Islam Liberal?

13 2 0
                                    

Liberalisme muncul daripada perkataan latin iaitu liber bermaksud bebas atau merdeka.

Secara amnya, sejarawan Barat menggunakan moto revolusi Perancis 1789  iaitu liberte, egalite, fraternite  yang membawa maksud kebebasan, kesetaraan, persaudaraan sebagai piagam agung ataupun magna charta liberalisme moden.
Hal ini mewujudkan satu prinsip tunduk kepada golongan berautoriti adalah bertentangan dengsn hak asasi, kebebasan dan harga diri manusia.

Sebelum kalian menerjah ke dunia Islam. Kalian perlu tahu kemunculan liberalisme di Barat dahulu. Bagaimana aku memetik daripada sebuah buku bertajuk Wajah Peradaban Barat yang menyatakan liberalisme di Barat tidak terlepas 3 faktor utama iaitu :

1) Trauma Sejarah
2) Permasalahan teks Bible
3) Permasalah Teologi Kristian

Bagi trauma sejarah. Aku kira semua tahu tentang keadaan dan situasi zaman gelap di Eropah, di mana agama dan gereja merupakan satu entiti atau institusi paling dominan dalam masyarakat di Eropah. Tatkala kerajaan Islam, Turki Uthamniyyah dalam keadaan membangun, orang Eropah ketika itu teraba-raba mencari pendoman dan makna kehidupan. Sebab ketika itu dikatakan wujud penindasan dan kekejaman berlaku tak kiralah daripada Baron ke tuan tanah ke mahupun raja serta pihak gereja sendiri. Seterusnya, percanggahan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru yang ada dalam Bible serta asal usul penulis yang tak sahih menjadi punca kepada masalah teks Bible ketika itu. Macam mana nak yakin kalau keraguan itu senang-senang saja wujud. Baru nak yakin dengan agama, punya baca dan cerna tiba-tiba ada percanggahan. Sudahhhhh....  Akhir sekali, masalah konsep Trinity. Yang jenis rasional, logik dan berfikir, dia mula ragu dengan konsep trinity. Muncul banyak soalan sebenarnya. Tuhan marah dengan manusia, jadi rela menjadi korban salib sedangkan dia disalib bukan atas kerelaannya tetapi disebabkan pengkhianatan anak muridnya. Lepas itu, macam mana boleh muncul isu rela dirinya disalib sebagai penebus dosa umat manusia? Tambah pula, ketika mati di tiang salib, siapa yang menjadi penguasa dunia sewaktu dia mati? Ke itu sekadar bayangan atau jelmaan dia macam dalam cerita Naruto, kage bushin no jutsu. Sudahhhhhh.....Maka tak lama selepas itu mulalah gerakan pengasingan agama. Orang di Eropah mula menerima pemisahan gereja dan agama daripada kehidupan dan pemerintahan. Maka liberalisme ini dikaitkan dengan usaha pembebasan orang Eropah daripada cengkaman gereja, menghapuskan penguasaan dan kekuasaan golongan agama serta menghapuskan kutipan cukai yang dilakukan gereja.

