kuatkan semangat mama!

403 42 17
                                    

**di tempat kurungan **

"Faris.. Mama minta maaf.. Semua ni salah mama.. Mama tak patut lari dari mereka ..mama sepatutnya lawan mereka dari dulu.. Kalau tak, kamu berdua pasti takkan terlibat. "Puan balqis bersuara sayu sambil mengusap lembut rambut faris yang baring di atas ribanya.

"Jangan cakap macam tu ma.. Mama tak salah pun dalam hal ni.. Mereka nakkan faris dan rina, ma.. Kami dah cukup besar untuk tangani semua ni..."kata faris.

"Tapi tengoklah kita sekarang.. Terkurung.. Menunggu waktu.. Kalau mereka dapat rina, habislah kamu..."kata puan balqis masih terasa bersalah.

"Ma, ris tahu rina akan selamatkan kita.. Lagipun dia bukan seorang.. Kami ada team yang berbeza.. Jadi bila team kami bergabung, saya pasti.. Kita akan keluar tak lama lagi...just trust me okay? "Kata faris menenangkan mamanya.

Sedangkan hatinya kini sedang berasa lain macam tentang keadaan rina.

' Rinn.. Awak ok ke.. Abang risau ' bisik hati faris.

**sementara itu,tak jauh dari kurungan itu**

Kenji sedang berlari selaju yang mampu..

Tiba²..kenji rebah apabila tiga bebola api singgah di badannya bertalu-talu.

Kenji mengerang kesakitan.

Matanya perlahan-lahan dibuka.. Seorang budak lelaki menghampirinya.

"Lemah je kau ni rupanya"kata budak lelaki itu.

"Ss... Siapa kau! " kenji menggagahkan diri untuk bersuara..

"Aku danish.. Salah seorang dari ketua pengawal di sini."balas budak lelaki itu bernada riak.

"Ceh.. Pengawal je rupanya"sindir kenji sambil bangun dan berdiri.

"Kenapa? Kau ingat kami lemah? " danish mula naik marah.

"Kami? " kenji hairan. Matanya melilau mencari seorang lagi pengawal disekelilingnya.

Namun tidak ditemui.

"Ye.. Kakak aku tengah tangkap semua kawan² kau.." Kata danish kembali riak.

"Kakak? Kau fikir kawan² aku lemah ke? Kalau setakat kakak kau..sekejap je tumbang"Giliran kenji naik marah.

"Hahaha.. Aku tahu korang ade kuasa..dan kakak aku mungkin kalah kalau lawan mereka.. Tapi kawan² kau tak kuat bila mereka tak tahu ape di hadapannya atau ape yang mereka lawan"kata danish.

"Ape maksud kau? " kenji keliru.

"Kakak aku ade kuasa kegelapan dan cahaya.. Jadi dia hanya perlu gelapkan keadaan sekeliling dan serang satu per satu dengan kuasa cahaya nya.. Dan kawan² kau tu akan pengsan dengan mudah atau kalau tidak bernasib baik, mati terus. "Jelas danish panjang lebar.

Kenji terkedu..

' Ape aku nak buat ni.. Kalau aku nak patah balik untuk bagi amaran, sah² tak sempat ' bisik hati kenji.

' Baik aku teruskan misi.. Cari faris dan daniel ' sambung kenji dalam hatinya.

Tanpa berlengah, kenji mengeluarkan kuasa bayangnya untuk mengaburi danish.. Kemudian, dia menggunakan kuasa owl eye nya untuk melihat dalam kegelapan. Dan terus menuju ke pintu yang dilihatnya.

Belum sempat dia memegang tombol...

Kepala kenji diketuk dengan objek tumpul. Kenji pengsan.

"Kau ingat kau je ade kuasa owl eye? "Perli danish sambil membaling kayu yang digunakan untuk memukul kenji tadi.

special secret🔒💌🔒Where stories live. Discover now