BAB 3
🌻
“You kenal I, Aiden?” Misya mengambil tiara di atas kepala. Satu persatu jarum yang tersemat di antara tudung dan anak tudungnya dilepaskan dan diletakkan di atas meja rias.
Aiden senyap.
Tidak menjawab.Tudung bergemerlapan itu diletak di atas meja. Kemudian dia mendekati almari. Dikeluarkan sehelai gaun cotton putih panjang sebelum dia menghilangkan diri ke dalam tandas.
Selesai saja, dia keluar semula dari bilik air. Dilihatnya Aiden sedang leka dengan telefon pintar. Seperti tidak berminat dengan kehadiran Misya Zulaika.
Misya memanjat naik ke atas katil yang separuh berkelambu. Wajah Aiden masih kelihatan walaupun kurang jelas. Ekspresinya semakin gelap, tidak segarang tadi. Malah air muka Aiden bertambah tegang. Seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki itu.
“Misya,” seru Aiden sebelum Misya merebahkan kepalanya ke atas bantal. Misya duduk memandang lelaki itu.
“You cucu Tok Zin?”
Senyuman Misya merekah di bibir. Tahukah Aiden, kekayaan Tok Zin melebihi empayar milik Tok Zhar? Malah jika dikatakan Tok Zhar orang terkaya di Selangor, Tok Zin orang kesembilan terkaya di Malaysia. Oleh itu, Aiden tidak sepatutnya memandang Misya seperti orang yang tidak punya apa-apa.
Misya cucu kesayangan. Satu-satunya harta Tok Zin yang ada. Tok Zhar sendiri sedar tentang itu, lantas mengaturkan pernikahan antara cucu perempuan dua pupunya dan cicitnya sendiri. Tetapi sayang, Daniel tidak menghargai.
Tahukah Aiden dia sebenarnya melangkah ke alam syurga? Dia bakal pewaris takhta Tok Zin sedangkan selama ini dia melukut di tepi gantang empayar milik Tok Zhar?
“Kenapa you nak kahwin dengan Daniel?” Tegas suara itu bertanya. Aiden masih merenung tajam walaupun kelambu putih mengaburkan pandangannya ke atas wanita bernama Misya Zulaika.
“I sibuk. Terlalu sibuk untuk memikirkan soal perkahwinan. Tanggungjawab I sebagai cucu Tok Zin terlalu besar.”
Aiden ketawa. “You fikir I percaya?”
Wajah Misya bertukar kemerah-merahan. Awalnya dia bersetuju menjadi isteri kerana dia adalah cucu yang taat. Dia percaya Tok Zin akan menjodohkan dirinya dengan lelaki yang baik-baik, lelaki yang penyayang. Tetapi jangkaannya meleset sama sekali.
“Biar I tanya you, kenapa you setuju berkahwin dengan I?” Misya tetap tenang.
Aiden bangun menyelak kelambu yang menghalang deria penglihatannya berfungsi dengan jelas demi memandang raut wajah Misya Zulaika.
“I tak tahu you siapa. Malah I tak pernah kenal you, Misya...” Air muka lelaki itu seperti tadi. Dingin, angkuh, dan sombong. Tidak setitik pun wajah itu menggambarkan rasa gerun atas kedudukan Misya.
Misya menjejerkan senyuman tipis.
“Mulai sekarang, you akan tunduk pada I.” Misya sengaja menduga.
Ekspresi Aiden bertukar keruh. Seperti bila-bila masa saja dia bakal mencekik batang leher Misya.
“Wifey, you should learn about me,” ujar Aiden dengan nada yang tegas.
“I’m a fighter. Dari sebelum I lahir ke dunia ni.” Aiden menyambung semula sebelum menghempas kelambu dari tangannya dan keluar dari bilik pengantin yang dihias bagai bilik diraja.
Misya merebahkan kepalanya di atas bantal. Keluhan terbit dari bibirnya. Antara lega, dan antara bimbang.
Lega kerana Aiden yang membawa cuaca kaku itu menghilang, dan bimbang dengan masa depan.
Perkahwinan tanpa cinta itu memang mudah. Cuma benarkah semudah yang dibayangkan? Dia bukan berkahwin dengan Daniel, cicit kesayangan Tok Zhar. Dia berkahwin dengan Aiden, cucu yang tidak diiktiraf selayaknya kerana kehadiran lelaki itu tidak dialu-alukan oleh keluarga Tok Zhar.
Wajah Tok Zin muncul di dalam mindanya. Adakah Tok Zin memilik Aiden kerana Aiden satu-satunya lelaki yang memiliki pertalian darah dengan Tok Zhar?
#yusuffdanZulaika
#rinsyachasianiTeaser :
Tok Zin memandang Aiden tajam. “Misya dari awal dah cintakan Aiden. Daniel tu cerita palsu kerana Misya dan Daniel tak pernah kenal antara satu sama lain. Hubungan Tok Zin dan Tok Zhar tak pernah regang seperti yang dilaporkan oleh berita.”
Aiden mengangguk menandakan dia setuju dan faham dengan kehendak Tok Zin.
YOU ARE READING
YUSUFF DAN ZULAIKA
General FictionPernahkah kau simpan crush dalam diam? Atau diam-diam merindui pesona seorang lelaki tanpa menyatakan? Begitulah aku. Aku Misya Zulaikha, cucu sulung lelaki ternama bernama Tok Zin. Dan aku menyimpan crush terhadap... suamiku sendiri. Mengapa? Ker...