💘15💘

1.6K 141 35
                                    

🌘🌘🌘🌘🌘

Suasana menjadi sunyi apabila tibanya waktu malam.

Aku pecahkan suasana sunyi itu dengan lagu.

Aku sambungkan lagu dari phone aku ke spiker milik Jongki Oppa.

Aku tekan butang 'Start'▶

Lagu No Air dari Boygroup THE BOYZ di mainkan.

Aku menari dan mengikut menyanyi.

♪geu eotteon sarami dagawado~
No i don't care~
Geu eotteon padago deopchyeodo~
Nan niga issgie~
Nae sumeui swige haejuneun neoreul~
Modeun geol balkge haejuneun neoreul~♪

DING! DONG!🕭

Nyanyianku terhenti apabila terdengar bunyi lonceng.

Aku hentikan lagu.

Aku mendekati pintu dan melihat skrin kecil di tepi pintu.

Kelihatan Hyunjae di skrin itu.

Hyunjae?

Macam mana dia boleh tahu aku duduk sini?

Ouhh....

Lupa pulak aku.

Diakan pernah nampak aku masa dia nak pergi ke sekolah hari tu.

Aku betulkan rambutku yang serabai akibat menari tadi.

Aku buka pintu dan pergi ke arah Hyunjae.

"Kau nak apa?" Soalku sambil menyilangkan tangan.

"Aku nak ajak kau keluar" kata Hyunjae yang turut menyilangkan tangannya.

"Ajak aku keluar? Tiba-tiba je... Kenapa kau tak nak keluar dengan member-member kau?" Soalku.

"Diorang sibuk." Jawab Hyunjae.

"Tak nak la" tolakku.

Baru je aku nak masuk ke dalam rumah semula, Hyunjae pegang tangan aku.

"Hari ni hari jadi aku." Katanya.

"Hari jadi kau? Jadi?"

"Jadi, aku nak kau belanja aku sebagai hadiah hari jadi aku."

Aku melepaskan keluhan berat.

"Kau nak aku belanja apa? Makan?"

"Tak. Aku nak kau belanja aku tengok wayang."

"Wayang?!"

Hyunjae menganggukan kepalanya.

Sekali lagi aku melepaskan keluhan berat.

"Kau tunggu sini sekejap. Aku nak bersiap." Kataku dan berjalan masuk ke dalam rumah.

-

Selesai sahaja aku bersiap, aku pun keluar semula.

"Kita nak naik apa?" Soalku.

"Naik motor" Hyunjae menepuk-nepuk perlahan motor mahalnya itu.

"Haih...nasib baik hari ni hari jadi kau. Kalau tak aku tak keluar dengan kau" kataku pasrah.

-

🎞🎞🎞🎞🎞

Hyunjae parkingkan motornya di tempat yang telah disediakan.

Aku turun dan buka helmet.

Habis rambut aku.

"Kau la ni! Habis rambut aku serabai." Marahku sambil merapikan rambut aku.

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now