Meritokrasi Bukan Sekadar Lelehan Air Liur Basi

8 0 0
                                    


Ketika ini aku merasakan isu meritokrasi adalah sangat penting untuk dilihat tidak kira dalam sekeci-kecil organisasi sehingga ke sebesar-besar negara. Kerana meritokrasi merupakan satu pendekatan paling relevan jika kita ingin memberi peluang kepada sesiapa untuk melakukan sesuatu perkara yang memerlukan individu itu untuk menggalas satu tanggungjawab yang sangat besar.

Kepada yang tidak tahu, menurut Amir Hasan Dawi dalam bukunya yang berjudul Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, meritokrasi adalah satu pandangan atau memberi peluang kepada orang untuk maju berdasarkan meritnya,yakni berdasarkan kelayakkan dan kecekapannya atau kecemerlangannya. Manakala secara amnya, meritokrasi adalah satu sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya bukan kerana keturunan atau kekayaan.

Idea meritokrasi ini sebenar penting terutama jika kita benar inginkan pendidikan percuma, menghapuskan diskriminasi dan berusaha untuk menamatkan nepotisme dan kronisme di dalam syarikat mahupun kerajaan. Apa itu nepotisme dan kronisme? Nepotisme bermaksud perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja. Manakala kronisme bermaksud amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya.

Jadi meritkorasi ini adalah sangat penting dalam kita betul-betul inginkan keadilan, kesamarataan dan tidak menutup pintu rezeki orang yang lebih layak. Kita sudah lama selesai dengan dunia feudalisme. Dimana yang menjadi raja itu tidak tahu untuk memimpin, yang menjadi pembesar tidak tahu membantu raja dan menguruskan pentadbiran, yang golongan bawah ini lebih cerdik daripada atasan. Ke sebenarnya belum? Macam belum aku rasa.

Sebenarnya sudah hampir 218 tahun, sejak Napoleon telah membuka peluang untuk menjadi pegawai askar dan sivil berdasarkan merit berbanding status sosial di Perancis. Islam pun dah lama ada meritokrasi, cuma makin lama makin pudar terus terbawa sistem warisan. Perlantikan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali itu juga berdasarkan merit dalam keupayaan mereka, pengalaman mereka, daya keintelektualan mereka dalam mentadbir negara, menjaga syiar Islam dan umatnya.

Tetapi ada juga sisi buruk meritokrasi kalau dipegang membabi buta dan hal ini ditulis dalam sebuah artikel daripada luar negara yang aku baca. Bagaimana konsep meritokrasi kalau dipegang dalam prinsip ekonomi maka yang miskin dan yang tercorot itu akan dilabel atau digambar sebagai golongan bodoh, gagal dan tidak berkeupayaan langsung. Macam dalam peperiksaan lah, siapa dapat nombor terakhir dia lah budak paling bodoh dalam kelas.Aku bersetuju dengan artikel itu tetapi bagi aku itu kerana yang dibawah itu tiada peluang untuk menonjol dalam sesuatu perkara yang mereka mempunyai bakat. Contohnya secara am, budak sukan dalam akademik memang orang tahu tak boleh pergi jauh tetapi dia boleh pergi jauh dalam sukan. Begitu juga dalam ekonomi. Selain bab pelung bagi aku ini adalah aturan paling ideal kerana kalau semua jadi pemilik syarikat, siapa nak jadi kerani? Semua jadi doktor, siapa nak jadi buruh? Mungkin masalah ini lahir sebab kita sejak di peringkat sekolah dah ditanam satu stigma atau sentimen memandang rendah sesuatu pekerjaan yang gaji sikit akhirnya membentuk satu hieraki kelas pekerjaan. Kerja doktor itu hebat. Jadi tukang bersih itu hina. Mungkin disitu penting untuk menilai gaji minimum. Yalah, manusia zaman sekarang kan bertuhankan duit. Andainya kerja seperti pegawal keselamatan dan tukang sapu itu gajinya RM3 ribu siapa saja tak nak. Mungkin boleh bermain dengan konsep penawaran dan permintaan tetapi itulah kemasukan pendatang asing dan isi kekosongan bahkan datang bekerja dengan gaji yang sangat sikit. Kesian mereka. Sudahlah jadi hamba kapitalis, diperah habis-habis kudrat untuk bekerja lebih masa dengan gaji sikit ditambah pula dengan segelintir rakyat Malaysia yang beragama Islam tetapi tak amalpun nilai Islam menghina mereka. Fuhh...Parahhhh... Tetapi bagi aku dalam bab kepimpinan, meritokrasi sangat penting supaya yang duduk di atas itu benar-benar layak untuk memimpin orang dibawah bukannya mengarah atau memperhambakan orang sesuka hati.

Mencari IdentitiWhere stories live. Discover now