Sorry ye kalau tak best. Hehe
🍭
BAB 2
🌻
Jika dia bukan Daniel, untuk apa dia berada di dalam bilik ini? Kerana harta? Atau kedudukan yang tinggi?
Misya tahu lelaki itu punya misi yang tersendiri. Mana mungkin si bongkak dan self centre seperti dia sanggup mengahwininya?
Sedangkan Daniel saja menolak pada saat-saat terakhir, apatah lagi lelaki di depan Misya jika tiada sesuatu yang menghambat dirinya.
“I?” Lelaki itu mendengus nipis.
Misya menggenggam kedua-dua tangannya. Risau jika dirinya dikasari tanpa amaran kerana lelaki ini seperti bila-bila saja mampu berbuat sesuatu di luar dugaan.
Pun begitu, mata Misya tekun merenung seraut wajah di hadapannya. Ekspresi lelaki itu keras.
Namun dalam keras, dia melihat kesempurnaan. Matanya terpancar cahaya dingin. Tetapi hidung dan bibirnya terletak kacak. Malah wangian lelaki itu jelas maskulin menerobos masuk ke dalam deria hidu Misya. Dia berdebar.
“You siapa?” soal Misya lagi.
Senyuman kecil ditarik di hujung bibir yang merah, tanda lelaki itu tidak menyentuh batang rokok. Atau memang jenis kulitnya begitu, Misya kurang pasti.“Aiden. I Aiden.”
Misya tertunduk. Aiden. Dia pernah mendengar nama itu. Antara yang pernah dia dengar, Aiden adalah cucu ketiga sebelah Tok Zhar. Tok Zhar pemilik empayar perniagaan terbesar di Selangor ini. Pemilik francais perniagaan restoran makanan segera di seluruh Malaysia, butik-butik terkenal di Selangor, pemilik bangunan-bangunan pencakar langit, syarikat telekomunikasi terbaik negara, syarikat hartanah yang entah bernilai berbillian ringgit nilainya, dan pemilik rumah-rumah tahfiz yang sedang aktif.
Cuma Aiden lelaki yang sering kali tidak wujud dalam setiap majlis keluarga Tok Zhar. Misya cukup tahu Aiden dilahirkan oleh isteri kedua anak Tok Zhar. Isteri pertama Pak Cik Khalid tidak menyukai isteri kedua dan Aiden sendiri, maka kedua-dua mereka kerap kali diasingkan.
Tidak hairanlah Aiden kacak, ibunya sangat jelita. Artis tersohor Tanah Melayu awal selepas merdeka. Cuma sikap lelaki itu seperti bakal mengundang perpecahan rumah tangga mereka berdua!
“Aiden Yusuff?” Misya menyebut.
Nama itu membuat mata Aiden terbuka luas.
“Apa niat you berkahwin dengan Daniel?” Aiden melepaskan dagu wanita itu. Kembali duduk di atas sofa mewah di depan Misya.
Daniel adalah cicit Tok Zhar, cucu kepada Khalid dan isteri pertamanya. Lelaki yang sepatutnya menjadi seorang suami kepada Misya Zulaika.Cuma lelaki itu ingkar pada saat-saat terakhir. Dan Misya tidak menyangka, pakcik tiri Daniel pula yang menggantikan kedudukan itu.Mata Aiden jatuh ke perut Misya. Lama. Misya perasan renungan tajam itu. Adakah Aiden menyangka di dalam perutnya tumbuh satu nyawa?
Misya bangun.
“You kenal I, Aiden?” Misya mengambil tiara di atas kepala. Satu persatu jarum yang tersemat di antara tudung dan anak tudungnya dilepaskan dan diletakkan di atas meja rias.
Aiden senyap.#YusuffdanZulaika
#rinsyachasianiTeaser part 3. 😘
Misya merebahkan kepalanya di atas bantal. Keluhan terbit dari bibirnya. Antara lega, dan antara bimbang.
Lega kerana Aiden yang membawa cuaca kaku itu menghilang, dan bimbang dengan masa depan.
YOU ARE READING
YUSUFF DAN ZULAIKA
General FictionPernahkah kau simpan crush dalam diam? Atau diam-diam merindui pesona seorang lelaki tanpa menyatakan? Begitulah aku. Aku Misya Zulaikha, cucu sulung lelaki ternama bernama Tok Zin. Dan aku menyimpan crush terhadap... suamiku sendiri. Mengapa? Ker...