Hanya Rindu

7 0 0
                                    




Kadang aku termenung,

Kadang aku teringat,

Tapi ianya sudah berakhir,

Tapi ianya tidak lagi seperti dulu.


Aku redha dengan ketentuan di atas,

Aku akur dengan apa yang terjadi,

Aku akui pasti ada hikmah,

Aku cuma... Rindu.


Andai boleh ku putarkan masa,

Andai aku boleh panjangkan masa kita bersama,

Andai aku mampu kata aku amat menyayangi kalian,

Andai itu terjadi betapa indahnya hidup.


Aku sedar segalanya sudah menjadi kenangan,

Aku sedar segalanya tidak mampu menjadi seperti dulu,

Aku sedar ianya bagai angin yang berlalu,

Aku sedar ia bagaikan pelangi datang sekadar menyinggah untuk menyinari hati seketika.


Tapi aku hanya rindu,

Tapi aku hanya terkenang masa lalu,

Tapi itu sahaja yang aku mampu,

Aku mohon agar tuhan menjaga kalian untukku.


Walaupun kalian rasa yang aku tidak lagi peduli,

walaupun kalian merasa aku tidak lagi menyayangi,

walaupun kalian merasa aku tidak lagi merindui,

Hanya tuhan sahaja tahu yang aku sentiasa memerhati.


Wahai bulan,

Wahai bintang,

Maafkan aku andai aku bukan yang terbaik,

maafkan aku kerana pergi tinggalkan persahabatan kita,

mungkin itu yang terbaik,

mungkin itu yang seharusnya,

Hanya pada tuhan aku memohon untuk menjaga dan memelihara kalian.

Terima kasih atas segalanya.


Hanya Rindu...


- 1512 hrs

Merata ????Where stories live. Discover now