9

119 11 0
                                    

Aejung POV

Guanlin oppa pegang tangan aku dan dia tak lepas langsung. Aku tertanya mana dia nak bawa aku pergi.

Setelah penat aku dengan Guanlin oppa berlari akhirnya Guanlin oppa berhenti. Aku tercungap dan mengambil sebanyak oxygen yang boleh kerana terlalu penat. Aku terfikir macam manalah Guanlin oppa ni boleh tak penat bila lari sejauh ni.

"Oppa bawa Aejung dekat mana ni.." kata aku sambil tercungap lagi.

"Ta-da!!" kata Guanlin oppa. Aku mengangkat muka aku dan tengok apa ada dekat depan mata kitaorang.

"Wowwwww arcadeeee!!!!" kata aku separuh jerit. "Wahhh oppa jommm!! Jom lahhhh Aejung lama tak pergi arcade ni!!!" kata aku lalu menarik tangan Guanlin oppa.

"Ahaha okay okay.. jom." kata Guanlin oppa lalu mengikut aku masuk kedalam arcade tersebut.

Bila masuk je dalam arcade tu aku terus menuju ke satu mesin mainan tetapi Guanlin oppa manahan aku.

"Kenapa oppa??" tanya aku.

"Aejung belum bagitau omma dengan appa yang Aejung pergi arcade kan?" tanya Guanlin oppa.

"Hehehe belum.. jap Aejung bagitau." kata aku lalu mengeluarkan phone aku dari pocket. Aku mencari nombor omma.

"Hello omma, Aejung balik lambat tau.. Aejung keluar dengan Guanlin oppa."

"Kamu pergi mana dengan Guanlin? Kamu berdua pergi date ke?" kata omma.

"Mana ada date omma!! Kitaorang pergi arcade je. Okey omma sebelum senja Aejung balik okeyyy." kata aku lalu menamatkan panggilan telefon. Aku kemudian memandang Guanlin oppa yang separuh gelak.

"Kenapa oppa gelak?" tanya aku.

"Ahahah tak ada apalah. Dah jom tadi Aejung tak sabar nak main kan? Oppa akan kalah kan Aejung." kata Guanlin oppa.

"Okeyyy lets see if oppa boleh kalahkan Aejung." kata aku. Tiba-tiba aku mendapat idea. "Oppa! Apa kata siapa yang banyak kali kalah dia kena belanja makan?" kata aku kepada Guanlin. Guanlin oppa memandang aku dengan pandangan 'betul ni?'.

"Okay. Lets start now!" kata Guanlin oppa lalu kitaorang menuju ke mesin permainan tersebut.

Aku tak tau berapa lama kitaorang dah main tapi yang pasti lebih kurang semua mainan dalam arcade tu aku dengan Guanlin oppa dah main.

"Yes!!! Aejung menang lagiii!" kata aku dengan riang.

"Eleh nasib je tu.. oppa kesiankan Aejung sebab tulah Aejung menang." kata Guanlin oppa.

"Elehhh dari tadi cakap macam tu.. dah kalah tu mengaku jelah.. okayy soooo oppa kena belanja Aejung makan!! Yeayyyyy!!!!" kata aku dengan riang.

"Aishh yelah yelah.. jom kita keluar." kata Guanlin oppa dengan nada pasrah.

Guanlin POV

Aku keluar dengan agak pasrah, yelah kejap lagi duit aku melayang sebab belanja Aejung makan. Dah lah aku lupa nak bawa duit lebih.

Apabila aku dengan Aejung keluar je dari arcade tu, aku perasan yang hari dah nak dekat senja. Ni kalau pergi makan ni mau sampai malam.

"Aejung.. oppa rasa lain kali jelah kita pergi keluar makan. Dah nak senja dah ni. Jom oppa hantar Aejung balik." kata aku.

"Emm alaa.. okaylah tapi oppa janji okay yang oppa akan belanja Aejung makan nanti." kata Aejung.

"Yelah budak busuukkk." kata aku lalu mencubit pipi Aejung.

"Auchhh sakitlah oppa!!!" kata Aejung lalu memukul aku manja. Elelele comel je dia ni.

Aku sekadar ketawa dan tiba-tiba pandangan aku tertangkap satu susuk tubuh. 'Jap.. aku nampak Seonho. Apa dia buat dekat sini? Kenapa dia tengok aku macam tu?' kata aku dalam hati. Seonho pula berlalu dari situ selepas aku ternampaknya.

