06 ㅣ Palsu

1K 96 2
                                    


Kejadian kelmarin, membuatkan Nari lebih berjaga-jaga untuk keluar dari rumah. Ini kan pula, dia sudah diterima untuk bekerja di kafe milik ayah Jaemin. Jadi sudah tentu dia perlu pulang lewat malam.

Kakinya terkuis-kuis menunggu bas. 'Lambat lagi ke?' soal hati Nari.

Tiba-tiba sahaja kereta Hyundai putih terpakir kemas di hadapan Nari. Tingkap kereta automatik turun."Jomlah tumpang aku, kita pergi sama kerja" pelawa Jaemin lalu tersenyum manis.

"Takpa, bas dah nak sampai ni, kau pergi la dulu"

"Jom, dah jangan banyak cakap Nam Nari" balas Jaemin.

Tiada jalan lain untuk Nari. Dia menerima pelawaan Jaemin dengan hati yang terbuka.

ㅁㅁㅁㅁㅁ

Hari ini bermulanya Nam Nari bekerja di Kafe. Memang tidak terkira pelanggan yang datang. Kerusi dan juga meja yang kosong langsung tidak kelihatan.

"Hantarkan kopi ni dekat meja 12" ujar salah seorang daripada pekerja kafe yang sedang berdiri disebelahnya. Semua pekerja kelihatan sangat sibuk menjalankan tugas.

"Baik!" balas Nari sambil membetulkan topinya yang senget sedikit. Secawan mocha coffe dibawa bersama ke meja 12.

Nari menuju ke meja 12 lalu terus meletakkan mocha coffe  tersebut di atas meja.

Kelihatan seorang wanita tua dan anaknya. Iya adakah itu anak atau teman lelaki? Jangan soal dah dah.

"Silakan minum" Nari mengukir senyuman dibibirnya dan terus menoleh ke belakang untuk kembali ke dapur. Langkahnya terhenti.

"Tunggu!" ujar wanita tua itu dengan wajahnya yang masam mencuka.

"Ya Puan kenapa?" soal Nari hairan.

"Kenapa kopi ni tak sedap? saya tak suka kopi ni. Tawar, buat yang lain untuk saya"

"Maaf cik bukan sa.." tidak sempat Nari menjelaskan perkara sebenar, bajunya sudah pun dibasahi dengan air kopi yang dibawa bersama tadi. Iya, wanita tua itu melempar cawan yang berisikan mocha coffe ke arah Nari.

"Minumlah sendiri! saya tak perlukan minuman macam ni, buang masa" katanya lalu melangkah pergi keluar dari kafe.

Nari terus mencangkung untuk mencapai cawan kopi yang telah dilempar sebentar tadi. Ingin sahaja Nari mengamuk dan menangis sekuat hati, tetapi tidak, dia masih waras dan dapat berfikir dengan baik. Semua pelanggan melirik ke arah Nari. Dia sedikit malu.

"Kau okay?" soal Jaemin. Wajahnya kelihatan risau memandang Nari.

"Aku okay jelah sikit je ni" Senyuman kelat Nari terpancar.

"Aku nak minta maaf sebab aku, kau jadi macam ni"

"Taklah, aku dah biasa dilayan macam ni, jangan lah sedih lek bro" bahu Nari menolak bahu Jaemin ke tepi sambil tertawa kecil.

Ketawanya hanya palsu.

[C] HousemateWhere stories live. Discover now