CHAPTER 1

176 15 1
                                    

Ding dong!

Bunyi loceng rumah itu menyebabkan penghuni di dalamnya segera bangun daripada tidur.

"Huwaaa siapa pula yang datang rumah pagi2 ni." kata Rose. Kacau mood betul lah!

"Woi Jisoo!!! Tolong bukakan pintu weh. Aku malas lah."

"Ish! Asyik2 aku je! buka sendiri lah! Aku nak mandi ni lepas tu nak siapkan sarapan. Dasar gajah! pemalas!" balas Jisoo sambil mengejek Rose. Asyik2 dia je. Semua benda dia kena buat. Tahulah dia yang paling tua sekali di dalam rumah ni.

"KAU PEHAL PANGGIL AKU ANAK GAJAH?!!" kata Rose dengan geram sambil mengkusutkan rambut dia.

Ding dong!

Loceng rumah itu berbunyi sekali lagi.

"Ye2...sabar. Aduhhhh...." kata Rose sambil mengatur langkah dengan malas ke pintu rumah tersebut.

"EOMMA!!!! Nama saya Park Jaeyoung! saya berumur 6 tahun dan saya ialah anak eomma!! Yeayy!!! akhirnya saya dapat berjumpa dengan eomma!" belum sempat Jaeyoung mahu memeluk Rose, Rose sudah menutup pintu. Dia mahu kembali ke biliknya.

Baru mengambil satu langkah, Rose berhenti. Dia berfikir dan mula mengingati kata2 budak itu.

"Jap! dia cakap apa? dia cakap aku eomma dia?" kata Rose lalu kembali ke muka pintu.

"Budak, kau cakap apa tadi?"

"Saya cakap nama saya Park Jaeyoung. Saya berumur 6 tahun dan saya ialah anak eomma!" jawab Jaeyoung sambil tersenyum menayangkan gigi susunya yang sedikit rongak itu.

"HAHAHAHAHAHA!!!! Kau cakap, kau anak aku? HAHAHAHAHA!!!! Adik....akak rasa adik salah rumah ni. Adik pergi balik ye?" kata Rose dengan sisa ketawa yang masih lagi kedengaran di mulutnya.

"Tak...saya tak salah rumah. Alamat ni menunjukkan alamat rumah ni. Eomma Kim bagi ni. " kata Jaeyoung sambil menunjukkan alamat rumahnya.

Terbuntang matanya apabila melihat alamat rumah itu. Memang sama. Sebijik. Memang itu alamat rumahnya.

"Errr....tak percayalah! Tak mungkin aku ada anak! No!!! I'm still young!!! No! I'm not your mother!"

"Amende yang jerit2 ni? Bisinglah halamak kau." kata Jisoo sambil berjalan ke arah Rose diikuti oleh Jennie dan Lisa.

"Ni Jisoo....ada budak ni mengaku aku mak dia. Tibaaaahhhhh jerrrr." kata Rose.

"Mana? Aku nak tengok budak tu." kata Jisoo lalu pergi ke arah muka pintu.

"WAHH COMEL GILAAA!!!! Nama kamu apa sayang?" tanya Jisoo dengan teruja sambil mencubit pipi Jaeyoung.

"Nama saya Park Jaeyoung. Umur saya 6 tahun." jawab Jaeyoung sambil tersenyum.

"OMAIGODDD!!! SO CUTE!!!" jerit Jennie. Mahu saja digomoi dan diciumnya.

"Jomlah masuk ke dalam rumah. Mesti kamu lapar kan?" ajak Jisoo diikuti dengan rakannya yang lain. Rose membuat rolled eyes. Apalah nasib dia lepas ni.....

__________________♡__________________

"WHAT?! AKU STILL TAK PERCAYA!!!" jerit Rose lalu menghempaskan rekod kelahiran Jaeyoung.

"Weh nak tengok." giliran Lisa pula melihat rekod kelahiran tersebut.

REKOD KELAHIRAN

NAMA: PARK JAEYOUNG
T. LAHIR: 1 DISEMBER 20XX
TEMPAT LAHIR: SEOUL MEDICAL CENTRE
NAMA IBU: PARK CHAEYOUNG
NAMA BAPA: UNKNOWN

(👆 author saja je reka HAHAHAHA)

"WAAA!!! DAEBAK!!!!" jerit Lisa. Dia terkejut + tak sangka + entahlah dengan rekod kelahiran tersebut.

