Part 1.

792 19 7
                                    

Aku ni nak kata handsome, tak lah. Cuma aku ni putih badan aku sedang-sedang. Tinggi 175 dan bmi normal. Aku sangat sukakan kekemasan dan perfect, kalau kemas, aku tak suka adik-adik yang kemas. Sebab diorang kemas tak se perfect aku.

Aku datang dari keluarga yang boleh dikatakan senang laa. Di usia aku 25, aku bekerja sebagai jururawat disebuah hospital swasta dan sudah mempunyai kereta, dan sebuah rumah teres. Dari segi kewangan pun tiada masalah, sebab aku seorang yang pandai uruskan kewangan. Pendek kata, tinggal nak cari bini je, lepastu dah kira perfect. Ini sedikit kisah aku.

Kita beralih kisah Aina.. Aina seorang anak tunggal, berperwatakkan sangat lembut dan sopan santun, sangat menghormati parents aku. Tapi jika orang tahu kisah hidup dia, mesti orang akan bersimpati dengannya.

Aina seorang anak tunggal, pada umur 10 tahun, parentsnya mengalami accident yang teruk sehingga ayahnya meninggal ditempat kejadian manakala ibu nya meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital..

Sekelip mata allah ambil parents Aina, dan sekelip mata je dia menjadi anak yatim piatu.. Aina hilang tempat mengadu.. Dia dijaga oleh makcik nya.. Namun masa umur Aina mencecah 16 tahun, makciknya pula meninggal akibat serangan jantung.

Sekali lagi Aina hilang tempat bergantung.. Dia berhenti sekolah, dia terus kerja di 1 restoran. Dengan gaji sehari RM30.

Dan ada 1 hari tu, Neklang aku, makan direstoran itu. Ya, Neklang aku memang suka makan disitu sebab pemilik restoran tu adalah kawannya.. Neklang bertanya kat kawannya.

"Siapa tu ? Pekerja baru ke?"

"Haah, sian. Anak yatim piatu, baru2 ni makcik dia pulak yang meninggal. Tu yang ambil dia kerja kat sini"

Dipendekkan cerita, Neklang mengambil Aina sebagai anak angkat. Memandangkan Neklang tidak mempunyai anak sebab dah buang Rahim. Neklang masukkan kesekolah balik..

Aina belajar sehingga SPM, dia mendapat keputusan 3A 2B dan selebihnya aku tak ingat hehe..

Jadi, aina sambung belajar dalam jurusan Business. Selepas beberapa bulan habis belajar, Aina terus ditawarkan bekerja disebuah syarikat sebagai Customer Service (Sekarang dah naik ke Executive of Customer Service)

Aku ni memang jarang jumpa dia, melainkan kalau ada kenduri family besar. Baru dapat jumpa, itu pun just terjumpa macam tu je, tak ada tegur atau sembang.

Long story short, Neklang tiba-tiba kerap sakit. Selain itu neklang ada beberapa penyakit, kencing manis dan darah tinggi. Dan bila kerap sakit tu, neklang selalu fikir pasal Aina.

Kalau Neklang sakit, siapa nak jaga Aina.. Maka bermulalah kisah kami..

Andai Itu Nasib Aku (A.I.N.A)Where stories live. Discover now