1

12 2 0
                                    

Hujan dari semalam belum berhenti.Pagi ini tanah masih basah.Bukan kerana embun jantan tetapi kerana hujan yang turun mencurah bumi.Sejuknya tidak terkata.Bibirnya menggeletar menahan sejuk.Dari bilik sebelah terdengar lunak suara mengalunkan ayat ayat Al-Quran.Itu suara Hajah Kalsom.

Syuhada tidak berminat dengan alunan suara ibunya itu.Hatinya menyumpah nyumpah,tubuhnya kesejukan.Mahu dijerit tetapi tidak mahu menggangu ibunya yang sedang khusyuk mengalunkan ayat ayat suci itu.Lantas sahaja dia menyumpah di dalam hati.Minta agar hujan yang turunsegera berhenti.

Tidak tahan rasanya menanggung kesejukan yang semakin mencucuk kulitnya.Selimut dihujung kakinya ditepis.Dia mahu ibunya yang menyelimutkan tetapi orang tua itu sibuk mengaji.

"Ummi!"Syuhada merungut rungut memanggil nama orang tua itu.Laungannya tidak dipedulikan.Dua tiga kali dia melaung barulah tubuh itu menyelinap masuk ke biliknya.Terkocoh kocoh Hajah Kalsom duduk di sisi anak perempuannya itu.

"Kenapa Su?"tanya Hajah Kalsom yang duduk di sisi anaknya.
"Sejuklah!"kasar suara itu menjawab.Hajah Kalsom tunduk mencari selimut yang diletakkan di hujung kaki anak gadisnya.Malam ini memang sejuk.

Sejuknya lain macam.Hujan yang turun mencurah curah tetapi itu satu rahmat buatnya.Kerana Syuhada tidak lagi merayau rayau seperti biasa.Tahu pula dia duduk di rumah bila hujan.

"Su tidurlah.Ummi nak sambung mengaji."Baru sahaja Hajah Kalsom mahu mengangkat punggungnya,dia mendengar dengusan kasar Syuhada.
"Kenapa?"lembut suaranya.
"Sejuk."
"Ummi dah selimutkan."
"Sejuk!"Syuhada mengulang lagi kata kata itu.Hajah Kalsom pun baring di sisi Syuhada.Memeluknya hingga Syuhada memejamkan mata.Melihat wajah putih bersih itu membuatnya sebak.Syuhaa masih muda.Masih berusia dua puluhan dan masih cantik.Tapi sayangnya Syuhada menderita.

Air mata Hajah Kalsom tidak berhenti mengalir sejak itu.Sejak Syuhada jadi begini.Mungkin ini balasan pada dosa dosanya.
Dan kini Syuhada menjadi mangsanya.Arwah Khalid,suaminya pernah berpesan.Hidup jangan mendongak ke langit kerana langit pun boleh runtuh apabila tiba masanya.

Tetapi,langit itu jugalah yang dijunjungnya,didongak hingga tidak nampak rumput di bumi.
"Ummi,dahaga..."Hajah Kalsom segera bangun.Kalau lambat lambat nanti Syuhada mengamuk.Habis semua barang dilempar bila anginnya naik.Segelas milo disuakan kepada Syuhada.

"Panas."Syuhada menolak ke tepi.Hajah Kalsom ke dapur semula.Membancuh milo yang sedikit suam.Rakus sekali Syuhada meneguknya.Dahaga benar nampaknya.

Hari ini,Syuhada asyik merenung rumah usang yang bakal disewakan kepada seorang guru baru di kampung mereka.Guru dari bandar.Mata Syuhada tidak lepas lepas melihat rumah usang itu.Entah apa yang dipandang,Hajah Kalsom tidak tahu.Syuhada pantang ditegur.Kalau tidak kena caranya dia akan melenting.Naik angin tiba tiba.Biarlah kalau Syuhada suka begitu.Asalkan sahaja Syuhada tidak menyusahkan orang lain.

Orang kampung menuduh Syuhada gila kerana Syuhada suka bercakap sendirian.Sebenarnya,dia meluahkan perasaan di hatinya.

Vote and comment

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terlerai Sebuah RinduWhere stories live. Discover now