hilang.

48 1 0
                                    

Mata kucelik dari tidur.
Kuharap mimpi itu turut lari bertabur.

Ritma dadaku berkecamuk.
Kuusap dengan harapan ia tidak berterusan mengamuk.

Sekilas aku teringatkan kamu.
Bergegas kakiku berlari mencari kelibat kamu.

Kerna dalam tidurku tadi kamu ada di sisi.
Tapi kelat wajahmu seakan mahu tinggalkan dan pergi.

Tiada.

Segenap penjuru susukmu tiada.

Nafasku hilang.
Ingatan itu bertandang.

Aku lupa.

Kau sudah pulang.
Aku yang iring tadi siang.

Aku lupa.

Kau, bukan teman di sisiku lagi.
Kau, teman di sisi Tuhan kini.

Nyata tadi, bukan mimpi.

Tapi hakiki.


Sepotong Perasaan Yang TerdiamWhere stories live. Discover now