"Ready?" Pintu kaca itu dibuka perlahan. Mataku menangkap pemandangan yang menyebabkan hatiku berdetik teruja."Tadaaaa! "
Aku dapat rasakan mulutku terlopong besar.
"Noah? Tempat apa ni?" Aku seperti tak percaya dengan mata sendiri.
"Haaa! Kalau kau tak ikut aku... kau tak akan dapat tengok semua ni tau." Noah mengosok matanya berulang kali. Lelaki itu tak lupa menjemput aku ke dalam."Jom!"
Pokok kaktus dalam pasu size mini, yang renek-renek itu aku capai dan belek. Comel.
"Tempat apa ni?" Dengan berhati-hati aku meletak kembali pasu-pasu itu di susunan asal. Pandai meraka susun. Mesti petugas hospital yang jaga tempat ni.
"Well, tempat ni open for public tapi hopital ni specialisedkan tempat ni untuk para pesakit. Mana yang ketakutan atau rasa tak tenang dab yang nak cari ketenangan... Sinilah tempatnya. Pesakit-pesakit boleh datang sini. Sebab tempat ni menenangkan , kan" Mata Noah meliar memandang sekeliling. Ada sinar tak puas di pandangannya.
"Tapi macam mana kau boleh tahu tempat ni?"
Noah pesakit di hospital ni juga?
"Mak cik aku doktor di sini dan beritahu aku tentang tempat ini. So aku selalulah datang lepak di sini, cerita Noah. Lelaki itu bersandar ke tiang sambil berpeluk tubuh.
"Inilah tempat favourite aku lah."
Tempat favourite? Maksudnya?
"Kau selalu datang hospital ni? Kenapa? Kau sakit?" Aku bertanya tanpa berselindung. Daripada terus berteka-teki, baik aku dapatkan jawapan yang pasti.
Noah terdiam. Lama jugalah dia membisu. Sehinggalah dia kembali tayang sengih cantik dia itu,
"Tak lah. Aku teman nenek aku di sini. Mak Cik aku kerja di sini juga jadi sebab aku boring... aku jalan-jalanlah." Noah menggosok matanya.Terpisat-pisat mata Noah jadinya.
"Nenek kau sakit apa?" Aku masih sangsi. Bukannya boleh percaya mamat ni!
Noah berdehem kekok.
"Sakit orang tua. Tak ada apa sangat pun."
"Yang kau tergosok-gosok mata tu dah kenapa?"
Pelik sangat dah mamat ni! Dari tadi tergosok-gosok.
"Masuk habuk." Noah tetap mengosok matanya lagi dan lagi. Sampai merah mata Noah jadinya.
"Meh, sini aku tiup."
Kau buang tabiat atau apa Alia? Entah, aku pun tak tahu.
Noah seenyum nipis.
"Serius, arh?"
"Kalau tak nak tak apa."
"Nak! Nak!" Cepat sahaja lelaki itu datang mendekat.
YOU ARE READING
TERABADI (COMPLETED)
Short StoryKarya pendek inspirasi dari lagu. Cerita ini tentang pertemuan Alia, penghidap penyakit hepatitis yang diambang maut bersama Noah, seorang lelaki asing yang tiba-tiba muncul sebagai kawan. ✨ Update 2022, lama tak bukak Wattpad skali boom! Cerita ni...