"Weh,kau menungkan apa tu?"
Ann memandang Risya yang sedang menghampiri sambil menghulurkan air mineral kepadanya. Anna tersenyum lalu menyambut huluran daripada Risya.
"Tak ada apalah. Kayla mana?", soal Anna cuba untuk menukar topik. Risya menjeling tajam. Nak tukar topik la tu."Ada kat belakang tu. Tengah cari barang apa entah",terang Risya lalu meneliti kaki Anna. Baru sahaja dia ingin membuka mulut,Kayla terlebih dahulu bertanya.
"Ann,kaki kau dah okey?"
Anna hanya mengangguk. Mereka sempat masuk ke dalam kedai itu dan sekarang mereka sedang berehat kerana waktu sudah menginjak malam."Emm,ni aku jumpa kayu baseball ,kayu biasa dengan kapak kat belakang. So,I'll take this,Ann kayu dan Risya kapak. Kita kena keluar esok sebab kena cari bantuan. Kalau tak sampai bila kita kat sini. Risya kau ada beg kan?So,kau isi makanan dalam tu. Beg aku pun aku akan isi jugak. Mungkin cukup untuk dua atau tiga hari. Okey?",terang Kayla selaku ketua kumpulan mereka. Risya dan Anna mengangguk faham.
Mereka mula mengemas barang-barang yang ingin diperlukan. Baru saja Anna ingin membantu Risya,Kayla terlebih dahulu menghalangnya."Woah,Ann. Kau tengah sakit tu. Tak payah mengada nak tolong kitorang",kata Kayla dan Risya mengangguk mengiakan.
"Eh,sakit kaki jer. Bukannya teruk pun. Aku boleh tolong korang la",balas Anna lalu mengundang jentikan daripada Kayla. Anna mengaduh kesakitan apabila Kayla menjentik telinganya dengan selamba.
Bukan jentik manja ya kawan-kawan sebab Kayla ni kalau kasar memang kasar betul."Hah,padan muka. Tu la degil sangat. Kan dah kena."
"Bukan namanya Anna Delaila la kalau tak degil. Hahaha."
Anna menjeling Risya yang sedang menjelirkan lidah ke arahnya. Ni la kawan. Bukan nak support member.😒😒
Gadis itu terus bangun meninggalkan mereka dalam keadaan terpinga.
Kayla dan Risya berpandangan."Tak apa,biar aku pergi tengok. Aku yang start dulu semua ni."
Risya mengangguk dan menyambung tugasnya. Dia hanya menghantar Kayla melalui pandangan mata.
Kayla berlari anak mencari Anna di sekeliling kedai itu. Dia memandang ke arah pintu stor yang terbuka sedikit. Kayla tersenyum nipis. Dia tahu yang Anna ada dalam tu. Macam mana?
Sebab dia kan jelajah satu kedai ni tadi. Jadi,mesti dia tutup balik semua pintu.Kayla terus berjalan perlahan ke pintu itu. Dia menolak pintu yang sedikit terbuka itu. Dia melihat Anna yang sedang membelakanginya dan... menangis??
Gadis itu terus mendekati Anna dan duduk di sebelahnya. Anna masih tak sedar akan kewujudannya. Hmm,khusyuk sangat nangisnya tu.
Kayla berdehem perlahan membuatkan esakan kecil Anna terus terhenti.
"Kau nangis sebab aku ke?",soal Kayla sambil menggosok lengannya. Anna mengangkat muka dan mengecilkan mata memandang Kayla.
"Kenapa la aku dapat kawan macam kau ni. Bukannya tahu apa perasaan orang", jawab Anna selamba.
Kayla memandangnya sambil tersengih. Dia melihat kaki Anna yang makin merah.
"Weh,duduklah dulu. Kaki kau makin teruk aku tengok."
Anna menggeleng kepala. Tunggu orang cakap baru nak ambil berat dia ni. 😤😤
Kayla tersenyum lalu merapati Anna yang sedang duduk sambil memeluk tubuh. Dia terus memeluk Anna yang betul-betul marah dengan dia.
"I'm sorry,Ann. Aku tak berniat nak sakitkan kau. Aku just nak kau rehat. Kaki sakit lagi,kan? Rehat la dulu. Lain kali kau tolong benda lain tau", Anna tersenyum dan tiba-tiba dia lepaskan pelukan. Dia memandang Kayla sambil tersenyum penuh makna kepada gadis itu. Kayla mengangkat kening."Ap...", Anna terus merosakkan rambut panjang Kayla sehingga gadis itu terjerit kecil apabila diperlakukan sedemikian.
"Ann,apa kau buat ni? Habis rosak rambut aku", jerit Kayla sambil membetulkan kembali rambutnya yang serabai teruk.
