah nama pun BFF kan, si Adli pun hanya mengangguk dan tersenyum manis ke arahku tanda dia mengerti.

****************

Baru saja aku nak duduk di kerusi kerja yang memang dah lama aku rindui tu..tiba-tiba BFF aku yang perempuan yang bernama EVA NATASHA datang dan terus mengambil handbag aku beserta buku nota ku dan menarik aku menuju ke bilik mesyuarat.

Aku yang kebingungan hanya mampu menuruti langkah sahabatku. Sebelum memasuki bilik mesyuarat, kami terserempak dengan beberapa orang lagi pegawai eksekutif di syarikat kami dan dalam ramai2 orang kat situ aku tertarik untuk memandang seseorang yang saaaaaannngatttttttt tak pernah aku jumpa dan dalam kepala otak aku yang kebingungan ni, aku hanya mampu mengagak bahawa lelaki tersebut adalah pegawai yang dilantik untuk menggalas tugasku sepanjang aku bercuti. Aku hanya mampu tersenyum melihat mereka semua.

Tiba-tiba, Eva bersuara...........

"Good Morning Boss!!!!" Sapa Eva kepada lelaki yang aku fikirkan sebagai pengganti aku sepanjang bercuti..

Oh ya..untuk pengetahuan readers semua.. Eva dah berkahwin tau..dah ada anak sorang dah.. heheheh

Ok back to story........

Aku yang terkejut mendengar sapaan Eva terus memandang Eva dengan raut wajah yang penuh tanda tanya. Sekali lagi... dah nama BFF kan mestilah saling memahami. Eva pandang aku dan memperkenalkan aku dengan "BOSS"..

"Boss, inilah Dee. Ehh Aleesya Diandra ☺️. Eksekutif yang laaaama sangat cuti tu boss " - ujar Eva kepada Tengku Adam Isaac aka Boss

Isaac tersenyum manis sambil memandang aku.

"Ohhhhh..inila boss baru kita??hehehe.. Good morning Tengku..I'm Aleesya Diandra but you can call me Dee 😊" - sapaku kepada boss baru kami sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Isaac.

"Hai Dee..please don't call me Tengku..I tak biasa sangat..panggil I Isaac jer" - balas Tengku Adam Isaac

"Wowwww..o....ok Teng.......eh Boss" - kataku sambil menutup mulutku yang aku rasakan sudah mulai nak becok. 🤣🤣🤣🤣

Kami pun melangkah masuk ke bilik mesyuarat beramai-ramai dan terus mengambil tempat duduk mengikut susunan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.

*******************

Seusai mesyuarat, semua orang yang hadir masing-masing mengatur langlah menuju ke ruangan kerja masing-masing. Aku yang terkejut dengan keputusan mesyuarat yang menukar jawatan aku daripada ketua projek kepada Personal Assistant Tengku Adam Isaac.

Aku dapat merasakan bahawa senyuman yang terukir diwajah bulatku ini teramatlah palsu. Aku bukan tidak dapat menerima keputusan yang entahlah siapa yang pandai-pandai buat rombakan ni. Aku boleh jer menyesuaikan diri dengan tugasan baru. Tapi aku sekarang ni risau yang aku tak mampu untuk jadi PA seseorang. Diri sendiri jer tak terurus inikan lagi nak urus hal orang lain dan orang lain tue adalah boss aku yang baru jer beberapa jam aku kenal. Ya Allah, apalah malang nasib aku ni.

You're My DestinyWhere stories live. Discover now