Kecewa,
Saat kebenaran terbongkar,
Dimana harus aku sembunyikan rasa itu?Sedih,
Perasaan yang paling dalam di sudut hati yang rapuh,
Mutiara jernih yang sering menghiasi diri ini umpama kata-kata dari jiwa.Gembira,
Di saat terukirnya senyuman manis,
Saat itu juga aku tersedar dari mimpi indah,
Senyuman itu tak akan kekal buat selamanya.Dendam,
Pernahkah kau merasai perasaan ini? Pasti pernah bukan? Rasa yang terlalu sakit hingga menjadi nanah dalam hati kau. Hingga kau lupa apa itu erti kemaafan, kedamaian.Syukur,
Atas sejadah cinta,
Aku mengucap syukur,
Kerana Dia telah memberiku peluang,
Untuk merasai perasaan indah ini.
YOU ARE READING
Segala rasa
PoetryMulut, Tiada kata-kata yang mampu diluahkan pada saat itu. Mata, Mutiara jernih sentiasa mengalir setelah penat menanggung beban perasaan. Hati, Sarat dengan segala rasa hingga menjadi satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Apabila bicara terh...