▪10▪ [ENDING]

22 2 1
                                    

Yeoreum POV

Hari ini merupakan hari yang paling penting buat aku dan Nahyeon. Kami tercalon dalam ROOKIE OF THE YEAR di Melon Music Award. Aku bingkas bangun dari tidurku lalu terus menyiapkan diri untuk berjumpa dengan CEO Kim. Nahyeon juga telah bersiap. Kami sungguh teruja tapi berasa agak gemuruh kerana ini kali pertama ke anugerah muzik. Sedang aku memasang anting-anting, telefonku berdering.

La la la la vie en rose~

Aku membalas panggilan tersebut. Pemanggil itu rupanya Hyunsik.

"Hello?"

"Korang dah siap? Jackson dengan saya dah nak sampai.
Sila bersiap dengan segera."

"Baiklah Hyunsik-nim."

Kemudian, aku memutuskan talian. "Nahyeon, Hyunsik-nim kata yang dia dengan Jackson dalam perjalanan ke sini. Dia minta kita turun ke bawah."
Nahyeon memandang aku lalu berkata dia yang sudah siap. Aku mengangguk lalu mengemas beg untuk dibawa. Setelah siap, aku dan Nahyeon terus ke bawah untuk menunggu van Jackson. "Yeoreum, kau rasa kita akan menang tak?" Aku menoleh ke arah Nahyeon lalu mengangkat bahu. Sungguh aku tidak pakar dalam meramal. "Kita mungkin menang tapi itulah. Ramai lagi girl group yang lebih popular dari kita macam ITZY, EVERGLOW. Nahyeon mengeluh. Memang benar yang kebarangkalian kami untuk menang agak tipis tapi dengan usaha, kami akan berjaya merangkul anugerah tersebut.

"Tengok tu. Hyunsik-nim dengan Jackson sudah sampai," ujarku sambil menunjukkan van yang dipandu Jackson berhenti di hadapan kami. Cermin hadapan diturunkan, memaparkan Hyunsik yang tersenyum. "Cepatlah masuk!" Kata Hyunsik dengan teruja. Aku dan Nahyeon ketawa kecil sebelum bergegas masuk ke dalam van. Kemudian Jackson memulakan perjalanan ke Gocheok Sky Dome.

Sewaktu dalam perjalanan ke destinasi yang dituju, "Apa perasaan kamu berdua bila tercalon?" Soal Hyunsik, memecah kesunyian. "Masa first time dengar berita, saya menari-nari sebab gembira sangat." Ujar Nahyeon. Aku pula menceritakan perasaan gembiraku apabila tercalon kepada semua orang didalam van. "Baguslah untuk kamu berdua. Ini sebagai titik permulaan karier kamu untuk berkembang." Kata-kata Jackson memberi semangat kepada aku untuk lebih berusaha pada masa hadapan. "Terima kasih Jackson oppa!" Jackson ketawa apabila aku berterima kasih kepadanya.

1 jam 30 minit kemudian~

"Besarnya tempat ni." Kata Nahyeon sambil melihat ke arah bangunan yang tersergam indah itu. Aku yang melihat bangunan itu turut terpegun dengan kemegahannya. "Baik kamu berdua. Nanti akan ada acara RED CARPET. Kamu tahulah adab dan tatasusila sewaktu acara tersebut dijalankan sebab kamu banyak tengok acara ini di kaca tv banyak kali." Aku menyentuh dadaku. Aku mula berasa gemuruh. "Kamu berdua jangan gemuruh pula." Kata-kata Jackson membuatkan aku lebih gemuruh. "Hyung, janganlah beri mereka lebih gemuruh." kata Hyunsik sebelum menolak perlahan bahu Jackson. Jackson pula ketawa apabila dia berjaya membuat aku dan Nahyeon berasa gemuruh.

~Selepas sesi makeup~

Aku dan Nahyeon sudah bersiap. Aku memakai gaun panjang bewarna merah jambu manakala Nahyeon memakai gaun bewarna magenta. "Nahyeon, kau rasa aku nampak lawa tak pakai gaun ni?" Nahyeon melihat aku dan gaun aku lalu mengangguk. "Lawalah juga. Tapi gaun aku lagi lawa." aku mengeluh dengan perlahan. Hyunsik yang ketika itu sedang bercakap di telefon menyuruh aku dan Nahyeon untuk pergi ke tempat duduk idols. "Marilah gerak Yeoreum." Aku mengurut dada lalu mengangguk. Aku dan Nahyeon pun mengorak langkah ke tempat duduk idols.

ForeverWhere stories live. Discover now