OLB 49

2.2K 206 65
                                    

Do votes and comments, thank you! ❤️

❁─────────❈❈❊─────────❁

Malam melabuhkan tirainya. Jimin sudah bersiap sedia untuk memulakan peperangan diantara dirinya dan juga Jeon Jungkook. Sakit hatinya melihat Jungkook dan juga Hana membeli pakaian bayi siang tadi memang tidak dapat diungkapkan dengan kata.

Perasaan geram dan juga cemburunya sudah tidak dapat dibendung lagi. Jimin sudah tekad. Dia sudah tidak mahu berdiam diri. Hana sepatutnya milik Park Jimin dan bukannya Jeon Jungkook!

Segala-galanya sudah disarung lengkap ke tubuh bagi keselamatannya. Kawan baik tak kawan baik, dia sanggup bunuh kawan baiknya sendiri demi seorang gadis yang bernama Choi Hana itu.

"Look like someone already notice my letter..."

Ya, Jiminlah yang meletakkan sekeping kertas itu diatas meja kerja Jungkook. Sengaja Jimin menulis bait ayat tersebut bagi menyakitkan hati Jungkook.

Jimin ketawa perlahan, peluru seperti biasa akan diisi terlebih dahulu ke dalam High-Tech Assault Rifle (XM-8). Kemudian peluru tambahan juga tidak lupa untuk dibawa sekali dan diletakkan di dalam porch khas for any kind of rifle bullets.

"Jefe... ¿Estás seguro de que quieres hacer esto solo?  Tiene mucha gente. (Boss... are you sure you wanna do this alone? He's got a lot of people.)"

"No hay necesidad de preocuparse.  Seguro que puedo manejarlos solo con este rifle, mi amado para siempre. (There's no need to be worry. For sure I can handle them with just this rifle, my beloved one forever.)" Jimin tersenyum lebar sambil memeriksa apa yang patut pada XM-8 nya itu.

Salah satu orang bawahan Jimin, Jerremy, mengeluh perlahan. Dia tidak yakin dengan keputusan Bossnya ini, namun kerana dia Boss, terpaksa diikutkan saja betul tak?

"Por favor llámame si estás en problemas. (Please call me if you're in trouble.)" kata Jerremy.

Jimin menggulingkan biji mata. Seteleh semua sudah siap sedia, Jimin berdiri dari duduknya dengan XM-8 yang dipegang megah ditangan. Sekian lama tidak beraksi, akhirnya Jimin dapat memegang semula senapang kegemarannya ini.

"Aku akan pastikan kau milik aku Choi Hana. Milik aku seorang." Jimin tersenyum sinis buat kesekian kalinya kemudian menyambung katanya, "Well, surprise Jeon Jungkook!"

❁─────────❈❈❊─────────❁

Sambil tangan bergerak membancuh susu untuk Hana, Jungkook tersenyum memandang wajah monyok Hana yang semacam itu. Alaa Jungkook bangunkan Hana pun bersebab, Hana kena minum susu sebelum dia benar-benar tidur mati.

"Nah, muka tu tak payah monyok sangat."

Segelas susu itu dihulur kepada Hana. Dengan bibir yang tercebik, Hana terpaksa menyambut huluran Jungkook. Tak apa Hana, demi kesihatan baby, kau patut bersyukur yang Jungkook bangunkan kau untuk minum benda ni.

Selesai menghabiskan segelas susu, Hana turun dari kerusi meja makan lalu U turn sedikit untuk mendapatkan Jungkook. Dipeluk Jungkook, lalu mata dipejam rapat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝑶𝑼𝑹 𝑳𝑰𝑻𝑻𝑳𝑬 𝑩𝑨𝑩𝒀  ↻ 𝑱𝑱𝑲 •Where stories live. Discover now