FOREVER CRUSH | 1

24 3 0
                                    

Myrah sedang leka menconteng buku kerjanya. Sungguh bosan kelas hari ini. Sudahlah jiran sebelah meja tidak hadir, makin kesepianlah dia.

Myrah memalingkan kepalanya melihat keadaan sekeliling kelas. Amboi, sudah macam berada di kedai kopi lagaknya riuh kelas dia hari ini. Mentang-mentanglah guru mereka sedang menghadiri mesyuarat, masing-masing keluar tanduk.

Dia kemudian melihat keluar tingkap kelas mereka.

"Mmm...mendungnya awan. Mesti hujan sekejap lagi ni," bisik Myrah perlahan.

Selang beberapa saat kemudian, hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi. Myrah mengukirkan senyumannya melihat warga sekolahnya yang sedang mencari tempat perteduhan. Mata Myrah menangkap kelibat seorang lelaki yang langsung tidak berganjak dari tempatnya, membiarkan dirinya dibasahi hujan yang turun mencurah-curah tanpa henti.

Myrah merenung lelaki itu lama sebelum pandangan mereka bertaut. Myrah tersentak apabila melihat lelaki tersebut. Lelaki itu pantas mengalihkan pandangan matanya setelah beberapa saat mereka bertentangan mata.

"Woii...tengok apa tu??," tegur Izna sambil menepuk bahu Myrah perlahan. Izna melihat ke luar tingkap, ingin mengetahui apa yang direnungi Myrah.

"Tengok hujan?," balas Myrah sambil melemparkan senyuman manisnya kepada Izna.

"Tu kau bagi aku jawapan ke soalan??," soal Izna.

"Hehehe... dua-dua," Myrah hanya mampu memberikan Izna senyuman manisnya yang memikat apabila melihat wajah Izna yang memerah. Marah mungkin?

"Jap weii... aku nak jumpa Nadine sekejap," Izna kemudian laju menghampiri Nadine yang berada di muka pintu kelas. Myrah lantas melambaikan tangannya kepada Nadine.

Myrah melihat ke luar tingkap sekali lagi. Dia meluaskan pandangan matanya apabila kelibat lelaki tadi tidak lagi kelihatan di mana-mana.

"Dia...dia menangis ke tadi??," tanya  Myrah kepada dirinya sendiri. Jelas di pandangan matanya sebentar tadi terdapat air mata yang mengalir di wajah lelaki tersebut. Matanya juga kelihatan merah.

Myrah mengeluarkan sketch booknya dari laci mejanya. Dia mula melakarkan wajah lelaki tadi. Buat pertama kalinya dia rasa seperti mahu lukis wajah seorang lelaki. Sebelum ini hanya pemandangan alam sahaja yang dia lakarkan dalam bukunya. Dia tidak mampu melupakan raut wajah lelaki tersebut. Seperti dalam kesedihan yang amat. Sukar bagi dirinya untuk melupakan wajah lelaki tersebut.

Myrah menyimpan semula bukunya di dalam laci mejanya. Tidak mahu sesiapa nampak lukisan tersebut. Dia merahsiakan daripada rakan-rakanya bahawa dia pandai melukis. Tiada siapa yang tahu kecuali jiran sebelah mejanya, Aimie.

"Tidur sekejaplah," Myrah lantas meletakkan kepalanya di atas mejanya. Mahu melelapkan mata seketika. Myrah tidur dengan lena ditemani dengan hujan yang masih membasahi bumi.

                                **☄**

"Myrah!! Myrah!! Bangunn!!," teriak Aimie di telinga Myrah. Geram rasanya apabila sudah beberapa kali dia memanggil Myrah tetapi tidak bersahut. Rupa-rupanya sedang lena tidur di dalam pejabatnya.

"Ermm..bisinglah," gumam Myrah perlahan.

Makin merah wajah Aimie mendengar apa yang digumamkan oleh Myrah. Geramnya!! Tangan Aimie lantas mencapai botol minuman Myrah yang berada di atas meja kerjanya. Dia membuka penutup botol minuman tersebut dan merenjiskan sedikit air ke muka Myrah. Susah sangat kan!

"Weii...apa ni??," soal Myrah apabila terasa beberapa titisan air di mukanya. Myrah memandang Aimie dengan pandangan membunuh.

