3

152 14 0
                                    

Aejung POV

Setelah tamat sesi persekolahan, aku tunggu di pagar sekolah tempat yang Daniel oppa suruh tunggu. Semasa menunggu, tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku... aku terus pandang ke belakang.

"Woii... kau budak baru kan?" soal perempuan yang tegur aku tu. Dahlah panggil aku 'woi' suka hati dia je.

"Ha...ha'ah. Kenapa tanya?"

"Saje je tanya kenapa tak boleh?" jawab perempuan tu dengan berlagak dan sombong.

"Oohh... okay"

"By the way, aku jumpa kau ni nak warning kau."

"Haa.... warning apa?? Saya buat apa?"

"Kau tak payah acah acah tak tau dan tunjuk baik depan aku. Menyampah aku."

Aku terus mendiamkan diri dan tunduk bawah. Perempuan ni nak apa tiba-tiba je nak warning orang. Dah lah aku baru masuk, kenal dia pun tak. Aku buat salah apa kat dia? Apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku?

"Asal diam, takut."

"Awak nak cakap apa? Cakap jelah kat saya."

"Aku tak suka kau rapat dengan Seonho. One more thing, kau tak payah nak gedik gedik dengan dia. Kalau aku nampak kau dengan Seonho..taulah apa aku nak buat dengan kau." lepas je perempuan tu cakap, dia terus blah.

"Dah kenapa dia tu, aku cakap je dengan Seonho oppa." kata aku sendiri.

"Aejung...jom balik!!" tegur Daniel oppa.

"Sampai pun. Lama tau Aejung tunggu oppa." aku buat muka merajuk.

"Alaa.. tak yah lah merajuk. Oppa bukannya sengaja lambat, ada kerja sikit tadi. Sorry!!"

"Hmmm.... yelah yelah. Dahlah jom balik"
-----------------------------------------------------------
Kitorang balik jalan kaki sebab rumah kitorang dekat je dengan sekolah. Semasa sedang berjalan, tiba-tiba Daniel oppa memecahkan suasana yang sunyi antara kitorang berdua.

"Aejung... oppa nak tanya sikit boleh?"

"Tanyalah"

"Tadi kenapa Aejung cakap dengan Siyeon?"

Nama perempuan tu Siyeon ke?? Patutlah dia marah aku.

"Aejung.."

Aku terus tersedar daripada lamunan. "Haa.. ooohhh tadi tu dia yang tegur Aejung."jawab aku dengan senyuman.

"Kalau oppa nak tanya apa yang dia cakap dengan Aejung, boleh?"

"Tak boleh. Kitorang cakap pasal hal perempuan. Sibuk je nak tau."

"Hmm.... yelah yelah"

Seonho POV

Aku baring diatas katil aku dan mengingat kembali apa yang aku nampak masa balik sekolah.

'Kenapa Siyeon dengan Aejung tadi? Apa diaorang cakapkan? Tah tah Siyeon kacau Aejung pulak. Tak habis-habislah perempuan tu.'

Aku kemudian membuka phone aku lalu menekan contact number Daniel. Aku ingatkan nak tanya dia pasal Aejung.. tapi tak apalah esok je aku tanya dia sendiri.

*keesokan hari di sekolah*

Sampai je aku kat sekolah, aku terus pergi ke kelas Aejung. Niat aku nak jumpa dia nak tanya pasal semalam, tapi bila aku jenguk dalam kelas dia tak ada. Tak sampai lagilah kot. Aku ambil keputusan untuk letak beg dalam kelas dulu, lepastu baru datang balik.

Bila aku sampai dalam kelas aku, aku nampak Daniel baru letak beg kat tempat duduk dia. Mesti Aejung pun dah sampai. Lepas aku letak beg kat tempat duduk aku, aku terus ambil langkah ke kelas Aejung.

Sampai je kat kelas Aejung, aku terus panggil dia. "AEJUNG!!" Aku nampak Aejung terkejut.

"Emm dae oppa. Ke.. kenapa ni?"

"Eh ahaha sorry kalau oppa terkejutkan Aejung." kata aku sambil memegang belakang leher aku.

"Tak apalah, tapi lain kali janganlah buat macam tu lagi. Cukuplah dekat rumah Daniel oppa dah buat macam tu."

"Ahahah okay okay. Haa ni oppa nak tanya Aejung." Aejung hanya menunggu apa yang akan aku soalnya.

"Semalam, masa balik sekolah depan pagar. Kenapa Siyeon jumpa Aejung? Dia ada kacau Aejung ke?"

"Emm.. tak ada apalah. Dia cuma tanya Aejung kelas mana tu je." Aejung melemparkan senyuman kepada aku.

"Aejung jangan tipu oppa. Oppa nampak riak wajah Aejung dengan Siyeon semalam. Mesti ada apa-apa kan. Dia kacau Aejung kan. Dia mesti cakap dekat Aejung jangan rapat dengan oppa. Aishh si Siyeon ni tak pernah berubah." aku pandang Aejung dan dia menundukkan kepalanya. 'Aku dah agak memang Siyeon buat macam tu dekat Aejung.' Aku dah lipat lengan baju aku dan bersedia untuk pergi mencari Siyeon tetapi Aejung menahan aku.

"Oppa nak pergi mana? Janganlah pergi jumpa Siyeon. Aejung tak nak nanti dia ingat Aejung mengadu dekat oppa." Aku masih tidak mengubah keputusan aku tetapi Aejung terus memujuk aku.

"Please oppa. Jangan pergi jumpa dia. Aejung boleh handle dia." aku tak tau kenapa tapi tiba-tiba aku jadi lembut dan aku tak jadi nak jumpa Siyeon.

"Em yelah oppa tak pergi jumpa dia, tapi ada satu syarat."

"Syarat? Syarat apa?"

"Bagi phone Aejung." Aejung mengerutkan kepalanya dan dia seperti tidak mahu memberikan phonenya kepada aku.

"Kalau Aejung tak bagi, oppa pergi jumpa Siyeon sekarang juga." dengan ugutan itu Aejung pun beri phonenya kepada aku.

Aejung telah membuka phonenya dan aku terus pergi ke icon phone untuk menaip nombor aku dan membuat miss call. Kemudian aku menyimpan nombor aku dalam phone Aejung dan memberi phone itu kepada tuannya kembali.

"Nah.. oppa dah save number oppa. Nanti kalau ada apa-apa Aejung terus call oppa okay. Oppa masuk kelas dulu. Bye." aku terus beredar dari situ dan masuk kedalam kelas.

GUARDIANWhere stories live. Discover now