"WAAA ROSE DAH JADI IBU!!! TAHNIAH! HAHAHAHAHA"

"DIAM AH KAU!!!" kata Rose lalu membaling kusyen ke arah Lisa tetapi Lisa sempat mengelak.

"BLUEKK!!! TAK KENA!!! HAHAHAHAHAHA" ejek Lisa.

"OOOOO TAK KENA YE! AMBIK NI!" kata Rose dan terus membaling kusyen ke arah Lisa bertubi2 dan Lisa terus dan terus mengelak.

"Maaflah, rumah ni macam zoo sikit. Bila si gajah dan si siamang bertemu maka jadilah seperti itu." kata Jennie kepada Jaeyoung dalam nada berbisik. Jaeyoung hanya mampu gelak sahaja.

"WAHAI SETAN2 SEKALIAN!!! BERHENTI!!! DAH! STOP!!!" jerit Jisoo lalu pergaduhan antara si gajah dan si siamang berhenti. Jennie pula menutup telinga Jaeyoung kerana budak2 tak boleh dengar perkataan macam tu. Tak elok.

"Korang ni. Tak malu ke? Jaeyoung tengok korang gaduh macam budak kecil. Korang ni bila nak matang hah? Masing2 dah umur 20 lebih. Takkan lah benda macam ni nak kena pesan banyak kali adoii korang ni." bebel Jisoo. Jisoo membebel macam mak2. Eloklah dia sebagai yang paling tua dalam ahli tersebut.

Rose dan Lisa hanya membuat reaksi biasa. Mereka sudah lali mendengar bebelan Jisoo. Segala isi bebelan itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bukan mahu hadam isi bebelan tersebut. Tetapi kadang-kala isi bebelan Jisoo tak masuk akal. Benda kecil tu pun nak dibebelkan. Cair bhai tahi telinga.

Jennie meneliti rekod kelahiran Jaeyoung itu. Saja nak tengok.

"Eh? Asal nama bapa unknown? Takkanlah tak tau nama bapa. Jaeyoung tak tau siapa bapa Jaeyoung?" tanya Jennie. Dia musykil. Boleh pula nama bapa tulis unknown. Ataupun bapa Jaeyoung sebenarnya Unknown dalam lawak kampus? Eh tak mungkin. Budak secomel ni takkan dapat bapa macam Unknown dalam lawak kampus tu kan? HAHAHAHA.

"Tak, tak tau. Tak pernah tau. Ni kali pertama Jaeyoung jumpa dengan omma. Sebelum ni Jaeyoung duduk di rumah anak yatim. Omma Kim jaga hehe." jelas Jaeyoung. Petah sungguh budak ini bercakap.

Sebak pula hati Jisoo mendengar penjelasan Jaeyoung. Kecil2 dah kena tinggal kat rumah anak yatim.

"Takpe Jaeyoung. Lepas ni Jaeyoung tinggal dengan omma dan aunty2 semua." kata Jisoo sambil tersenyum. Jisoo memang suka budak2.

"Wait! Aunty? Why aunty? Aku still muda keyh! Panggil akak je." kata Lisa dengan nada gedik sekali.

"Eii gedik sial pompuan ni. Aku ganyang mulut kang dengan cili. Cili berlambak dalam peti tu." kata Jennie sambil menjeling Lisa. Sehari tak cari gaduh dengan Lisa memang tak sah.

"EWAH KO! SEDAP2 KO JE NAK CILI MULUT AKU. HAA MEH AHH. SINI, SINI. HAHAHAHA" ejek Lisa sambil menunjuk2 mulutnya. Kuat mengejek si Lisa ni.

Ya dan berlakulah pergaduhan sekali lagi tetapi kali ini si siamang dan si itik bergaduh. Rose dan Jisoo hanya mampu menepuk dahi sahaja manakala Jaeyoung pula ketawa terbahak2. Dia mula berasa bahagia tinggal di situ.


















hey guys! amacam chapter ni. Suka? or tak suka? tunggu next chapter pula ye!

SHE IS MY MOTHER! || ROSE BLACKPINKWhere stories live. Discover now