"Sampai hati abang buat saya macam ni . Sanggup abang madukan saya " mengalir air matanya saat dia lihat perempuan di sebelah suaminya . Bukan dia tidak kenal perempuan itu tapi dia abaikan dulu apa yang penting suaminya.
"Abang ada sebab kenapa abang buat macam ni , Ida " kata suaminya Dato' Kamal .
"Abang tipu Ida ! Abang curang belakang Ida ! NOW Ida nak abang ceraikan Ida !" bentak Ida pada suaminya .
" Abang takkan ceraikan mana-mana isteri abang "
" Kalau begitu , Ida akan keluar daripada rumah ini " tekad Ida berkata .
" Ida jangan buat abang macam ini sayang " rayu Kamal pada Ida .
Perempuan dia sebelah Kamal , Maream hanya berdiamkan diri . Dia hanya rindukan arwah suaminya , Azhaar yang sudah lama tinggalkannya . Dia kini sudah mempunyai seorang anak lelaki bersama Azhaar tetapi sudah menjadi isteri kepada Kamal . Ini semua permintaan terakhir Azhaar .
" Mama nak pergi mana ni ?" tanya budak gadis itu .
" Hana jaga diri baik-baik ye nanti mama datang balik ye " kata mamanya sambil membawa beg besar untuk tinggalkan rumah itu .
" Hana nak nak ikut mama ! Hana nak mama !" jerit Hana tatkala mamanya melepaskan pelukan anaknya .
" Abang jangan cuba cari saya lepas ni !" marah Ida . Kamal hanya sedih dengan perubahan Ida sekarang ini . Dia amat sayangkan Ida , dia tak sanggup lepaskan Ida .
" Mama jangan tinggalkan Hana ! Mama !" rayu Hana . Mamanya hanya memandang Hana dengan pandang bersalah dan dia terus keluar daripada rumah itu.
Hana cuba kejar mamanya tetapi dihalang oleh ayahnya . Hana meraung-raung cuba melepaskan pelukan Kamal .
"Hana sayang jangan macam ni nanti mama datang balik ye " kata Kamal .
" Hana nak ibu tinggal disini " kata Hana perlahan sambil menangis tidak henti .
Maream mengusap lembut rambut Hana dan bawa Hana ke dalam pelukannya . Kemudian, Hana tertidur dalam dakapan ibu tirinya . Abang tirinya hanya melihat dengan pandangan kosong kerana tidak mengerti apa-apa .
_____________________________________" Abang minta maaf sebab dah libatkan Mar dalam hal ni " kata Kamal sedih .
" Tidak mengapa bang , Mar yang patutnya minta maaf sebab Mar punca abang dan isteri abang bergaduh . Mar minta maaf bang " kata Maream sambil cium tangan Kamal .
" Tak bukan salah Mar . Dah jom kita tidur" kata Kamal sambil menutup pintu .
" Abang rindu kamu Ida " bisik dia perlahan .
Apa yang dah jadi tadi ? Kenapa ayah Hana curang dengan ibu dia ? Sorry kalau ada silap2 tu mohon jangan kecam . Kalau tak best takpe . Sila vote okay tak paksa hehee -ecah-
YOU ARE READING
Encik Cinta !
RomanceStory Kedua Saya ! Hana Asyura , gadis malang yang tinggal bersama ayahnya Dato' Kamal dan ibu tiri dengan anak lelakinya. Setiap hari Hana didera dan dilayan tidak ubah seperti orang gaji oleh ibu tirinya apabila Dato' Kamal tiada di rumah . Ibu ka...