💘28💘

1.3K 125 15
                                    

☉🏫🏫🏫☉

Aku tengok jam tangan aku.

Pukul 7 pagi.

Waktu belajar mula pada pukul 8: 30 pagi.

Kenapalah aku datang awal sangat...

Hari ni giliran aku untuk bersihkan kelas.

Jadi aku datanglah awal ke sekolah untuk bersihkan kelas.

Sampai sahaja di kelas, kelas sudah bersih dan kemas seperti ada orang yang tolong kemaskan.

Pelik kan..

Jadi...

Tak payahlah aku kemas lagi.

Tapi itulah..

Aku terpaksa duduk seorang diri dekat dalam kelas yang sunyi ini.

Bosan!

Kalau aku tahu kelas dah kemas, baik aku datang macam biasa!😧

Nak buat apa lagi, teremenung je la.

Semasa aku sedang temenung, Hyunjae masuk ke dalam kelas.

Dia pandang aku dengan senyuman.

Tiba je dia ni...

Dah gila agaknya...

Aku pandangnya dengan pandangan kosong.

Dia duduk di depan aku.

"Kenapa kau tersenyum-senyum ni? Dah gila?" Soalku.

"Kau tak nak ucap terima kasih pada aku ke?" Soalnya.

"Ucap terima kasih? Untuk apa?"

"Sebab aku tolong kemaskan kelas ni"

Ouhhh...

Jadinya dia la yang kemas kelas ni...

"So?"

"So kau tak nak ucap terima kasih pada aku?"

"Buat apa aku nak ucap terima kasih pada kau? Aku tak paksa kau kemas pun..." balasku sambil menyilangkan tangan.

Hyunjae hampa.

Dia bangun dan duduk di tempatnya.

Dia letakkan kepalanya di atas meja.

Dia merajuk ke?

HAHAHA! Comel...

Aku bangun dan berjalan keluar dari kelas itu.

Semasa aku nak pergi ke bilik air, aku nampak Hana berjalan naik ke tingkat atas sekali iaitu di atas bumbung.

Aku ternampak matanya kemerahan.

Pada masa yang sama, Juyeon muncul.

Aku sembunyi di sebalik dinding.

Juyeon seperti bersalah samasa dia pandang Hana yang berjalan menunju ke atas bumbung.

Semakin pelik aku tengok diorang ni...

Selepas Juyeon berjalan pergi dari situ, aku pun keluar dari tempat persembunyian aku itu.

Aku berjalan menunju ke bumbung sekolah.

Sampai sahaja di atas bumbung, aku nampak Hana sedang termenung memandang langit.

Aku berjalan mendekatinya dan berdiri di sebelahnya.

"Hai Hana" sapaku.

Dia seperti terkejut dengan kedatanagan aku.

Dia mengelap air matanya yang mengalir.

"H-Hai Jaerin." Balas Hana.

"Apa kau buat dekat sini?" Tanyaku.

"A-Aku nak hirup udara pagi."

"Ouhh ye ke... Tapi kenapa mata kau merah?"

Hana terkejut yang aku perasan matanya merah walaupun dia dah tutup separuh wajahnya dengan rambutnya.

"Ma-Mana ada mata aku merah"

"Yeke? Tadi aku nampak kau menangis. Kenapa? Ada orang buat kau ke?"

"A-Aku tak menangislah..."

"Hana. Kau tak payah nak tipu aku. Aku tahu. Juyeon yang buat kau ke?" Soalku.

Hana terdiam.

"Juyeon-"

"Ha! Aku dah agak dah! Mesti Juyeon yang buat kau. Cepat cakap! Apa yang dia buat pada kau. Nanti aku dengan geng-geng aku yang lain serang dia."

"Dia...Dia..."

"Dia apa?"

"Dia...tak bersalah"

Aku terkejut. 😮

"Ha?! T-Tak bersalah? Habistu...kenapa kau menangis teruk macam ni?"

"A-Aku yang salah."

"Kau salah? Aku tak faham. Cuba kau cerita pada aku.."

"Aku dengan Juyeon sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?"

"Sebenarnya kitaorang pernah bercinta."

APA?!😲

"Ber-Bercinta?! Jadi...apa jadi dekat korang?"

"Kita orang putus selepas aku pindah ke Canada 2 tahun yang lepas."

"Kalau kau pindah pun, takkan hubungan kau boleh putus. Korang kan boleh berhubung jugak kalau kau ada dekat Canada"

"Itu..memang betul. Tapi masalahnya...masa aku pindah tu, aku ingatkan aku akan pindah sana sampai bila-bila. Last-last keluarga aku cakap nak pindah sini semula."

"Ok-ok. Aku faham cerita kau. Kau minta putus dengan Juyeon sebab kau nak dia lupakan kau. Jadi, Juyeon macam mana sekarang?"

"Aku nak bersama dengan Juyeon semula. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Tapi...aku rasa dia dah lupakan aku. Semalam aku luahkan perasaan aku pada dia, tapi dia tak bagi apa-apa jawapan pun. Aku...sedih..." Air mata Hana kembali mengalir.

"Janganlah bersedih. Ramai lagi namja yang lagi handsome dari Juyeon."

"Juyeon tak sama dengan lelaki lain. Dalam hati aku cuma ada dia je. Aku
Tak boleh lupakan dia." Kata Hana yang cuba manahan dari terus menangis.

"Okey. Macam ni. Apa kata kau lupakan semua tu dulu. Malam ni kita jalan-jalan. Aku ajak member-member aku sekali. Kau nak ikut tak?" Pelawaku.

"Jalan-jalan? Nak pergi mana?" Soal Hana.

"Adalah...kau ikut je aku. Kau nak ikut tak?" Pelawa aku lagi.

"Emm...Okey. Aku ikut kau."

"Ok. Malam ni pukul 7 malam kita jumpa dekat depan rumah aku. Kita pergi ramai-ramai." Beritahuku.

"Ok."












TBC

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now