💘09💘

1.6K 149 60
                                    

Semasa Hyunjae hendak bakar rokoknya, tiba-tiba ada sesuatu lembut menyapa kulit kaki aku.

Aku melihat kaki aku dan terus menjerit.

Aku melompat dan pergi dari situ..

Benda lembut yang ada dekat kaki aku tadi ialah...

Kucing.🐈

Kalau korang nak tahu, aku ni penakut kucing.

Bukan sebab alahan..

Cuma..

Entahlah..

Aku pernah cuba pegang kucing tapi, tak boleh.

Badan dia yang lembut tu, membuatkan aku takut nak pegang.

Sebab kalau aku pegang badannya, aku dapat rasa tulang-tulang dia.😫

Kalau reader yang tak takut kucing tu, mesti pelikkan dengan aku...

~BACK TO THE STORY

Hyunjae yang baru nak bakar rokoknya, terbantut apabila aku menjerit sambil berlari ke arahnya.

Aku berdiri di belakang Hyunjae dan pandang anak kucing yang mengejarnya.

"Shuh! Shuh!" Aku halau kucing itu dari jauh.

Anak kucing itu tetap datang ke arah aku.

Memandangkan aku terlalu takut sekarang ni, aku pegang lengan Hyunjae dan suruhnya menghalau kucing tak berdosa itu.

Maafkan patik ye Kucing...

"Hyunjae..halau dia. Aku takut la..." rayuku.

Hyunjae pandang aku.

"Macam mana kau ada dekat sini?" Soal Hyunjae.

"Kau halau la dulu kucing tu...aku takutla..." kataku.

Hyunjae melepaskan keluhan berat lalu ambil anak kucing tu.

Hyunjae letak kucing tu jauh-jauh lepastu dia datang semula ke arah aku.

"Sekarang beritahu aku" katanya dengan pandangan tajamnya.

"Emm...aku...aku...lapar. Aku nak pergi kantin. Bye!" Aku berjalan pergi dan ditahan oleh Hyunjae.

"Kau nak pergi mana? Cepat beritahu aku." Katanya sambil pegang tangan aku.

"Lepaskan tangan aku dulu" arahku.

Hyunjae lepaskan tangan aku dengan lembut.

"Aku...nak datang sini, lepastu nampak kau ada dekat sini" tipuku.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Hyunjae.

"Emm..aku...aku..nak tengok bunga. Tengok bunga tu, cantikkan." Jawabku sambil tunjuk ke arah bunga taik ayam.

Hyunjae tersenyum.

"Aku tak tahu pulak kau suka bunga taik ayam. Lain betul test kau." Sindir Hyunjae.

Ingat aku suka ke bunga taik ayam tu.

Aku cakap macam tu, sebab aku tak nak kau tahu aku ikut kau dari dekat kelas je.

"Mianhae." Ucap Hyunjae tiba-tiba.

Aku pelik.

"Mianhae? Untuk apa?" Soalku.

"Tangan kau. Maaf sebab buatkan tangan kau lebam" kata Hyunjae sambil tunjuk tangan aku yang lebam.

"Aku dah lama maafkan kau. Lagipun, sikit je ni. Dah la aku nak pergi kantin"

Baru je aku nak pergi, aku ternampak Hyunjae cuba untuk bakar rokoknya lagi.

Aku rampas rokoknya.

"Ya! Bagi balik!" Minta Hyunjae.

"Tak boleh! Kau tahu tak, rokok ni tak bagus untuk kesihatan" kataku.

"Kenapa kau tiba-tiba kisah pulak pasal kesihatan aku?" Soal Hyunjae.

"Aku bukan kisah kesihatan kau je. Aku kisah dekat semua orang. Rokokkan bahaya...lagipun namja macam kau ni kalau hisap rokok, nanti bibir kau yang pink tu akan jadi hitam. Nanti dah tak handsomelah..."

"Apa kau cakap? Kau kata handsome? Kau maksudkan aku handaome ke?" Soal Hyunjae sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.

"Ma-mana ada aku cakap kau handsome. Kau yang perasan..." balasku.

"Okey! Aku takkan hisap Rokok mulai sekarang. Aku akan jaga bibir pink aku ni untuk kau" kata Hyunjae sambil menyilangkan tangannya di dada.

"Untuk aku?" Aku pelik.

"Untuk aku cium bibir kau..." kata Hyunjae sambil menyentuh bibir aku.

Jantung aku mula berdegup dengan laju, apabila Hyunjae sebut 'cium'.

"A-Aku pergi dulu." Kataku dan berjalan pergi.

Boleh mati aku kalau duduk dengan dia lama-lama.

Bahaya betul Hyunjae tu...

Dia membuatkan aku rasa suka dia balik.

-

Selesai sahaja aku mengambil makanan, aku terus duduk di sebelah Yena.

"Lambatnya..kau pergi mana?" Soal Yena.

"Aku pergi pejabat, lepastu aku singgah ke tandas sekejap." Tipuku.

Yena hanya menganggukan kepalanya lalu sambung makan.

Semasa aku sedang makan, aku ternampak Younghoon iaitu salah seorang dari geng-geng Hyunjae makan seorang diri.

Mana member-member dia yang lain?

"Yena, itu Younghoonkan?" Tanyaku pada Yena untuk kepastian.

"Haah. Wae?"

"Kenapa dia makan seorang-seorang? Mana member-member dia yang lain?" Soalku ingin tahu.

"Younghoon suka makan seorang-seorang. Dia tak suka orang ganggu dia makan." Beritahu Yena.

Aku hanya anggukan kepalaku tanda faham.

"Ha! Aku benda nak cakap dengan kau ni. Alang-alang kita cerita pasal Younghoon." Kata Yena dengan nada yang perlahan.

"Apa?" Soalku dengan penuh berminat.

"Sebenarnyakan, ada pelajar kelas kita suka Younghoon" beritahu Yena.

"Jinjja? Siapa?" Soalku.

"Kim Yewon."

"Kim Yewon?! Yang kau cakap dia pemalu tu?" Tanyaku untuk kepastian.

Yena anggukan kepalanya.

Ouhh..

Baru aku tahu...

"Tapikan, walaupun member-member Younghoon tu pelajar paling nakal dekat sekolah ni, ramai juga yeoja yang suka diorang." kataku.

"Mungkin sebab visual mereka."

Aku hanya anggukan kepalaku.

Aku pun setuju.

Diorang terlalu handsome untuk membenci mereka.










TBC...

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now