TERABADI 1:

312 17 0
                                    

"Alia, come on!"

Aku melepaskan keluhan kasar. Sekali lagi ke?

"I DON'T WANT TO! WHY CAN'T YOU UNDERSTAND?"

Mama terkaku di depan pintu. Mungkin dia tak menyangka aku tegar menengkingnya sebegitu. Tapi, ini hidup aku. Biar aku yang menentukan.

"Sayang... we talk about this hundred times before. This is the best for you and..."

"Tapi sakit Ma," balasku laju. Mereka tak tahu. Kerana bukan mereka yang rasa. Aku yang tanggung. Dari dulu sampai sekarang...  aku seorang yang menanggung.

Mama memeluk tubuhku dari belakang.

"I know sayang, tapi kita kena lawan. Ma... Mama tak nak kehilangan Alia." Mama mengusap rambutku, satu-satunya anak tunggal keluarga ini.

"Kita pergi sekarang, ya? Nanti lambat. Appointment Lia pukul 11 nanti...."

Lagi? Mama tak faham lagi? Aku tak nak pergi?

"Lia tak nak." Aku tertunduk kalah. Bilalah mereka nak faham? Sakit, tahu tak ?Sakit!

"Lia sayang Mama, kan? Please! Papa pun dah tunggu dalam kereta." Wanita itu tak pernah kenal erti putus asa. Tanganku ditarik lembut.

"Jom sayang." 

Aku bangun juga kerana jika aku melawan sekalipun, Mama tetap takkan mengalah. Sememangnya penat hidup macam ni.

Aku hidup tapi rasa macam mati.

"Nanti kita singgah bakery favourite Lia, ya?"

Mama masih tak habis cuba memujukku macamlah aku ini masih anak kecil. Aku sudah dewasa. Dah 16 tahun tapi dia masih layan aku macam 6 tahun. Satu demi satu anak tangga aku pijak, dalam hatiku menggerutu geram sambil menyeret kaki malas. Bunyi enjin kereta sudah kedengaran. Pasti Papa. Tak sabar betul nak bawa aku ke tempat teruk tu!

Benci!

Aku benci hidup aku!

~~~~~~~~~~~~~

Muka itu buat aku sangat menyampah.

"Alia, how's your feeling?" Suara itu buatkan perut aku mengeliuk rasa menyampah.

Aku memandangnya jengkel. "Sihat. Mana pernah sakit."

Wajah Doktor Aini berubah namun bijak dia mengawal dengan senyuman.

"Bagus! Itu yang kita nak." Doktor Aini mencatatkan sesuatu ke dalam failnya.

Tak perlu catat, Doktor. Itu yang aku teriakkan dalam hati.  Buang masa sahaja!

"So... any bleeding berlaku sepanjang two weeks ni?" Soalan yang sama Doktor Aini tanyakan. Any bleeding? Ubat habis tak? Ada rasa sakit tak? The heck? Aku memang sakit pun.

"Alia, doktor tanya kan? Jawab sayang. " Papa sudah mula bersuara. Nadanya jelas menegur.

"Sikit." Jawabku pendek. Tak mahu memandang mereka semua.

"Bila?" Tanya doktor itu lagi.

Aku meraup muka.

"Dua hari lepas. Saya muntah." Terasa ada tangan mengusap belakang badanku. Pasti Mama. Dia sahaja yang melayanku seolah-olah aku ini perlu ditenangkan. Sedangkan jelas, dia lebih takut berbanding aku.

"Ubat, Alia habiskan tak?"

Aku tak menjawab. Apa gunanya ubat itu? Buat tahan sakit? Huh! Tak ada guna pun.

"Sekurang-kurangnya sebelum kita dapat penderma, Alia boleh bertahan dengan ubat yang ada."Kata doktor itu kepada Mama dan Papa aku. Seperti biasa, Doktor Aini menawarkan pelbagai jenis sokongan, kononnya kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Allah yang Maha Menentukan.

TERABADI (COMPLETED)Where stories live. Discover now