OLB 39

3K 319 36
                                    

Hujan turun semenjak malam melabuh tirai. Selesai sahaja mereka menjamu makan malam, Jungkook dan Hana menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Ean pula bergegas ke hospital selepas pihak hospital menelefonnya.

Kilat tak kilat bersabung dekat langit pada masa kini, mereka langsung tidak peduli. Televisyen tetap dihidupkan demi mahu menonton K-Drama.

Duduk sahaja Jungkook di sofa, Hana langsung meletakkan kepalanya pada paha Jungkook. Jungkook tidak hirau, dibiarkan saja perlakuan Hana tersebut.

5 minit mereka berdiam diri, hanya televisyen sahaja yang berbicara, Hana mula muncung. Sekurang-kurangnya tepuklah paha dia ke? Usap rambut dia ke? Ini tak! Sibok mata tu tajam pandang televisyen! Tahulah mata tu comel!

" Awak... "

" Hm? "

Mata tidak berganjak memandang Hana. Masih lagi fokus memandang tepat kehadapan.

" Ish, awak... "

" Iya, apadia? Cakap jelah. Tak nampak ke aku tengah tengok tv ni ha? "

Terkelu lidah Hana buat sesaat. Okay then, fine! Kepala diangkat dari paha Jungkook. Badan dipusing ke kiri mahu membelakangi Jungkook, tubuh dipeluk, bibir dimuncungkan lagi sedepa.

Jungkook yang sedar hal tersebut, melirik sebentar. Kemudian tersenyum nipis.

" Yes, sayang? Why? What's the problem? "

Bahu Hana dipegang cuba dipusing badan wanita itu menghadap kearahnya. Namun Hana sedaya upaya mengeraskan tubuh.

" Tekdek ah. Layan ajelah drama awak tu. Tak payah peduli saya. Benci. "

Jungkook tergelak kecil. Acah jual mahal lah ni?

" Betul tak ada? Okey kalau macam tu, aku tengok drama ni, kau jangan kacau aku. Boleh? "

Mata Hana membulat. Tubir matanya mula berair. Please someone tell me kenapa Jungkook terlalu kejam?! (╥︣﹏᷅╥᷅)

" Tskk tskk!~ "

Akhirnya Jungkook tergelak besar. Tak sangka ye sensitif dia teruk macam ni untuk preggy mommy! Entahlah, rasa lucu!

" Hanaaa~ You're so cute lah sayang! "

Tangisan 'buat-buat' Hana serta merta berhenti. Senyuman nipis perlahan terukir, wajah ditundukkan sedikit tidak mahu Jungkook melihat senyuman itu. Tak bolehlah! Rasa lemah terus hati! Tak dapat nak merajuk lama-lama hm.

" Ish tak payahlah usik! Saja tau... benci. "

" Dahlah tu, tak payah nak acah merajuk. Come here. "

Paha sendiri ditepuk-tepuk. Dengan bibir yang masih lagi tercebik, Hana turut sahaja perintah Jungkook. Mata Jungkook yang kembali tajam memandang skrin televisyen membuatkan Hana sekali lagi berasa geram!

" Jungkook! Apani! "

" Takdek apalah, tu ha kissing scene, aku mana nak terlepas. Nak juga tengok. "

𝑶𝑼𝑹 𝑳𝑰𝑻𝑻𝑳𝑬 𝑩𝑨𝑩𝒀  ↻ 𝑱𝑱𝑲 •Where stories live. Discover now