TERABADI 4:

123 15 0
                                        

Semenjak hari itu, aku tak berjumpa Noah lagi. Aku tahu... yang kami tak sepatutnya berjumpa dari awal lagi. Segalanya terlalu indah, namun aturan cerita kami ini salah.

Saat aku kembali pada Mama dan Papa dengan muka yang penuh darah, mereka jadi panik. Lebih tepat lagi, paranoid.

Mama benar-benar hilang arah dan ketakutan. Oleh sebab itu, aku tak dibolehkan lepas bebas ke mana-mana. Mereka khuatir kerana mereka sedar yang kesihatanku semakin parah.

Aku dapat merasakannya juga.

Jika dulu, aku sudah bersedia menghadapi semua ini, menghadapi mati. Itu kerana aku tak punya apa-apa yang perlu dirisaukan. Dulu, aku tak puny apa-apa yang akan aku boleh sesalkan.

Tapi kini, ada hal yang terlalu banyak... Oh Tuhan, terlalu banyak hal yang aku sesalkan bila aku sedar, yang aku takkan dapat mengulanginya lagi.

Masa bersama Noah. 

"Noah..." Nama itu aku seru. Tak terlepas nama itu aku panggil dan sebutkan pada saban hari. Namun, mustahil orangnya menampakkan diri atau muncul di hadapanku. Mustahil Noah dapat datang dan tersengih lebar mengenangkan kebodohan kami bergaduh tempoh hari.

Tiada gambar, alamat mahupun nombor telefon. Tiada apa kesan atau bukti yang Noah pernah muncul dalam hidupku.

Yang aku tahu... Namanya Noah, mak cik Noah seorang doktor dan neneknya sedang sakit di hospital.

"Uhuk!Uhuk!"

Aku capai sapu tangan di tepi meja  dan terus menutup mulutku. Reaksi spontan. Maklumlah, batuk aku berteusan sejak dua dan tiga gari belakangan ini. Penatnya hanya Tuhan yang tahu. Sakit di tekak ditambah pula sakit di bahagian dada saban waktu buatkan aku banyak menghabiskan masa di atas katil, tal bergerak walau seinci dari bilik tidur.

Cairan panas itu membuak lagi dan aku sudah berputus harap mahu menghentikannya.

Sapu tangan biru di tangan kian bertukar warna. Sebal! Mama tak boleh tahu tentang ini!

Aku lap mulutku sehingga kering, dan memastikan tiada sebarang kesan tertinggal. Sapu tangan yang kotor itu aku simpan dalam laci almari paling hujung dan menguncinya.

"Lia?" Suara Mama mengejutkan aku.

"Masuklah Ma."

"Lia, cepat bersiap ye sayang?" Arah Mama. Terasa hujung jari kakiku dipegang.

"Kaki Alia makin bengkaklah."

Memang kaki aku semakin bengkak sebab saluran darah semua sudah tak teratur. 

"Kita nak pergi mana?" Aku mengubah topik perbualan.

"Doktor Aina nak berjumpa Lia."

Tapi belum hujung minggu lagi. Jika aku pergi hari ini, tiada Noah menungguku di tempat biasa.

"Why?"

"I don't know lah sayang. Kita pergi ,ya?"

"Okay."

"Lia larat jalan tak?"

"Larat.."

"Mama panggil Papa untuk dukung Alia ke kereta. Lagi senang."

Fokusku tak lagi pada Mama yang membebel panjang tentang masalah kesihatanku. Kepalaku jauh menerawang memikirkan Noah.  

Mungkinkah Noah ada di sana?

Aku berdoa dia ada.

~~~~~~~~~~~~~

"Tahniah, Alia! Kami ada jumpa seorang penderma."

TERABADI (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang