11

82 7 0
                                    

Aejung POV

Lepas dari aku dengan Guanlin oppa keluar tu semua benda dalam hidup aku jadi pelik. Guanlin oppa macam tak layan aku sangat, aku dapat barang dari orang yang aku tak kenal and Seonho oppa pun dah lain. Bila aku ingat-ingat balik aku fikirkan yang bagi tu classmate aku tapi bila aku tanya Jisung petang tadi dia cakap mustahil classmate kitaorang bagi.

Flashback

Aku, Chenle dengan Jisung pergi dance studio. Aku teman diorang sebab Jisung ajak lagipun dah lama aku tak jumpa member NCT Dream yang lain.

"Aejung, kau duduklah dulu. Dah nak start practice ni. Nanti break time kita berbual" aku anggukkan kepala aku kepada Jisung dan duduk di hujung dance studio.

Aku main phone sementara menunggu break time diorang. Tiba-tiba ada orang tegur aku. Aku mengangkat kepala dan rupa-rupanya Taeil oppa and Doyoung oppa.

"Apa oppa buat kat sini?"

"Saje je. Ingatkan nak tengok Dream practice. Alang-alang ada Aejung, oppa duduk dengan Aejung jelah." terang Taeil oppa.

"Hmm, okay."

"Aejung, are you okay?" tanya Doyoung oppa.

"Ha, okay je. Kenapa nampak macam tak okay ke?"

"Takdelah, saje je tanya"

Aku sambung main phone and ada jugalah aku berbual dengan Taeil oppa and Doyoung oppa. Jisung and Chenle pergi ke arah aku sebab ni dah break time.

"Hai hyung!" sapa Jisung dan Chenle.

"Hai Jisung hai Chenle" balas Taeil oppa and Doyoung oppa.

"Aejung, kau nak bagitau apa dekat aku?" soal Jisung.

"Kau tahu kan aku ada dapat barang yang aku sendiri tak tahu daripada siapa. So, aku syak classmate kita yang bagi. Kau rasa siapa?"

"Aku tak rasa classmate kita sebab aku dengan Chenle yang selalu keluar paling last." kata Jisung.

"Jap, dekat sekolah korang ada tak sesiapa yang suka gila dekat Aejung?" tanya Doyoung. Aku dengan Jisung pandang each other dengan muka terkejut.

"SEONHO!" kata aku dengan Jisung serentak.

"Kenapa dengan Seonho sunbaenim? Eh ada apa-apa ke yang korang tak bagitau aku dengan Jisoo?" tanya Chenle.

"Actually dulu Seonho oppa ada confess dekat aku, tapi aku reject dia. Aku terlupa nak bagitau korang and Jisung tau pun sebab masatu kitaorang share masalah kitaorang dekat tempat biasa aku dengan Jisung lepak." jelas aku kepada Chenle.

"Owhh korang ada port korang sendiri lepastu biarkan aku dengan Jisoo tak tau apa-apa. Sampai hati korang." kata Chenle kemudian buat muka merajuk.

"Alaaa sorrylahh kitaorang bukan sengaja tak nak bagitau kau pasal ni. Sorry tau. Esok kitaorang belanja kau makan tapi yang pasti jangan bagitau Jisoo dulu kalau tak mampos aku dengan Aejung nanti." kata Jisung memujuk Chenle.

"Haihh korang ni dah besar pun nak merajuk. Dah lepas ni sorang antara korang sembunyilah dekat celah mana dalam kelas tu lepastu kalau ada orang masuk korang sergahlah. Adoii benda senang pun nak suruh hyung ajar ke." kata Taeil oppa.

End flashback

Aku keluar dari bilik nak pergi sekolah dengan Daniel oppa. Aku turun pergi meja makan tapi Daniel oppa tak ada dekat situ, aku makan breakfast lambat sikit sebab yelah aku rasa Daniel oppa ni siap lambat. Daniel oppa ni bukannya boleh percaya sangat, kadang kadang dia boleh siap paling lambat daripada perempuan.

"Aejung cari siapa?" tanya eomma.

"Aejung cari appa dengan oppa. Mana diaorang eomma?" tanya aku.

"Appa kamu ada outstation, oppa kamu pulak dah pergi sekolah tadi. Dia kata kamu lambat sangat." jelas eomma. Kata-kata eomma membuatkan aku rasa terkejut kerana Daniel oppa meninggalkan aku. Aku terus ambil beg aku dan terus meluru keluar dari rumah.

