Dua minggu berikutnya...
"Alia jom... kita dah janji nak..." Mama jelas terkejut. "Eh? Anak Mama dah siap?"
Aku hanya senyum tipis.
"Jom," ajakku.
Mesti Mama dan Papa masih berasa pelik. Biasanya aku akan berlengah-lengah dan asyik mengamuk tak nak ke hospital. Kali ini, aku yang menunggu mereka. Aku yang tak sabar nak ke hospital.
"Kenapa hari ni lain semacam?" Tanya Papa. Jelas yang Papa senang hati.
"Rahsia."
Aku memilih untuk tak nak berkongsi. Buat pertama kalinya, aku mahu rasa hidup seperti orang lain. Menyimpan rahsia dan keinginan sendiri.
"Jomlah..." panggilku sekali lagi. Mama dan Papa segera menurut meski saling berpandangan tertanya-tanya. Haih!
Bila aku cepat... mereka pelik. Bila aku lambat... meraka tak berpuas hati.
Ada sebab mengala aku nak cepat sampai ke hospital. Ini kerana aku nak selesaikan appointment dengan segera. Barulah aku ada lebih banyak masa dengan Noah.
Mengingatkan lelaki itu, aku gagal menahan senyuman di wajah. Memikirkan lelai itu saja buatkan hatiku riang.
Aku ada meminta nombor telefon Noah dua minggu lepas. Yalah, mungkin aku dan da boleh terus berhubung tapi Noah menolak sekerasnya. Malah, Noah siap beri aku satu cabaran.
"Bak nombor telefon kau!"
"Nak buat apa?"
"Buat apa lagi? Bolehlah kita chat."
"Tet. Tak nak..." Noah tersengih macam biasa.
"Kenapa?"
"Aku nak kita berjumpa setiap dua minggu sahaja. Bila kau datang sini bila time appointment. Aku tak nak chat atau call jika bukan waktu yang kita janjikan."
"Susahlah nak hubungi kau, Noah."
"Nope! Inilah namanya life! Kita buat cara lain sikit."
"Maksud kau?"
"Aku dan kau hanya akan jumpa, beborak, lepak-lepak, selang dua minggu. Okay? Lek, jangan sedih. Aku tahu kau akan rindu aku."
"Sengal." Aku turutkan sahaja permintaan Noah.
"Sampai bila?"
Noah terdiam, berfikir sejenak.
"Entahlah. Tengok sajalah hidup bawa kita ke mana .."Noah jelas sedang bergurau.
"Yang pastu, nanti kau mesti tertunggu-tunggu dan rindu aku."
Tak sangka. Aku betul-betul tak sabar nak jumpa mamat tu! Apa dah jadi? Hati... Jangan main-main boleh?
~~~~~~~~~~~
"Done! Macam biasa, Alia kena djmasukkan air dulu. Sementara tunggu proses darah Aliah boleh..."
"Okay!" Aku memotong tanpa sabar.
Terangkat kening Doktor Aini. Mesti doktor perempuan itu terkejut. Kali ni, waktu aku diarahkan untuk ambil darah, aku langsung tak marah-marah dan tak memberontak. Malah, aku berserah begitu sahaja.
"Alia okay?" Tanya doktor itu sedikit risau.
"Yes." Aku senyum manis. Sesuatu yang aku tak akan buat untuk Doktor Aini secara suka-suka. Mengejutkan.
"Alia, janganlah terlampau lasak okay... awak masih tak sihat."
"I know." Aku potong cakap doktor itu sekali lagi. Aku nak cepat!
YOU ARE READING
TERABADI (COMPLETED)
Short StoryKarya pendek inspirasi dari lagu. Cerita ini tentang pertemuan Alia, penghidap penyakit hepatitis yang diambang maut bersama Noah, seorang lelaki asing yang tiba-tiba muncul sebagai kawan. ✨ Update 2022, lama tak bukak Wattpad skali boom! Cerita ni...