soyeon's
" wuaghh , terangnyaa. tutup cepat alamak "
tidur aku terganggu apabila cahaya matahari menerobos masuk tepat kena wajah aku yang lesu.
perlahan lahan aku celikkan mata lalu terlihat lelaki yang sedang sibuk mengemas bilik. dia rupanya yang pergi bukak langsir seluas mulut faiz roslan.
spoil mood betul la jantan ni alamak.
" weh , kau pehal bangun pagi pagi buta ni ? dahla pergi tutup penghawa dingin. panas tau tak ? "
pandangannya teralih kearah aku seusai aku membebel. aku pantas menjeling sambil memeluk tubuh tapi dia pula pergi tersengih sengih.
" park soyeon , sekarang dah pukul dua setengah petang. masih nak tidur lagi ke ? awak tu perempuan. sepatutnya awak bangun pagi tolong mak awak. " hoseok tersenyum. aku pantas membantah.
" kau tak payah la nak nasihat aku bagai. aku tahu apa aku buat. mak aku pun tak larang aku bangun akhir. kau orang asing bagi aku. jadi , kau tak layak nak tegur aku "
aku menengking sehingga membuatkan dia terkedu. aku tersenyum sinis lalu beredar menuju ke bilik mandi. hoseok hanya berdiri kaku disitu.
padan muka dia nak cari pasal dengan aku.
***
no one
" aunty , mana soyeon ? tak nampak pun batang hidung dia sejak dia habis mandi tadi. " soalan hoseok membuatkan puan park berkerut. dia kemudian pantas menggeleng.
" mesti soyeon keluar dengan geng dia. selalunya waktu macam ni dia lepak dengan geng dia. dia tak minta izin kamu ke ? "
hoseok menggeleng. puan park kemudian mengajak hoseok untuk duduk sebentar di sofa. hoseok hanya turuti perintah.
tangan hoseok kemudian dicapai lalu digenggam kuat oleh puan park. hoseok terkejut. dari sudut mata puan park , dia boleh tahu bahawa puan park ingin memberitahu sesuatu yang penting kepadanya.
" ada apa aunty ? "
" aunty dah cakap panggil aunty mak. tak ingat ? " puan park menjungkit kening. hoseok pantas menggosok tengkuk.
" maaf. ada apa mak ? " puan park menghembus nafas berat. bibirnya diketap.
" hoseok , mak nak kamu bertahan dengan sikap soyeon. mak tak nak rumah tangga kamu hancur semata mata kamu hilang sabar dengan perangai soyeon. mak harap hoseok bagi masa untuk soyeon berubah. mak tahu sukar bagi hoseok. tolonglah "
hoseok mengangguk pelan sambil mengukirkan senyuman kelat. dia tak tahu sama ada dia mampu berjanji dengan ibu mertuannya. namun , dia cuba sedaya upaya untuk mengeratkan hubungan antara dia dan soyeon.
" baik mak. hoseok cuba "
" terima kasih. kalau hoseok tengah free , boleh tengok tengokkan soyeon yang tengah lepak dengan geng dia dekat taman hujung perumahan sana. mana tau dia buat benda bukan bukan lagipun dia dah jadi isteri orang. jadi hoseok kena pantau sikit gerak geri dia "
YOU ARE READING
ISTERI NUSYUZ | JHS
Fanfic+ Sukarnya bibirmu mengungkapkan kasih sayang malah dipenuhi bisa yang menghiris hati. gorgeous cover by @xxmyrah DO VISIT MINI GRAPHIC SHOP ❤