OLB 26

4K 545 22
                                    

hana baring mengiring di atas katil jungkook. kukunya digigit halus tanda terlalu nervous. sekejap tubuhnya dipusing ke kiri dan sekejap ke kanan disebabkan tidak selesa.

sebaik saja pintu tandas dikuak oleh jungkook, hana memejamkan matanya, acah tidur. tubuhnya jangan dikata, sejak dari tadi lagi menggigil habis.

jungkook yang sudah lengkap berpakaian itu tersenyum melihat hana. memang disangkanya yang gadis itu telahpun tidur.

selepas beberapa minit rambutnya dibiar kering, kini jungkook telahpun membaringkan tubuhnya di sebelah hana. hana yang sedar jungkook mula baring ditepinya, makin rapat dia memejamkan matanya.

" jangan nak buat tidur, hana. aku tahu kau tak tidur lagi. "

hana menghembuskan nafasnya. walaupun kantoi dengan jungkook, matanya setia terpejam. otaknya ligat memikir apa yang bakal berlaku lepas ini.

" sukati kau lah, janji dapat tidur dengan kau, aku bahagia. "

jungkook tersengih. meremang bulu romanya sebaik saja jungkook berkata begitu.

" kenapa baring hadap sana? bila dah baring tu, hadap aku lah. "

tangan jungkook naik memegang pinggang hana. mata hana terbuka apabila dia kini baring menghadap jungkook.

" ish dekat sangatlah- "

" tak kisah lah. "

keras jungkook bersuara. hana melarikan anak matanya bila jungkook memandang tepat anak matanya.

jungkook menarik pinggang hana dengan lebih rapat. kening hana sudah berkerut halus menerima tindakan jungkook.

" sooo.. where is my night kiss? "

hana mencebik. tidak sanggup dia melihat jungkook yang kini tersenyum penuh makna ke arahnya. rambut hana yang berada di pipi ditolak ke belakang telinga oleh jungkook.

" kau tak nak bagi. kan? "

hana lambat-lambat mengangguk. jungkook yang faham itu terus merangkul tubuh hana.

" tutup mata kau, tidur. "

hana hanya patuh dengan arahan jungkook. dengan mudah, hana kini sudah pun terlelap.

bibir hana jungkook pandang sebelum bibir mungil itu menjadi sasaran. bijak bukan si jeon jebon ni?

◀ TBC. ▶

maafkan saia kerana pendek . korang nak sangat kan aku update waktu aku kekeringan idea ? haa amek korang la ni gais , short chapter je aku lanje 😛

jgn desak aku woi suh update cepat , tak tahan aku dgn komen korang yg mcm tu . fikir aku ni wobott ke ? 😭

𝑶𝑼𝑹 𝑳𝑰𝑻𝑻𝑳𝑬 𝑩𝑨𝑩𝒀  ↻ 𝑱𝑱𝑲 •Where stories live. Discover now