Sk8r Boi

38 1 0
                                    

Skater Boi, nama gelaran bagi dia sebab aku jumpa dia di sk8 park, diperkenalkan oleh seorang makhayam pada masa itu..
Pada waktu itu, umurku boleh dikatakan tergolong dalam golongan naif, baru mengenal dunia di kota metropolitan, baru juga berkenalan dengan rakan-rakan baruku ini..

"Eh nok, jomlah ikut mak kejap, mak nak kenalkan uol dengan jantan skater ni" kata Grey si makhayam.

"A'ah, jom la Sam, orang cakap 'barang' dia baik" Fae bf makhayam mencelah..

Niatku hanya ingin menambah kenalan di dunia baru kukenali ini. Dunia bersama explore dengan kawan-kawan yg mempunyai taste yang sama / hampir sama.

Setibanya kami di sk8 park tersebut, maka muncul seorang lelaki, memegang papan luncur, tidaklah tinggi, berbadan slim, mempunyai 6 pax yang amatlah dikagumi dan diidamkan oleh jantan-jantan bertubuh eropah dikalangan komuniti kami ini..

"Lee" dia memperkenalkan dirinya..
Tiada apa yg diborakkan sangat, sebab dirinya pun kepenatan bermain papan luncur itu sebelum kehadiran kami..

Kami bertiga mengambil keputusan untuk pulang sahaja selepas pertemuan itu oleh kerana malam pun semakin larut..
Di dalam kereta, Grey memberitahu bahawa si Lee bekerja sebagai peneroka minyak dan gas di lautan.. (YTJT)
Hatiku hanyalah memberikan reaksi biasa, bukanlah tidak mengagumi si Lee yg bekerja gah dimasa itu, cuma aku juga sedikit sebanyak terlibat di bidang yang sama.

Hari berlalu pergi seperti biasa, tiada penukaran nombor telefon berlaku diantara aku dan Lee pada malam tersebut, sekadar perjumpaan perkenalan biasa.

Fae pun pulang ke negeri kelahirannya di timur tidak lama kemudian, atas kekangan masa cuti peralihan semesternya.

Sedang aku bersiap-siaga untuk membeli makan tengah hari, telefon bimbitku berdering tertera nama Grey..
"Uol, busy tak? Birthday Fae lah esok, jom ikut mak pergi GWP nak?" Grey menanyaku..
Seraya dengan itu, aku menjawab bahawa aku bersetuju ingin mengikut Grey ke GWP untuk menyambut hari lahir si Fae.

Grey datang menjemputku di rumah, dam bermulalah perjalanan 2 makhluk bersaiz eropah, di dalam kenderaan berjenama Amerika, selama 3 jam menuju ke timur semenanjung itu..
Sepanjang jalan Grey memandu memberi peluang aku untuk berehat supaya apabila sampai ke GWP, aku boleh mengambil alih pemanduan dan menuju ke destinasi seterusnya.

Seusai sampai di destinasi, dan telahpun menjemput Fae, Grey meminta untuk aku mengambil alih tugas memandu, kerana merindui Fae.
Maka terjadilah seketul gumpalan yang membuatkan seorang pemandu mengalihkan cermin pandang belakang kenderaan itu ke tempat lain.

Fae adalah seorang pemain bola tampar, tinggi, putih, kurus.
Grey pula, bertubuh Eropah tetapi merasakan dirinya genit, juga tinggi orangnya, berkulit sawo matang.

Saiz Eropah & Lokal (BxB)Where stories live. Discover now