Chapter 16

167 30 29
                                    

Jangan lupa VOTE dan KOMEN . :)

Thank you ♡



---------------------------------


Setelah makan malam selesai, Jinsang dan Junhoe sama-sama melambatkan aktiviti mereka untuk membiarkan hanya mereka yang tertinggal di belakang. Apabila semua sudahpun masuk ke dalam bilik hotel masing-masing, maka tinggallah Chanwoo, Junhoe dan Jinsang yang sedang berbual di hadapan bilik masing-masing.

"Chanwoo, kau tak pandai nak fikir ke yang aku sebenarnya nak berbual dengan Jinsang je sekarang ni?" Junhoe yang pasrah menunggu lelaki itu untuk sedar bertanya.

Chanwoo memandang Junhoe dan Jinsang silih berganti. "Oh, ya? Aku tahu sebenarnya tapi aku sengaja malas nak bagi kau masa untuk berdua-duaan. Sebab nanti ada orang ketiga iaitu syaitan."

"Kau lah tu." Jinsang berkata sambil memutar bebola matanya malas.

Junhoe tertawa kecil dengan ayat Jinsang. Kerana Chanwoo masih tidak bergerak walaupun diberikan petunjuk yang jelas, Junhoe mula menolak lelaki itu perlahan-lahan ke bilik hotelnya lalu dia pun berjalan ke arah Jinsang.

"Jinsang, aku rindu kau. Aku harap bukan aku seorang." Junhoe memegang pergelangan Jinsang dan mula melangkah ke bilik hotelnya.

"Hm, aku tak rindu kau pun." Jinsang memeluk tubuhnya sambil melangkah masuk ke dalam hotel milik Junhoe.

Junhoe memutar bola matanya malas. "Serius? Ha, buktikan." Dia tersenyum sinis sambil mengunci pintu biliknya.

Jinsang hanya tersenyum sambil mendekati Junhoe.






Yonhee yang sedar bahawa mesin pembuat kopi di biliknya tidak berfungsi terus mencapai seliparnya dan menolak pintunya terbuka untuk turun mencari kopi. Pada saat itulah dia ternampak kelibat Jinsang yang baru sahaja keluar daripada bilik yang pastinya adalah bilik Junhoe dan bukan milik Jinsang.

"Woi!" Yonhee mendekati wanita itu, pergelangan tangan wanita itu ditarik lalu wanita itu dipaksa masuk ke dalam biliknya. Pintu biliknya dikunci lalu dia mula meliarkan matanya atas dan bawah pada wanita itu dan kemudian mula menghidu bau wanita itu.

"Huh, aku dah agak dah kau ada hubungan dengan dia. So, macam mana? Dah bersedia untuk terangkan kepada aku semua benda yang berlaku?"

Jinsang menarik nafas panjang, sudah tidak ada jalan lain lagi hendak bebas dari Yonhee kali ini.

[C] Accidentally MarriedWhere stories live. Discover now