Park Jimin POV
Pagi yang indah dan ditemani oleh bunyi keriangan kanak-kanak yang bermain salji di luar rumah kedengaran.
Aku melangkah keluar daripada rumah dengan baju sejuk yang berlapis-lapis menuju ke beranda rumah.
Hari Natal yang akan menjelang, kanak-kanak keriangan bermain salji mendatangkan sebuah memori kepada aku.
Sungguh indah memori itu jika di kenang kembali zaman kanak-kanak yang tidak matang lagi.
Bahagia sungguh.
Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak kepadaku.
"Jimin hyung!!"
Kanak-kanak itu terkedek-kedek meredah salji yang hampir paras betis dia.
"Annyeong hyung!" kanak-kanak tersebut duduk bercangkung dihadapan aku yang merenung dia.
"Annyeong Chan-ie, Chan-ie buat apa tadi?" tanya aku tersenyum suka memandang kanak-kanak lelaki itu yang tersengih gembira.
"Hehe, Chan-ie tak buat apa. Chan-ie cuma main salji dengan chingu. Hyung nak main sekali?" tanya kanak-kanak itu bersungguh-sungguh.
Aku hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"Ala~ kenapa hyung?" tanya kanak-kanak itu kedengaran sedih. Wajah kanak-kanak itu menjadi muram.
"Hurm, Chan-ie jangan lah sedih. Chan-ie pergi main dengan chingu Chan-ie dulu. Nanti hyung nak cerita something dekat Chan-ie. Okey" aku memujuk Chan-ie dengan Cara halus.
Wajah kanak-kanak itu kelihatan teruja selepas aku menjanjikan ingin bercerita sesuatu pada nya.
"Hyung nak cerita pasal apa? pasal Chim, Kookie, Tae, Jinie, Joonie, Hobie dengan Yoongie ke?" tanya kanak-kanak itu teruja.
Aku hanya mengangguk gembira.
"Okkk, lepas Chan-ie main dengan chingu Chan-ie hyung janji ehh citer pasal diaorang?" kata kanak-kanak itu gembira.
"Yee, dah sekarang Chan-ie pergi main dulu"
Kanak-kanak itu terus pergi meninggalkan aku untuk bermain bersama kawan nya.
Melihat Chan-ie yang gembira bermain bersama kawan nya, membuat kan aku teringat tentang kawan-kawan aku dahulu.
---
Kedengaran tangisan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain bersama kawan-kawannya.
"Huarghhhhhhhh, Tae bagitahu eomma Tae kalau Yoongi hyung tak nak kasi Tae main dengan korang" kanak-kanak yang bernama Taehyung hanya terus-terusan menangis.
"Yoongi hyung, bagi jelah dia main dengan kita. Nanti eomma aku marah la kalau nampak dia nangis" kata kanak-kanak yang bernama Hoseok.
YOU ARE READING
our last christmas | P.J.M [HOLD]
Fanfiction+untuk kali terakhir kita menyambut christmas bersama starts ; 11/02/19 end ; 00/00/00 ___ cover by ; @whalienalien_52