Siapa sekular?

23 3 0
                                    

Sekular adalah konsep bahawa kerajaan mahupun entiti lain harus wujud terasing daripada agama dan kepercayaan agama. Istilah sekularisme ini telah dicipta oleh seorang pengarang British bernama George Jacob Holyoake.

Di Malaysia, kita akan menilai seseorang itu secara amnya sekular apabila mereka ini memisahkan agama daripada politik dan ekonomi serta cara kehidupan mereka. Bagi mereka agama hanyalah dipakai ketika engkau beribadah sahaja.

Persoalannya andai itu adalah sekular? Apakah yang memperjuangkan agama tetapi sebagai satu hal ehwal ibadah dah semata-mata cara untuk hidup tetapi dalam aspek yang sangat kecil, adakah mereka ini juga sekular mahupun jumud yang memilih agama untuk kepentingan peribadi (penunggang agama) ?

Kenapa Islam ini harus dipisahkan daripada ekonomi? Kenapa kita mengajar Islam hanya untuk mencari ibadat yang sempurna tetapi bukan mengajar Islam ini menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat?

Satu keajaiban apabila tiada langsung usaha di sekolah agama mahupun pondok cuba menjadikan ekonomi satu perkara yang perlu diangkat sebagai ilmu yang penting untuk membawa umat Islam ke fasa yang lebih baik. Disebabkan orang Islam berlumba-lumba belajar ilmu wahyu dan ilmu berkait ibadah akhirnya ekonomi kita siapa yang bangunkan? Orang yang kita kata jahil, sekular, munafik, kafir juga yang bangunkan.

Sebab itu kita boleh lihat apa berlaku di Kelantan. Agak kebelakang. Kenapa Islam dulu hebat dalam bab ekonomi, perubatan dan keilmuan sains dan matematik?Kenapa? Dan mengapa Islam kini hanya gah dengan ilmu wahyu dan bab akidah serta ibadat semata-mata? Tetapi bab lain bergantung dengan orang yang kita tidak suka ataupun bukan Islam? Ini bukan diskriminasi. Tetapi nak tunjuk siapa yang sekular. Mereka pegang pada agama tetapi pisahkan dunia itu daripada nilai agama.

Seorang Islamis yang konservatif akan sering mewarwarkan boikot Mcd, KFC dan sebagainya. Tetapi siapa yang bekerja di syarikat " Yahudi" itu? Orang Islam dan Melayu juga. Kalau lah boikot mereka itu berjaya. Yang hilang kerja ini, siapa nak tanggung? Orang Islam yang boikot ke?

Maka setelah thesis bertemu antithesis, maka satu synthesis diperlukan. Islam perlu dibangunkan bukan sekadar dalam akidah dan ibadah tetapi bab ekonomi dan sains serta teknologi. Biar kita menguasai ilmu-ilmu ini supaya kita tidak lagi bergantung kepada syarikat-syarikat bukan Islam. Jangan pisahkan hal ehwal dunia daripada Islam kerana ia sama seperti konsep sekular iaitu memisahkan dan mengasingkan hal ehwal dunia daripada agama. Sekular kan?

Belum lagi kisah PU dan pendakwah yang tak dinafikan bagus menegur isu LGBT dan bab-bab akidah tetapi siapa pula nak berjuang tentang isu penindasan orang miskin, isu stateless di Sabah Sarawak, isu OKU, isu ekonomi orang Islam, isu kemiskinan yang kritikal sampai terpaksa jual diri, ambil batuan gereja dan sebagainya. Orang yang bukan pendakwah pula yang berjuang isu ini. Sebab itu orang tak nampak Islam agama yang membantu orang yang tertindas. Sebab orang yang tinggi kedudukannya dalam agama pun pembawaannya entah kemana-mana. Nak sanggah saya silakan. Jangan lupa zaman kegemilangan Islam seperti era Umar Abdul Aziz dan Muhammad Al- Fateh naik kerana ilmu dan ekonominya. Tetapi jatuhnya setiap kerajaan Islam ini sebab bermasalahnya ekonomi, kurangnya ilmu, lemahnya teknologi.

Kalau menjadi cerdik itu dengan menjadi kiri, jadilah kiri. Bukan suruh murtad. Tapi suruh jadi celik. Celik untuk apa? Celik untuk julang semula agama, bangsa dan negara.

Mencari IdentitiWhere stories live. Discover now