29 | Because I Love You

895 85 8
                                    

"Lepaskan dia!" ujar Kai geram. Perlahan lahan kakinya mendekati Nari.

"Dia hak aku. Tiada siapa boleh ambil dia dari aku! dia anak aku!"
pisau pada tangannya masih lagi berhadapan dengan leher Nari. Gadis lemah itu hanya mampu mengalirkan air mata. Dia tidak mampu untuk melawan. Kali ini dia cuba untuk merayu dilepaskan.

"Appa, lepaskan Nari. Kenapa appa langsung tak kesiankan Nari?" rayu si anak, mahu dia memeluk Kai ketika ini. Takut. Hanya Kai sahaja harapannya sekarang.

"AKU CAKAP LEPAS, LEPASKAN LAH DIA!" Kai mejerit kuat sehinggakan urat-urat pada lehernya timbul. Marah dengan tindakan ayah Nari. Terus dia menggenggam penumbuk dan merenung tajam ke arah Nam Taehyun. Lelaki jahat! Bapa yang langsung tidak mempedulikan keadaan anak, memang patut diajar. Kai cuba menghayunkan penumbuk pada wajah lelaki tua itu dan,

BUK!

Taehyun jatuh tersungkur. Pisau yang pada lengannya tadi terus tercampak jauh. Nafasnya turun naik menahan amarah. Nari terus berlari menuju ke arah Kai dengan perasaan takut.

"Kai, sa..saayaa takut" tangannya menggeletar saat memegang hujung baju Kai. Dia terlalu takut untuk berhadapan dengan situasi yang berlaku sekarang.

"Kita keluar dari sini, okay?" pujuk Kai seraya menepuk bahu Nari lembut.

Tanpa mereka sedar, ayah Nari sudah pun cuba untuk bangkit. Walaupun keadaan lelaki tua itu masih lemah, dia gagahkan juga diri untuk membalas dendam. Dia menarik kerusi kayu yang terletak berhampiran dengannya. Perlahan lahan kerusi itu diangkat dan terus menghantuk kepala Kai kuat. Sempat dia tersenyum sinis usai sahaja melihat badan Kai terbaring lemah di atas lantai.

"Kai!" jerit Nari.

"Kau! ikut aku!"

-----

"Awak tak boleh tinggalkan saya" ujar Junmyeon seraya menahan gadis di hadapannya ini untuk melangkah pergi.

"Saya tak layak untuk awak, tolonglah faham"

"Siapa kata awak tak layak untuk saya?" tangan gadis itu ditarik lembut.

"Saya! saya sendiri yang cakap! awak lepaskan saya sebelum saya jerit"

Diugutnya pula Junmyeon sebegitu rupa haih. Jadi apa langkah seterusnya Junmyeon?

"Awak dah janji nak kahwin dengan saya kan? atau awak dah lupa?" Junmyeon masih lagi berdiri dihadapan gadis itu.

"Itu dulu, sekarang tak. Saya ubah fikiran, saya tak layak untuk awak. Sanggup ke awak berkahwin dengan perempuan miskin macam saya ni?" terus dia menepis kasar tangan Junmyeon dan melangkah pergi dari situ.

"Yoora!, Yoora tunggu!" jerit Junmyeon dan terus berlari anak untuk mendapatkan Yoora yang sudah pun jauh meninggalkannya di belakang.

-----

Tangan Nari ditarik kasar. Kepalanya ditunjal kuat. Sekarang, dia benar benar berhadapan dengan realiti. Matanya tepat memandang Kai yang sudah pun terduduk lemah di atas bangku di hadapannya.

"Lepaskan dia!" jerit Nari, badannya meronta ronta untuk dilepaskan. Kedua dua belah tangannya dipegang kemas. Sakit melihat kepala Kai yang berdarah. Ya, Kai langsung tidak sedarkan diri. Air mata Nari mengalir laju, kenapa ayah kandungnya sendiri sanggup melakukan semua ini? Untuk apa?

Maafkan saya Kai, saya tak dapat nak tolong awak untuk kali ini. Saya lemah.

Matanya sempat melirik keadaan dalaman banglo usang yang dia duduki sekarang. Seram dan suram. Mata Nari kembali fokus melihat ayahnya di hadapan. Rambut Nari ditarik kuat.

[C] HousemateWhere stories live. Discover now