Ikhlas

24 2 0
                                    

Azrul ukir senyum manis sambil pandang wajah si isteri yang memuncung ke depan. Penat sangat lah tu. Alahai isteri, apa sangatlah penat awak tu nak dibandingkan dengan saya.

"Awak jangan nak senyum senyum macam ni eh. Lesung pipit tu nak tayang kat siapa?" Jaja jegilkan mata. Tangannya sekilas mengusap pipi suami yang ditumbuhi bulu halus dan berlekuk dengan lesung pipit.

"Awak okey ke tak ni?" Azrul capai jemari yang mengelus pipinya. Digenggam lembut kemudian di tarik ke riba.

Dan-dan tu jugak berkerut muka Jaja. Muncung yang tadi hilang, berkunjung semula. Terdengar rengusan kecil di bibirnya.

"Saya stress awak, saya nak berhenti kerja. Saya nak duduk rumah hadap dapur aje," Jaja pegang lengan Azrul kiri dan kanan dengan kuat.

Azrul rasa nak julingkan mata, tapi nanti dikatanya tak support bini pulak. Episod bini nak berhenti kerja ni bukan baru harini dia dengar. Dah bertahun dah pun. Dari baru seminggu kahwin sampai dah bertahun-tahun kahwin.

"Awak nak luahkan apa kali ni. Saya dengar,"
Jaja betulkan duduk. Mukanya sebek habis.

"Awak tahukan saya ni penasihat perundangan. Tapi diorang tu suruh saya pergi selesaikan benda yang luar skop bidang saya. Suruh evaluate bangunan lah, suruh tengok kesesuaian business plan la, suruh buat polisi pentadbiran lah. Awak, saya belajar undang-undang. Bukan belajar semua benda. Apa guna ada senior engineer, ada surveyor kat sana kalau saya yang kena fikir benda tu semua?" merah mata Jaja waktu meluahkan perasaan.

Azrul ketap bibir. Jujurnya, dia tak faham skop kerja luar bidang yang Jaja bebelkan sampai sebal hatinya. Tapi dia tahu kerja Jaja sebagai penasihat perundangan di agensi itu memaksanya untuk mahir semua perkara termasuklah isu diluar kepakarannya.

Azrul kuntumkan senyum memujuk. Sengaja dilebarkan senyum supaya lekuk lesung pipitnya lebih dalam lagi.

"Sayang kan bijak bestari. Pahala menimbun kalau sayang berkongsi ilmu dengan mereka,"

Jaja angkat kepala. Wajah manis sang suami direnung dalam. Nampak keikhlasan di situ. Jauh dari sudut hatinya, Jaja nampak suaminya jauh lebih penat berbanding dia. Apalah sangat penat berperang dalam bilik mesyuarat berbanding suaminya yang setiap hari mengangkat beban melebihi satu tan. Rumah yang didudukinya sekarang ini pun dibeli dengan wang titik peluh suami juga.

"Abang," sebek habis. Hidung merah, mata meleleh airmata, bibir terjuih. Memang bukan gaya seorang peguam betul kalau dilihat sekarang. Dah macam gaya budak tadika tak dapat pensil warna.

Azrul ketawa, melepaskan apa yang senak disimpan sedari tadi. Lawak sangat rupa bini seorang ini. Tak serupa profesion sebenar ditempat kerja. Nak di bandingkan dengan Dina, rasanya Dina matang sikit. Azrul terus teringatkan Dina. Ketawa terhenti.

"Dina mana?"

Jam-jam tu juga, Jaja yang sedang buat muka menarik perhatian Azrul kembali normal. Mata diliarkan ke sekeliling rumah mencari si kecil. Terkebil seketika. Rasanya tadi dia dah letakkan Dina elok-elok dalam crawler. Tak nampak pula dia dimana.

" Awak, Dina..," belum habis bibir Jaja dah tersembul si anak dari pintu bilik. Azrul bangun dan mendukung anak.

"Awak, awak dah penat kerja angkat barang. Tak payah angkat Dina pulak. Biasakan dia berjalan datang kat awak," Jaja menarik belakang lengan Azrul. Terasa otot keras suaminya disitu.

Azrul letakkan Dina di pangkuan. Erat pelukannya.

"Anak saya Dina seorang aje. Dah tentulah saya nak angkat dia. Lagipun, dia bukan copper wire yang saya selalu angkat kat kilang tu,"

Jaja kecupkan biibrnya pantas pada lengan kanan Azrul di sebelahnya. Azrul cuma angkat kening dan hadiahkan senyum pakej dengan lesung pipit sekali.

" Awak jangan senyum macam ni depan orang lain tau. Saya tak suka," Jaja cubit pipi Azrul sekali. Geram. Manis sangat senyum dia ni.

Azrul cium pipi Dina.

"Dina. Bapak Dina ni sayangkan Mak Dina seorang aje,"

*sincere is where the peace spreading
aynaz
20181226;0134

Sejauh Hati MerasaWhere stories live. Discover now