Ya Allah,
Dugaan demi dugaan yang kau bagi pada aku,
Satu persatu aku dapat tempuh dengan tenang,
Satu persatu dapat aku tempuh dengan kuat,
Tapi kenapa?
Bila dugaan aku adalah dia aku tak mampu ya Allah ?Ya Rabb,
Tolong jangan bagi aku sendiri,
Aku tak mampu ya rabb tanpa kau disisi,
Hati aku lemah tanpa dia di sisi ku ya Allah,
Kenapa kau hadirkan dia dan kau ambil dia dariku ya Allah?
Kekuatan aku makin hilang.Kau,
Terima kasih segalanya,
Sejujurnya aku tak mampu bila kau tiada,
Sejujurnya aku tak kuat bila kau pergi,
Tapi apakan daya kau yg pergi,
Aku tak mampu menghalang,
Sayang ? Sejujurnya aku sayang tapi apakan daya kau hilang, hilang.
Semoga tuhan sentiasa memberkati apa yang kau lakukan.Kau,
Ingat aku sentiasa ada di sini jika kau perlukan,
Ingat aku sentiasa di sini walau tak kelihatan,
Tapi aku tetap ada,
Jika kau buntu dan dalam kesusahan,
Cari aku, aku ada.Kau,
Sentiasa menjadi sahabat aku dunia dan akhirat,
Terima kasih sekali lagi,
Aku sayang kau kerana Allah.
Apa yang aku kata sumpah dari hati yang ikhlas.Sekian dari sahabatmu,
Nurul Wafiqah.
28/12/2018

ANDA SEDANG MEMBACA
Merata ????
PuisiHebatnya manusia bila hatinya mampu berkata-kata tanpa bibir dan mulut di situ.