misi baru

457 38 0
                                    

** di tempat rahsia team faris**

"Ok.. Biar saya ulang balik.. Hana kuasa tumbuhan.. Haris kuasa tanah.. Rayyan manipulasi masa ... Kenji kuasa bayang.. Maya melihat masa lalu..faris angin.. Rina ais dan air....dan daniel manipulasi graviti.. Betul? "Panjang lebar shila cuba mengingat.

"Yess..."balas maya.

"Adik kau ade kuasa.. Kau tak de kuasa? "Tanya shila kepada afiq.

"Tak de.. "Balas afiq dengan senyuman. Tiada langsung rasa dengki dalam hati afiq..

"Ok"-shila.

"Ok jom kita rangka plan"ajak azmi.

"Kau dah dapat lokasi? "Tanya rayyan.

"Yes... Aku berjaya " azmi terasa bangga.

"Ok i got the plan" haris bersuara selepas meneliti tempat lokasi.

Semua mata mula tertumpu pada haris.

"Kat situ ade banyak cctv.. So maya and azmi, aku nak korang berdua godam semua cctv yang ade.. "-haris.

"Ok"balas maya dan azmi.

"Rayyan.. Sejauh mana kuasa kau boleh berfungsi"tanya haris.

"Kuasa aku terhad sikit.. Aku boleh perlahankan masa.. Tapi tak boleh lama²..aku juga boleh hentikan masa untuk beberapa minit and undur masa kejap... Tapi yang tu guna banyak tenaga. "Panjang lebar rayyan menerangkan.

"Ok.. Lepas masuk pagar ni, ade banyak askar robot  sedang berkawal. Aku nak kau gunakan kuasa kau untuk perlahankan pergerakan musuh.. Then shila dan afiq akan serang mereka dengan berlawan. Korangkan pakar nanti aku bagi pedang sorang satu"kata haris.

"Ok" balas shila, afiq dan rayyan.

"Masa diorang sibuk alihkan perhatian, aku, hana dan kenji akan masuk...kat dalam, ade lagi musuh.. Tapi bukan robot.. Manusia!  Jadi,  aku nak hana cuba tangkap diorang guna kuasa tumbuhan sementara aku alihkan perhatian diorang dengan kuasa aku. Kenji pula pergi cari faris dan daniel..aku rasa dah tak de halangan." kata haris.

"Ok" kata hana dan kenji.

" tapi.. Abang ade satu syarat, hana"kata haris.

"What? "Tanya hana.

"Tolong selalu ade di belakang abang.. Abang akan selalu cover awak"kata haris sambil memegang lembut kedua-dua bahu hana.

"Ok"balas hana bernada terharu.

"Promise? "Tanya haris sambil mengeluarkan jari kelingkingnya.

"Promise, abang"hana menyambut perjanjian itu.

"Ok.. Mari kita mulakan cuti sem kita dengan misi baru" kata azmi bersemangat.

Yang lain turut bersemangat.

"Tapi.. Ape kita nak bagi tahu parents kita? "Tanya maya .

"Tu aku dah settle kan.. Nah"kata haris sambil menghulurkan kertas sehelai sorang.

"Borang kebenaran kem motivasi? "Shila hairan sambil membaca tajuk pada kertas itu dengan kuat

"Yes.. Kita bagi borang ni pada parents kita dan berlakon macam semuanya betul"balas haris.

"Wah.. Bijak nye"hana terasa bangga.

"Hehe.. Sebenarnye, abang copy paste dalam internet je"kata haris jujur.

"Tapi.. Rina and faris macam mana? "Tanya rayyan.

"Tak pe.. Biar aku settle kan"kata azmi.

"Ok dah settle. "Kata haris.

**hari pertama cuti sem**

**azmi call encik farid menggunakan fon rina. **

"Hello, rina"kata encik farid dari hujung talian.

"Hello uncle.. Ni azmi"kata azmi.

"Oh azmi.. Ada ape?  Rina mana? "Encik farid hairan.

"Err.. Rina bertengkar sikit dengan faris.. Jadi dia tak de mood nak bercakap dengan sesiapa. "Kata azmi.

"Haish.. Budak dua orang ni.. Tak habis² bergaduh. "Kata encik farid.

"Entah lah diorang ni.. "Kata azmi meneruskan lakonan.

"Faris pun tak de mood? "Tanya encik farid.

"Haah lah kot.. "Kata azmi.

"Haish.. Semalam uncle ada call faris.. Tapi fon dia mati"kata encik farid.

"Ohh.. Dia off lah tu.. Stress kot"kata azmi.

"Hmm.. Tak pe lah kalau macam tu.. Kamu tolonglah buat mereka tu berbaik semula, azmi.. "Kata encik farid.

"Ok uncle.. Nanti saya cuba. "Kata azmi.

"Ok"kata encik farid.

"Uncle.. Tujuan saya call ni sebenarnya nak mintak kebenaran untuk rina dan faris. Esok saya balik, saya singgah rumah uncle untuk bagi borang"kata azmi memulakan langkah.

"Kebenaran untuk ape? "Tanya encik farid.

"Untuk menyertai kem motivasi masa cuti sem ni"kata azmi bernada mendatar. Dia tidak pernah menipu sebelum ini. Terasa janggal.

"Ohh.. Tapi kenapa kamu yang nak bagi? Rina dan faris tak nak balik ke? "Encik farid hairan.

"Mereka kan tengah bergaduh uncle.. Sah² tak nak bersua muka kan"kata azmi. Dia mula menggelabah. Jantungnya berdegup kencang.

'Habislah aku.. Macam mana kalau dia tak percaya.. Macam mana kalau dia tanya macam²..macam mana kalau lidah aku kelu lepas ni.. Macam mana kalau aku tak de idea.. Kantoilah aku.. ' bertubi-tubi persoalan dalam fikiran azmi.

"Oh.. Ok.. Jumpa esok, azmi.. Kirim salam pada si kembar uncle tu"kata encik farid mempercayai azmi.

Encik farid mengenali azmi sejak azmi baru lahir lagi. Ketika itu, rina dan faris masih dalam kandungan.. Menghitung waktu untuk keluar..

Jadi, tidak hairanlah kalau encik farid amat percayakan azmi.

"Ok.. Bye uncle"kata azmi lalu mematikan panggilan.

Dia menghembuskan nafas lega. 'Nasib tak kantoi' kata azmi dalam hati.

Inilah jadinya bila seseorang yang tak pernah menipu mula menipu.

Menipu pula orang yang amat dihormatinya .
Rasa bersalah mula menghantui azmi.

Namun dia kuatkan semangat apabila melihat rina yang sedang terbaring lemah dihadapannya.

"Rina.. Bangunlah.. Saya rindu awak tahu tak.. Nak dengar suara awak.. Nak dengar gelak tawa awak.. Nak tengok muka ceria awak.. Awak lah orang yang selalu tersenyum even dalam masalah sekalipun.. Tapi sekarang? Mana senyuman yang tak pernah hilang tu.. "Kata azmi perlahan sambil menggenggam tangan rina.

Air mata lelakinya menitis perlahan-lahan.

Tidak pernah terlintas difikirannya yang dia akan melihat rina dalam keadaan ini.

"Ya Tukanku.. Kau tabahkanlah aku dalam menghadapi dugaan ini.. Kau kuatkanlah rina untuk terus bertahan..kau lindungilah faris walau dimana dia berada." azmi berdoa dalam hatinya. Air matanya tidak henti² mengalir.





special secret🔒💌🔒Where stories live. Discover now