Kayla menjeling Anna yang asyik tergelak sambil menekan perut. Kelakar sangat la tu,omel Kayla sambil mencebik. Dia melihat Anna yang sedang memandang pintu. Dia berkata tanpa suara 'Ada apa?'
Anna mengamati sesuatu yang berada di sebalik pintu lalu tersenyum senget. Dia memandang Kayla sekilas dan,
"Woi,Risya. Kalau nak masuk,masuk jela. Duk mengendap-ngendap pulak kat situ."
Pintu terus terbuka menampakkan Risya yang sedang tergolek jatuh. Anna dan Kayla sedaya upaya menahan tawa dari terhambur. Nampak sangat dia terkejut sampai terjatuh.Risya bangun kembali dan membetulkan bajunya yang senget sebab terjatuh tadi. Dia merapati mereka berdua sambil tersenyum sipu.
"Kau okey tak,Risya?",soal Kayla sambil menahan gelak. Anna pula sudah terhenjut-henjut bahunya. Risya menjeling Ann tajam.
"Korang nak gelak,gelaklah. Aku tak kisah", balas Risya sambil buat muka sedih mengharapkan yang mereka pujuk. Dia menundukkan kepala.
Satu saat...
Dua saat...
Risya mengangkat muka dan...
Kayla dan Anna sudah selamat terbahak-bahak menggelakkan dirinya. Yang tak boleh blah, si Anna tu yang melebih. Siap terbaring-baring pastu tepuk sofa sekali. Kaki pun sampai terangkat-angkat. Melebih dah ni.
Dia melihat Kayla pula. Gadis itu pun lebih kurang je tapi dalam versi ayu. Tutup mulut pastu gelak slow-slow. Sakai sekor-sekor. Nasib kawan aku.
"Dah la tu gelakkan dia. Kesian dia. Meh sini,Risya. Duduk dengan kitorang",pelawa Kayla sambil menepuk perlahan ruang di sebelahnya. Sofa panjang itu mempunyai tiga tempat duduk jadi muat untuk mereka bertiga.
Risya melangkah perlahan ke arah Kayla. Anna dari tadi tak berhenti gelak dia tu. Kayla yang memahami pandangan Risya segera meluku perlahan kepala Anna supaya berhenti. Anna terjerit kecil dan memandang Kayla tidak puas hati. Kayla hanya memandang sepi dan Risya menjelirkan lidah tanda dia menang. Anna hanya mengalah. Malas nak bergaduh.
Suasana sepi menyelubungi mereka bertiga. Masing-masing masih tak dapat terima apa yang jadi hari ini. Dan mereka juga masih tidak bersedia untuk terus berlari dan berlari supaya dapat meneruskan kehidupan dan ingin sekali mereka kembali menumpukan perhatian hanya kepada kerjaya. Bukan kepada benda yang buat mereka tak boleh tidur dan maut yang sentiasa mengintai mereka di segenap ruang dan sudut.
Anna memejam mata dan air mata terus menitis tanpa sedar. Semakin lama,ia bertukar menjadi esakan kecil. Kayla berpaling dan memeluk bahu Anna. Ya,dia tahu apa yang difikirkan oleh gadis itu. Kalau boleh dia pun nak menangis tapi dia harus nampak kuat di mata mereka. Supaya mereka semua tidak lemah dan akhirnya mengaku kalah untuk meneruskan kehidupan.
"Shh. Ann,jangan nangis. Aku ada ni kan. Aku takkan tinggalkan kau,Ann. Kita akan lalui semua ni sama-sama?", pujuk Kayla sambil menepuk perlahan bahu Anna.
Anna mengelap air matanya dan menyandar di sofa itu. Risya hanya memerhati. Tiada niat ingin mengganggu.
Mereka senyap memikirkan perkara yang akan terjadi kelak. Tidak lama kemudian, dengkuran halus memenuhi stor bilik itu. Kayla yang masih segar memandang dua sahabatnya yang sudah menjengah ke alam mimpi.
Ah, alangkah bertuahnya andai semua perkara yang berlaku kini bukanlah realiti ,getus hati Kayla lalu termenung memikirkan plan seterusnya.
Tanpa sedar, dia juga akhirnya melelapkan mata bagi mengumpul kekuatan dan tenaga yang akan digunakan pada esok hari.
TBC
Hah,esok ke mana pula mereka akan pergi? Vote & comment plizz...Thanks guyss ❤
- raysha_j -
YOU ARE READING
Zombie Citiez [OG]
Mystery / Thriller[Highest ranking: #1 in Zombie] Dunia yang sentiasa aman kini tidak ubah seperti padang jarak, padang terkukur saat sebuah wabak mula melanda dan menjangkiti manusia yang masih hidup. Askar-askar terlatih dan pihak kerajaan hanya senyap membisu, tia...