ZC 10🔫

32 5 0
                                    

     "KAI!!!"

     Hanz yang memerhati hanya menggeleng kepada ahli kumpulannya.

     "Nak jerit apa? Kai tahan tu kan?", kata Hanz selamba sambil meneguk air Cokenya.

     Ahli kumpulannya memandang tidak percaya. Malas nak layan gila Hanz, pandangan kembali difokuskan kepada perlawanan.

     Kai sedang menahan kaki yang hampir mengenai kepalanya menggunakan lengan. Dia merenung lelaki itu tajam sebelum sebuah tendangan singgah di tepi kelangkang lelaki itu. Bunyi tulang patah kedengaran sebelum lelaki itu menjerit kesakitan dan jatuh. Pahanya dipegang dan jeritannya makin kuat kedengaran.

     Kai yang terasa bingit terus menendang muka lelaki itu. Tendangannya yang tepat terkena batang hidung menyebabkan lelaki itu pengsan.

     Penonton yang diam kerana terkejut apabila kaki lelaki itu patah terus bersorak ketika Kai tenang berdiri.

     Tiba-tiba,seorang lagi lelaki menjerit tidak puas hati lalu masuk ke dalam bulatan itu. Dia mencabar supaya Kai melawannya.

     Kai menggeleng lalu ingin keluar dari situ. Seperti yang diagak,salah seorang penonton di situ mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacu ke perutnya.

     "Lawan", arah lelaki yang memegang pistol itu sambil menunjuk ke arah lawan Kai.

     "Hanz."

     "Dia akan okey. Tengok sajalah rambut dia. Kan gempak tu", seloroh Hanz lalu menyuap kacang yang baru dipesan tadi.
Mereka memandang rambut baru Kai. Hmm,memanglah nampak hensem tu. Tapi..

     "Hanz,it's not funny!"

     "Hahahaha,chill. Trust me, Lya", pujuk Hanz sambil mengangguk. Lya hanya menggeleng. Mata kembali ditumpu ke tengah gelanggang.

     Mulut terus ternganga apabila melihat Kai ditolak sehingga jatuh ke tengah gelanggang. Hanz dipandang. Mata ketuanya sedikit membulat.

     "Hanz!", jerit ahli kumpulannya serentak. Dia roll eyes dan mengangkat tangan tanda mengalah.

     "Fine!", putus Hanz lalu mula berjalan laju menuju ke tempat perlawanan. Raifal sudah diberi kepada Lya.

     Hanz terus melompat dan menahan satu tangan yang ingin menumbuk Kai. Matanya memandang tajam lelaki itu.

     "Enough!", katanya sebelum memulas tangan itu dan menolak lelaki itu menjauh.
Dia cuba membantu Kai bangun namun sebuah tendangan terkena lengan kirinya membuatkan dia turut jatuh.

     Matanya memerah menahan marah. Tangannya dikepal membentuk penumbuk.

     "Melebih dah ni. Aku kata cukup, kan? Tak faham bahasa inggeris ke,bodoh?!", jerit Hanz lalu terus bergerak lincah mengelak setiap tumbukan dan tendangan.

     Tangan lelaki itu berjaya ditangkap lalu dia letakkan di atas bahu sebelum dipatahkan. Jeritan terus bergema namun tidak Hanz endahkan.

     Tangannya menarik lelaki itu supaya berpusing menghadapnya lalu tumbukan sungkit dihayun ke dagu membuatkan lelaki itu tercampak ke belakang dengan darah yang memercik di merata tempat.

     Kai yang dah lama bangun terus menyepak muka lelaki itu sehingga terteleng apabila dia cuba bangun. Para penonton semua senyap. Ada yang terkejut dan ada yang gerun.

     Hanz hampiri lelaki yang sedang terbaring itu. Kakinya diangkat tinggi sebelum lutut lelaki itu dipijak sekuat hati. Jeritan bergema sekali lagi bersama bunyi tulang yang patah. Hanz duduk mencangkung sambil kaki masih tidak dialihkan.

Zombie Citiez [OG]Where stories live. Discover now