"Eomma, Aejung pergi dulu! Balik lambat sikit tau! Love youuuu!" kata aku lalu berlari keluar dari rumah.

Aku tak sedar yang aku berlari untuk pergi ke sekolah dan tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Aku pandang orang yang aku langgar tu rupa-rupanya Seonho oppa. Aku pandang pelik ke arah Seonho oppa sebab dia datang dari arah bertentangan.

"Seonho oppa kenapa ada kat sini?" terus aku tanya tanpa meminta maaf terlebih dahulu.

"Tadi Daniel suruh oppa teman Aejung sebab dia rasa bersalah tinggalkan Aejung kat rumah tadi" jelas Seonho oppa.

"Oohhh" aku terus jalan bersama Seonho oppa dan mendiamkan diri. Tapi aku pelik kenapa Daniel oppa suruh Seonho oppa temankan aku. Setahu aku kalau Daniel oppa pergi sekolah dulu tanpa aku, dekat rumah nanti baru dia minta maaf plus dia belanja aku aiskrim. Hmmm pelik. Takpelah balik nanti aku tanya Daniel oppa.

"Aejung" panggil Seonho oppa dengan suara dalamnya.

Aku pandang dia tanpa bertanya apa apa. Seonho oppa berhenti dan menghadap aku.

"Aejung dengan Guanlin ada apa apa ke?" aku terkejut dengan soalan Seonho oppa.

"Ehh...ma...mana ada. Ki...kitorang takde apa apa pun. Aejung anggap Guanlin oppa macam abang Aejung sendiri" jelas aku dengan sedikit tergagap.

"Oohh tanya je. Jangan salah anggap tau. Oppa saje je tanya. You seem so close to him. Itu yang membuatkan oppa tertanya tanya" kata Seonho oppa.

Aku cuma ketawa hambar dan terus pandang ke hadapan. Aku terlupa yang kitorang kena pergi sekolah. Aku tengok jam...dah lambat!!!!

"Oppa kita dah lambat ni. Aejung takut kena denda nanti. Aejung tak nak kena denda tak suka" tanpa berfikir aku terus pegang tangan Seonho oppa dan terus memecut laju ke sekolah. Bila dah sampai di depan pintu pagar sekolah, aku cepat cepat ambil oksigen sebab penat sangat lari begitu juga dengan Seonho oppa. Aku terperasan yang Guanlin oppa ada pandang kitorang. Tapi dia tak pandang muka aku tapi dekat tangan aku. Aku baru perasan yang aku masih menggenggam erat tangan Seonho oppa. Aku terus tarik tangan aku.

"Oppa sorry Aejung terpegang tangan oppa. Aejung cemas sangat tadi sampai terpegang tangan oppa. Sorry again" kata aku.

"Takpelah. Lagipun Aejung terpegang je bukan sengaja pun. Oppa faham mesti tindakan refleks" kata oppa sambil tergelak. Sempat dia melawak ehh dengan aku.

"Hehehe.. okaylah oppa Aejung masuk kelas dulu tau. Bye!"

"Bye! Fokus dalam kelas jangan tido pulak" nasihat Seonho oppa sambil ketawa kecil.

Aku hanya senyum dan terus bergerak ke kelas.

Guanlin POV

Aku baru je sampai. Nasib baik sempat kalau tidak mesti kena denda sebelum balik nanti. Malas aku nak balik lambat. Tiba tiba aku ternampak Aejung dengan Seonho baru sampai. Ehh macam mana diorang boleh sampai sama-sama. Bukan ke Seonho selalu awal pergi sekolah. Tercungap- cungap pulak tu diorang bila sampai sekolah. Aku ternampak yang Aejung tengah genggam tangan Seonho.

'Kenapa Aejung pegang tangan Seonho? Diorang ada apa-apa ke? Diorang memang pergi sekolah sambil pegang tangan ke? Dahlah malas aku nak fikir lebih baik aku masuk kelas' kata aku di dalam hati.

Aku terus bergerak menuju ke kelas. Nasib baik cikgu tak masuk lagi. Kalau tak mesti dah kena denda denga cikgu tak boleh masuk kelas. Aku terus duduk di tempat aku dan bersiap sedia untuk pembelajaran pada hari ini.


GUARDIANWhere stories live. Discover now