Katanya yang galau itu hidupnya,
Diselak dada katanya hatinya punah, Pernah aku hirup titis-titis darah menyembur keluar.Durjanya jaka,
Kau tahu aku rawat luka yang takkan sembuh,
Nanahnya kau calit kemuka ku.
Biar busuknya aku telan kerana aku fikir kita sama.Sumpah dimeterai,
Lidahnya yang aku hisap,
Lembut sifat hakikatnya tajam,
buat hati berkecai derai.Kau tahu Jaka, aku sudah patah hati.
Tapi aku tak pernah benci bercinta,
Aku pejam mata, berimaginasi dalam kalut,
Kononnya nanah itu selautan haruman.
Kononnya caci itu pembakar semangat,
Sayangnya kau pada aku Jaka,
Sampaikan aku rela beri hati aku pada kamu.Penikmat cinta itu aku,
Jika kau dicerai-berai,
aku cantumkan pakai jiwa berbenang sayang,
Esoknya aku nampak sekujur jasad berlohong dadanya,
Esoknya aku nampak sepasang mata buntang berbaur kontang,
Esoknya aku rasa lidahnya bak mata pedang menerobos hati,Aku sudah tak nampak aku lagi.
Aku cuma nampak kamu.
Sayang, tak nampak kah kamu?
Aku beri hati pada kamu kerana kamu tidak punya hati.Aku berikan hati padanya kerana dia tidak punya hati.