Keji

47 6 2
                                    

Aku masih terbaring disini,
Nikmati gundah si bini,

Depresi mengikat tubuh melekat tak mahu bangkit,
Jasad berlebam  tak sakit,

Belum lagi sakit macam jiwa aku,
Dulunya lembut sekarangnya kaku.

Semua kata-kata semalam masih aku congak,
Panas menggelegak dalam otak.

Pekat likat macam nanah busuk,
Walau memang sakitnya menusuk.

Kian hari makin dalam luka,
Sakitnya sampai kebas muka.

Maaf cuma wayang,
Buat tiket untuk ucap sayang.

Hari-hari hadiah caci,
Bagi aku makin benci,

Jangan tanya kenapa aku kaku,
Sifat keji kau dah tak laku,

Sebab hari demi hari,
jiwa aku makin mati.

Tinta Nista Where stories live. Discover now