Bukan yang terbaik 😔

11 0 0
                                    

Kasih ,
Kau yang aku cari selama ini,
Kau hadir membawa sinar dalam diri,
Kau buat aku bahagia tiap hari ,
Kau sanggup menahan sakit hati,
Untuk melihat aku tersenyum bahagia bersamamu di sisi.

Kasih ,
Maafkan aku di atas kesalahanku,
Ku tahu kau akan mengatakan ini bukan salahku,
Tapi aku tahu itu kerana kau tak mahu aku bersedih atas kesilapanku,
Tapi tolong ! Tolong berikan aku sedikit kesakitan yang kau rasa kepadaku,
Kerana ini kisah kita berdua,
Biar kita berdua yang merasa,

Kasih,
Terima kasih di atas segalanya,
Kau insan yang ku sayang dunia wal akhirah.

Kasih ,
Ku sedar ku bukan yang terbaik.

-pqah-
-12/1/2018-
- 4.02 am-

Merata ????Where stories live. Discover now