"Oppa?? Oppa kenapa?" tanya Aejung. Aku tersedar dari lamunan aku dan memandang Aejung yang ada di depan aku.

"Owhh haa ye kenapa Aejung??" tanya aku.

"Oppa tengok siapa?" tanya Aejung.

"Tak ada siapa pun.. jom oppa hantar balik. Nanti time cuti oppa belanja Aejung makan okay?" kata aku kepada Aejung dan dia hanya menganggukkan kepalanya dan memberi senyuman kepada aku.

Sampai je dekat rumah Aejung, Daniel tegur aku.

"Eh Guanlin.. kau bawa adik aku pergi mana haa!?" jerit Daniel.

Aku terkejut bila Daniel cakap macam tu. "Ehh tak ada mana, aku bawa dia pergi arcade je. Alaaa adik kau okaylah." kata aku kepada Daniel.

"Eishh oppa ni apahal nak marah-marah pulak. Biarlah Guanlin oppa nak bawa Aejung pergi mana pun, bukannya oppa nak bawa Aejung pergi jalan-jalan pun."kata Aejung. Eh dia back up aku.. ahahaha

"Eeee Aejung ni kannnnnnn!!!!!" geram Daniel.

"Ahaha korang settlekan lah dua beradik benda ni. Oppa balik dulu ae Aejung, jumpa esok. Daniel aku gerak dulu." kata aku kepada dua beradik tersebut dan terus beredar.

Dalam perjalanan nak balik aku terserempak dengan Seonho. "Eh Seonho.. kau dari mana? Kenapa tak balik lagi?" tanya aku.

"Aku dari bandar, saja cari angin. Kau dari mana ni? Asal kau tak balik lagi?" tanya Seonho. Ni kalau aku cakap yang aku keluar dengan Aejung ni mesti dia marah gila. Yelah dia still suka Aejung kot.

"Owhh aku tadi jumpa Daniel, dia ada kirim barang dekat aku." tipu aku. Sorry Seonho aku terpaksa tipu kau.

"Owhh haa okaylah aku balik dulu. Jumpa esok." kata Seonho lalu aku dengan dia membuat handshake kitaorang.

Aku terus balik ke rumah selepas daripada itu. Aku pergi bersihkan diri sebelum turun untuk makan malam dengan family aku. Masa aku baru lepas keluar bilik mandi phone aku berbunyi. Aku ambil phone aku dan tengok siapa yang message aku.

Aejung💛

Oppa..
Thank you sebab bawa Aejung pergi arcade tadi.
Jangan lupa ae janji belanja makan tu.
Jangan lupa makan tau.
Byee💛💫💯

Ye oppa tak lupa.
Aejung pun jangan lupa makan.
Nanti kalau Aejung nak pergi mana-mana cakap je nanti.
Oppa boleh teman kalau Daniel tak nak pergi.

Okey oppa.
Love you💛💛💛

Okey Aejungg~
Love you moreee ehhh ahaha💛💯💫

Aku tersenyum bila Aejung message aku macam ni. Aku terus turun dan makan bersama family aku.

Seonho POV

Lepas makan malam aku terus masuk bilik aku dan duduk di tingkap. Aku terfikir kenapa Guanlin sanggup tipu aku? Kenapa Aejung boleh je selesa dengan Guanlin sedangkan aku yang banyak tolong dia dulu. Jap.. ke Guanlin dulu pun pernah tolong Aejung tapi tanpa pengetahuan aku.

Aku fikir banyak benda sampailah aku reach dekat satu point. "Guanlin suka Aejung? Ke Aejung yang suka Guanlin? Aejung suka Guanlin sebab tulah dia tak terima aku? Haaa. Tapi kalau Aejung yang suka Guanlin.. kenapa Guanlin perlu tipu dengan aku yang Daniel kirim barang dekat dia. Aku nampak kot dia dengan Aejung tadi." aku teruskan berfikir sampailah satu tahap aku malas nak fikir lagi.

"Arghh lantaklah.. yang pasti aku tak akan bagi diaorang rapat or even near to couple! Aejung milik aku. Guanlin.. you have done things like this two times bro." kata aku kepada diri aku sendiri.

GUARDIANWhere stories live. Discover now