l

5 1 0
                                    

Park Jimin pov

Aku masih cuba memujuk Chan yang masih merajuk dengan aku.

Bermacam-macam cara aku dah cuba nak pujuk budak bertuah ni tapi satu pun tak jalan.

Aku hanya memandang Chan yang menonton televisyen dengan muka yang monyok.

"haihh--" aku mengeluh.

Aku menarik Chan mendekati aku. Chan buat tak tahu bila aku tarik tangan dia tapi dia tetap duduk dengan aku.

Aku mengelus perlahan rambut Chan.

"sekarang Chan-ie cerita, Chan-ie nak tanya apa? hyung janji hyung jawab" aku menghulurkan pinky promise kepadanya.

Pada mulanya dia hanya memandang pinky promise ku tetapi akhirnya dia menyambut pinky promise aku.

"Chan-ie nak tanya apa?" aku mengelus perlahan rambutnya.

Chan hanya memandang aku dan bermain-main dengan jari aku.

"Chan-ie.." aku memandang Chan yang hanya senyap memandang aku.

"Chan-ie nak tanya"

"tanyalah"

Chan bangun dan duduk diatas riba aku.

"hyung-- best ke ada bestfriend? Chan-ie teringin nak ada bestfriend" dia memandang aku penuh pengharapan.

Aku hanya tersenyum sambil memandang mata bundar Chan yang memandang aku.

"ada bestfrieng memang best, lagi best kalau bestfriend kita tu jenis masuk air dengan kita, faham kita, sayang kita, ambik berat pasal kita. macam semua benda yang kita buat dengan dia rasa manis je" aku tersenyum memandang Chan.

"hyung pernah ada bestfriend tak?"

Aku hanya mengangguk dengan senyuman nipis di bibir.

"penah, dulu. dulu hyung ada banyak bestfriend"

Chan hanya bermain dengan jariku.

"sekarang mana diaorang hyung?"

Aku hanya tersenyum. Fikiran aku menerawang pada masa lalu.

---

Jimin dan Seokjin menuju ke sekumpulan kanak-kanak yang sedang berkumpul di tengah-tengah laman.

"Chimmmmmmm" tubuh Jimin dipeluk oleh sekumpulan kanak-kanak itu.

"Apa niii Chim rasa lemas lahh, mati Chim nanti" kata Jimin yang cuba melepaskan diri daripada dipeluk beramai-ramai.

"Chim dah tak marah dekat hyung kan?" Hoseok memandang Jimin penuh harapan.

Jimin hanya mengangguk tersenyum gembira menandakan dia memaafkan rakannya itu.

"YEAYYY" tubuh Jimin sekali lagi dipeluk oleh Hoseok.

Taehyung, Jungkook, Yoongi, Seokjin dan Namjoon cuba menarik Hoseok daripada memeluk Jimin apabila Jimin memohon kepada mereka supaya menghalang Hoseok daripada terus-terusan memeluknya.

"Hobie hyung dah la peluk Chim tu, mati dia nanti siapa nak duduk dalam kelas dengan Tae" Taehyung cuba menarik Hoseok dibantu oleh Jungkook.

"Oobie hyeong yepaskan Chim hyeong. Kookie cayang Chim hyeong. Kookie tanak Chim hyeong mati" Taehyung dan Jungkook sedaya upaya menarik Hoseok.

Perlahan-lahan Hoseok melepaskan badan Jimin tetapi tiba-tiba dia mencubit pipi Jungkook.

"Kookie kenapa Kookie comel sangat ni? Hobie hyung geram laaa" pipi Jungkook dicubit-cubit oleh Hoseok dan yang lain kecuali Yoongi.

"Aah la Kookie kenapa comel sangat"

"Alololo dia buat muka comel laa, geramnyaa"

"Kookiee makan apa comel sangat ni"

"Kookie mesti ikut hyung, sebab tu comel jee"

"kookieee why so cutee?"

Jungkook hanya pasrah apabila dirinya digomol-gomol oleh rakan-rakannya.

"Siapa suruh korang buat Kookie aku macam tu ha? mati dia kejap lagi" Yoongi menghalang rakan-rakannya terus-terusan menggomol Jungkook.

"Halah Yoongie hyung ni, sibuk je" Namjoon memandang Yoongi tidak puas hati.

"Dah-dah. Jangan nak bergaduh, jom kita semua balik. Cuaca makin sejuk ni nanti tak pasal-pasal kita semua yang mati beku pulak" kata Seokjin meredakan keadaan.

"Tapi Jinnie hyung-- hadiah kita tak beli lagi" Taehyung memandang Seokjin.

"Ni semua salah Hobie. Kalau Hobie hati-hati nak melintas tadi mesti Chim tak merajuk. Mesti dah ada hadiah kita" kata Hoseok sayu.

"Tak Hobie hyung. Ni semua sebab Chim, kalau Chim teman hyung belikan hadiah tak adanya hyung keluar sorang-sorang" Jimin memandang Hoseok dengan linangan air mata.

"Tak laa, ni syemua syalah kita syebab tak keluaa beli adiah engan eomma appa kita syendiri. alau kita keluaa engan eomma appa kita mesyti tak ada apa"

Semua senyap apabila Jungkook memberi pendapat.

"betul tu Kookie. macam ni lah adik hyung"

Jungkook hanya ketawa geli hati apabila dirinya digeletek oleh rakan-rakannya.

"Sekarang kita nak balik ke nak beli hadiah?" tanya Namjoon.

"Kita beli jelahh, sempat lagi nii" Taehyung mula menarik rakan-rakannya.

"Tapi--" Seokjin melihat sekeliling merek

"Kita semua balik sekarang, dah nak malam ni nanti eomma appa korang risau" kata Yoongi lalu berlalu pergi.

---

"Hyung?"

Aku memandang Chan lalu tersenyum.

"Jom kita keluar beli hadiah, eomma Chan-ie belum belikan Chan-ie hadiah lagi kan?" aku menarik Chan bangun.

Sedang kami mahu ke kereta aku, Chan berhenti melangkah.

Aku memandang Chan tanda tanya.

"Boleh ke kita pergi sekarang? eomma tak marah ke? halmonie tak marah ke? dah malam--" kedengaran sayu suaran Chan. Dengan suaranya yang sedih itu.

Aku hanya tersenyum dan mengusutkan rambutnya. "Boleh la, hyungkan ada. Nanti pepandai la hyung pujuk eomma dengan halmonie Chan-ie"

"OKKK HYUNGG"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

our last christmas | P.J.M [HOLD]Where stories live. Discover now