Hak Cipta Terpelihara
💟
SEBENARNYA, mencintai seorang lelaki itu amat mudah. Lebih mudah berbanding menghafal namanya.
Begitu pun, Misya kurang mengerti.Adakah cinta akan membawa kebahagiaan hakiki. Berkahwin tanpa mengenali, kata papa cukuplah berlandaskan syariat Islam. Cinta selepas kahwin itu indah.
Tetapi di hadapan Misya, seorang lelaki yang berwajah beku. Tidak mesra. Mungkin juga tidak mengalu-alukannya masuk ke bilik pengantin ini.
Mata lelaki itu tajam. Seperti mahu mengawasi setiap tindak tanduk Misya yang kelihatan canggung.
Misya duduk di sisi katil, cuba untuk berkata sesuatu namun gagal.
“Umur you berapa?” Soalan pertama yang keluar dari bibir lelaki itu.
Misya menunduk kepala.
“28.”
“28?” Entah kenapa suara lelaki itu kedengaran dingin. Menyindir. Sehingga membawa kekakuan yang amat dahsyat buat diri Misya.
“Name?”
Misya mengangkat muka apabila soalan kedua keluar dari bibir merah lelaki itu. Bukankah lelaki ini tadi telah melafazkan akad nikah padanya?
“Misya Zulaikha.”
“Tahu nama I?”
Misya mengangguk. Pelan. Cukup menandakan dia kurang selesa berhadapan dengan lelaki yang duduk seperti maharaja di atas single sofa.
“I bukan Daniel.” Suara lelaki itu semakin sinis. Matanya semakin dalam mencerlung pandang ke seraut wajah Misya yang masih bertudung lengkap.
“You kenal Daniel?” Soalan ketiga.
Misya jawab dengan gelengan kepala.Dia pernah mendengar sebaris nama itu. Nama lelaki yang bakal dikahwininya. Tetapi tidak pernah bersua muka. Cuma kata orang tuanya, pengantin bertukar kerana Daniel tiba-tiba enggan.
“Tak kenal?” Jari-jarinya diketuk perlahan di pemegang sofa.
“I... tak kenal.”
“You tak kenal bakal husband you?” Dia meninggikan suara sebaik saja Misya membuka mulutnya.
Misya tersentak. Suasana bertukar menjadi tegang. Salah diakah tidak mengenali bakal suami sendiri?
“I tak rasa I perlu kenal.” Misya membalas.
Ketawa suaminya itu kedengaran. Janggal. Sehingga membuat bulu roma Misya berdiri tegak.
“Good.”
Lelaki itu berdiri, datang mendekatinya selangkah demi selangkah.
“Misya Zulaikha...”
Misya tidak berganjak walaupun lelaki itu benar-benar di hadapannya. Dagu Misya diangkat sedikit kasar.
“You tahu I bukan Daniel."
Misya cuba tidak menggigit bibir apabila kata-kata itu meluncur masuk ke dalam telinganya.
Jari-jari kasar lelaki itu seperti racun di atas kulit Misya, pedih walaupun tidak tajam.
“You siapa?” Misya melawan renungan lurus lelaki di depannya.
Jika dia bukan Daniel, untuk apa dia berada di dalam bilik ini? Kerana harta? Atau kedudukan yang tinggi?
YOU ARE READING
YUSUFF DAN ZULAIKA
Ficção GeralPernahkah kau simpan crush dalam diam? Atau diam-diam merindui pesona seorang lelaki tanpa menyatakan? Begitulah aku. Aku Misya Zulaikha, cucu sulung lelaki ternama bernama Tok Zin. Dan aku menyimpan crush terhadap... suamiku sendiri. Mengapa? Ker...