rina kembali

295 30 1
                                    

" stop it, Simon ! Kalau kau nak aku, mari dapatkan aku.. Jangan berani sentuh kawan² aku ! " suara rina memenuhi ruangan bilik.

"Rina! "Serentak faris dan yang lain menjerit teruja melihat rina.

"Mana kau tahu nama aku? " lelaki tua yang dipanggil simon itu mengeluarkan pertanyaan.

" aku ade jurnal abadi.. Dan dari situ, aku tahu tentang semua kuasa elemental magis yang ade.. Aku tahu tentang kaum power sheen.. Dan kaum pembelot power shud diketuai oleh kau! "Rina melepaskan amarah.

" tunggu ape lagi.. Serang lah dia! " simon memberi arahan apabila terasa tercabar

"Jangan !" Jerit puan balqis, faris dan deniel serentak.

Faris dan puan balqis pasrah.. Tidak mampu berbuat ape²..

Rakan rina yang lain kelu seribu bahasa..

Mata daniel mula meliar.. Mencari sesuatu yang boleh diapungkan oleh kuasanya.. Namun hampa.

"Aku suka kau, faris.. Tapi kau tak pandai nak balas cinta aku! Mari tengok kalau kau masih boleh menolak kalau adik kau mati! " kata amira sambil menyerang rina bersama ahli kumpulan jahatnya.

"Rina, lari! " jerit faris. Dia mula panik.

Daniel pantas berdiri dihadapan rina..

Jika dia tak mampu lindungi rina dengan kuasanya, dia akan lindungi rina dengan dirinya.

Membulat mata rina melihat keadaan itu... Terdetik rasa terharu dihatinya.

" Rina, lari la.. Biar saya cover" kata daniel.

Rina memegang lembut bahu daniel..

Daniel pula sudah memejamkan mata.. Memang sah dia akan mati jika diserang oleh begitu banyak kuasa.

Tiba² seluruh bilik menjadi sejuk.. Asap biru memenuhi ruang ..

Perlahan² daniel membuka matanya.

Membuntang mata daniel melihat semua musuhnya beku kecuali ayahnya.

"Aku nak kau lepaskan mereka! " kata rina keras.

"Wah.. Kau dah pandai guna kuasa kau ye tuan puteri.. Tapi remort kurungan tu dengan aku.. Biar aku tunjukkan ape aku boleh buat" kata simon diikuti ketawa jahat.

Dia mula menaikkan voltan lalu menekan butang elektrik.. Dia mahu semua dalam kurungan terkena elektrik..

Tetapi, tiada ape berlaku..

"Kenapa ni? Ade masalah? " pertanyaan rina begitu sinis.

Semua di dalam kurungan berasa lega.

Berkali-kali simon menekan butang.. Namun tiada apa berlaku...

"Kau fikir, aku akan serbu masuk tanpa rancangan? Aku tak sebodoh tu, simon"kata rina sambil menyilangkan tangan.

"Ma.. Macam mana kau.. "Simon mula panik.

"Ini adalah balasan sebab cuba bunuh aku dan bawa abang aku ke dunia penyeksaan kau!" Tiba²,satu lagi suara kedengaran.

"Da.. Daniaa? " Simon terkedu.

"Kenapa?Terkejut sebab gagal bunuh anak sendiri?"
Dania melepaskan amarah.

"Da.. Daniaa! " daniel seperti tidak percaya..

"Ye abang..nia selamat.. Uncle farid yang selamatkan nia.. " Kata dania sambil menunjukkan ke arah encik farid yang sedang sibuk membuka kurungan.

"Id.. Saya risau kan awak tahu tak" kata puan balqis kepada encik farid..

P/s: "id" ni nama manja encik farid yang isterinya, puan balqis bagi.. Sweet kan.. Hehe..

"Saya lagi risau tau.. Qis ok? Cedera tak? " Tanya encik farid prihatin..

P/s: sama macam tadi, "qis" nama manja puan balqis yang encik farid bagi..

"Ok je.. Faris kan ade" kata puan balqis.

Faris pula tersengih kambing..

"Ok.. Keluar semua.. " kata encik farid setelah berjaya hack kurungan itu.

Ketika mereka keluar...

Tiba² satu cahaya mengaburi mata mereka..

Rina ditarik kedalam dakapan simon dan diacu pisau.

Semua terkedu.

Satu lagi suis ditekan oleh simon.

"Dia adelagi satu suis! " jerit kenji.

Suis yang ini masih belum digodam.

"Lepaskan rina! Ape kau nak! "Jerit faris .

Tanpa kata, simon menekan satu suis..

Seluruh bilik bergegar.

"Suis bom! " jerit rina apabila dia belihat lambang bom pada butang. 💣

Semua mata terbeliak.

"Woi.. Kau punya anak buah tengah beku ni! "Kata haris.

Amira, amirul, danish dan khaira masih membeku.

"Kesah ape aku" kata simon kejam.

"Wei.. Pisau tuu! "Faris mula panik apabila pisau itu hampir mengena rina.

Faris mengeluarkan gerudi taufan.

"Kau dekat selangkah lagi, aku kelar leher dia" kata simon menggelabah.

Larian faris terhenti...

"Ayah.. Sedar diri!  Hentikan semua ni! " jerit daniel..

Sungguh, dia tidak mahu kehilangan rina.

"Ape yang kau nak sebenarnya! "Jerit daniaa.

Hormatnya pada ayahnya telah hilang. Dia berasa jijik mehu panggil lelaki yang pernah cuba untuk membunuhnya dan telah membunuh ibunya sebagai 'ayah'.

"Aku nakkan puteri kuasa ni.. Putera kuasa tidak sekuat dia.. Jadi aku nak dia je! "Kata simon.

Gegaran semakin kuat.

Tiba²,  nut pagar kurungan tertanggal dan bakal menimpa hana, shila, afiq, maya, daniaa ,faris dan puan balqis.

Hana dan shila telah terduduk ketakutan.

Afiq juga telah mencangkung dengan posisi tuduhnya diatas maya. Cukup tinggi sifat protecting afiq pada kembarnya.

Faris dan puan balqis berpelukan

Dania pula memejam rapat matanya.

Besi kurungan itu kelihatan sangat berat. Besinya sangat tebal.

Silap² haribulan, ajal akan menjemput  mereka.

Bersbung..


special secret🔒💌🔒Where stories live. Discover now