Situasi liberalisme ini juga dikatakan sebahagian sarjana dan digambarkan telah berlaku di Nusantara. Gerakan modenisasi oleh Jamaluddin Al- Afghani dan Muhammad Abduh dikaitkan dengan liberalisme. Namun sebenarnya itu bukanlah liberalisme. Gerakan itu sebaliknya merupakan satu gerakan yang ingin memajukan orang Islam yang ketika itu mundur akibat Islam ketika itu dipelopor  ajaran yang disampaikan oleh golongan Tua yang mengamalkan agama sambil berpegang dengan adat dengan terlalu kuat sehingga menyempitkan fahaman dan nilai Islam itu sendiri. Hal ini juga dipersetujui Hamka dan ada disebut perihal isu golongan tuan dan muda ini di dalam bukunya iaitu Sebuah Polemik Agama Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor, bagaimana gerakan orang muda mahupun Islah ini sebenarnya membawa orang Islam mengenali semula ajaran asal Islam dan cuba menjadikan umat Islam maju semula daripada bidang sains dan teknologi yang berasaskan falsafah Barat seperti waktu dahulu dengan wujudnya cendikiawan Islam seperti Ibnu Sina dan Ibnu Al- Khawarizmi. Kalau masih tak faham macam mana situasi muda tua ini. Cuba layan kisah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka juga yang pernah diangkat menjadi filem. Di situ ditunjukkan bagaimana pengaruh adat Minang itu mencengkam orang Minang sehingga benda yang dibolehkan agama pun tak boleh nak buat. Senang cerita, kalau tiada gerakan modenisasi ini, perempuan tidak boleh aku rasa untuk belajar jauh. Jadi bersyukurlah ada gerakan modenisasi ini. Kalau tak, apa orang nampak perempuan kerjanya di dapur. Jangan cakap Islam sebenar tak perjuangkan hak wanita. Islam ini dah cukup feminisme sebenarnya, yang menunggang Islam itu saja buat Islam nampak seolah-olah mendiskriminasikan wanita.

Islam liberal ini dilihat muncul apabila ramai yang berfikir terlalu mengutamakan rasionalisme, humanisme, sekularisme sehingga menafikan apa yang telah digariskan dalam Islam terutama dalam undang- undang Islam sendiri.

Contohnya, mereka memperdebatkan tentang isu hukuman hudud. Pertama, hujah mereka adalah ia sangat kejam. Kedua, tidak terkandung pun mekanisme jelas dalam Al-Quran jadi kalau buat apakah sama seperti situasi terdahulu? Belum lagi kisah aurat. Ada yang membenarkan wanita untuk tidak menutup aurat atas alasan itu dosa individu. Kata mereka aurat tiada garis panduan jelas dalam Al-Quran. Bahkan ada yang menggunakan konsep iman. Iman kuat tiada masalah. Semua boleh redah. Pergi konsert bercampur lelaki perempuan, terkinja-kinja tiada masalah. Niat nak berhibur. Bukan beromen. Janji iman kuat. Jadi aku kira berduaan "berdating" di dalam bilik atas alasan privasi pun tiada masalah sebab apa? Iman mereka kuat. Ini juga salah satu idea yang diketengahkan oleh golongan liberalisme yang cuba membebaskan orang Islam daripada cengkaman Islam yang menindas pada fahaman merekalah. Kalau kalian lihat gambar diatas  untuk catatan ini, itu adalah contoh pejuang liberalisme dan feminisme. Kalian boleh cari tentang Dr Amina Wadud yang telah menjadi imam untuk orang lelaki dan perempuan untuk solat. Hebatkan. Inilah bahana liberalisme dan feminisme yang terlalu esktrem.

Bagi aku memodenkan orang Islam itu perlu. Maka cara konservatif yang keterlaluan perlu kita lawan dan cairkan. Tetapi isu liberalisme ini kita perlu lawan. Kalau nak main dengan iman. Dosa individu. Hal individu. Apa masalah zaman Abu Bakar, sampai mereka memerangi nabi palsu? Bukankah semua manusia ketika itu hebat-hebat belaka. Lagi pun suka hati lah mereka nak percaya atau tidak. Hak kebebasan. Iman mereka kuat kan. Bukan seteruk zaman kita. Menjadi manusia beragama yang moden tidak salah tapi yang salah bila jadi manusia bodoh. Tiada istilah kebebasan mutlak ya kerana kita telah mengakui kita telah mengikatkan diri kita dengan Islam, dengan Allah, dengan ajaran Rasulullah sebaik sahaja kita mengucap dua kalimah syahadah dan bergelar Islam. Nak lawan nak bercanggah, jangan petik agama Islam tak ajar macam ini tak ajar macam itu. Seruan saya, bertaubat.

Mencari IdentitiWhere stories live. Discover now