"Kau jangan nak pandang aku macam tu pulak eh... Aku sampai nak terkeluar anak tekak panggil kau, haram kau nak nyahut. Rupa-rupanya tengah sedap-sedap tidur dalam pejabat kau," rungut Aimie.

"Ooohh ye eh? Sorry lah tak dengar. Kau kan tau, aku bukan boleh kalau time hujan gini, mesti mata ni nak lena je," jelas Myrah kepada Aimie. Myrah lantas bangkit daripada baringannya dan menuju ke tandas wanita untuk membasuh mukanya.

Aimie pula setia membontoti Myrah. Ibarat belangkas sahaja mereka berdua ini. Tidak mahu berenggang langsung.

Mereka berdua memasuki tandas bersama-sama. Aimie memerhatikan ruang dalam tandas tersebut untuk memastikan tiada sebarang kewujudan manusia lain selain mereka. Tidak senang rasanya untuk bergosip.

"Kau masih mimpikan dia lagi ke??," soal Aimie perlahan sambil menghulurkan tisu kepada Myrah.

Myrah mengeluh perlahan sebelum membalas.

"Hmm..penatlah weii," adu Myrah. Dia sudah tidak sanggup asyik terkenangkan lelaki itu lagi ataupun senang cerita crush dia daripada sekolah menengah.

"Sabarlah weii...nak buat macam mana. Hati kau tu masih suka, sayang, cinta dekat dia. Memanglah kau asyik terkenangkan dia," pujuk Aimie sambil mengusap belakang badan Myrah perlahan.

Myrah hanya menganggukan kepalanya sebelum mereka berdua pulang semula ke bilik Myrah. Memandangkan working hour sudah tamat dan sekarang sudah pun malam, ramai yang tiada di pejabat. Mereka pula tidak pulang lagi kerana Myrah tertidur di biliknya.

"Ohh lupa pulak aku nak bagitahu kau, esok malam Izna ajak kita kumpul. So kau jangan lupa pulak datang. Jangan bagi alasan kau busy sebab esok cuti," Aimie sudah memberi amaran awal-awal. Myrah ini selalu sahaja lupa apabila mereka ingin berkumpul bersama teman-teman semasa zaman persekolahan mereka.

"Yelah...aku datang. Nanti kau mesej aku lah bagitahu dekat mana," Myra bersetuju. Tidak mahu dia mendengar bebelan daripada Aimie. Tidak sanggup!

"Alright...Nanti apa-apa aku inform kau. Aku pergi dululah wei. Zakwan dah tunggu aku dekat bawah dah. Bye sayang," laju sahaja Aimie membalas. Maklumlah nak jumpa si buah hati, haruslah laju.

Myrah mencebikkan bibirnya. Tahulah sudah berpunya, nak show off pulak. Myrah hanya menjeling apabila Aimie sudah keluar daripada biliknya itu.

Setelah memastikan Aimie benar-benar hilang dari pandangannya, Myrah melangkah ke arah dinding kaca pejabatnya.

Myrah melihat pemandangan malam yang indah ditemani dengan hujan yang masih turun dengan lebat. Tanpa dia sedari air matanya secara perlahan mengalir turun ke pipinya. Semakin lama tangisannya menjadi semakin kuat.

Kaki Myrah menjadi lemah. Dia lantas melurut jatuh ke bawah. Sakit sungguh rasanya ketika itu. Myrah terus-terusan menangis. Dia sudah tidak kuat lagi.

"Saya rindukan awak, Azryel!!," jerit Myrah melepaskan segala yang terbuku dalam jiwanya selama ini.

Myrah mengelap air matanya dengan lengan bajunya secara kasar. Dia penat. Penat menunggu seseorang yang tak pernah mencintainya tapi apakan daya, dia sudah separuh mati sayangkan insan itu.

Myrah lantas bangkit dan mengemaskan barangannya. Dia kemudian berlalu ke arah parking lot dan memandu keretanya pulang ke rumah.

I will always love u Azryel.

                           ***   ⛆  ***

First chap🌟🌟🌟
So how???❇
Hope tak hambar😂💐

FOREVER CRUSH [ HOLD ]Where stories live. Discover now