Tentang Majlis.

795 22 4
                                    

Pagi 20/03/2015.

Neklang berkunjung ke rumah ibu, dan Uwan aku menjemputnya masuk ke dalam. Aku hanya salam dalan terus masuk dalam bilik..

Neklang datang dengan Aina, tapi aku tak jumpa dia, sebab dia masa tu masih dalam kereta. Dan aku pula duduk dalam bilik sampai lah Neklang balik.

Neklang hanya datang saja-saja, memandangkan Uwan aku saja yang masih ada. Adik beradik yang lain telah pergi buat selamanya..

Aku buat macam biasa, masih duduk dalam bilik. Sekali sekala, terdengar adik-adik aku bergelak tawa.

Neklang menceritakan pasal dirinya yang kerap sakit, dan dia ada cerita. Dia risau dengan kesihatannya, dia risau kalau-kalau tiada siapa yang menjaga Aina.

Uwan aku mendengar dan juga risau, dia terus cakap dekat Neklang.

"Kahwinkan aje lah dia, senang. Ada suami jaga.."

Dan Neklang terus tersenyum, sambil berkata "tulah, tapi belum ada calon".

Uwan menyambung "takpe, aku boleh carikan. Muka lawa mesti ada yang nak"

"Ikut kau lah, aku ni pun ikut dia. Kalau dia setuju, aku pum setuju" kata neklang.

_____________________________________________

Pada malam tu, Uwan memanggil aku. Katanya ada benda nak cakap.

"Kenapa uwan? Ada apa tu." Tanyaku

"Ni haaa, tadi siang Neklang datang. Uwan pekenan sangat dengan Aina tu, tu Uwan tanya. Nak tak kalau Uwan jodohkan Far dengan Aina?" Terang Uwan.

"Hmm, benda ni tak boleh buat main Uwan. Tapi kalau uwan rasa itu yang terbaik untik Far. Far ikut je wan, tapi uwan kena make sure dia betul-betul nak terima Far. Far taknak nanti dia setuju sebab terpaksa. Pasal far, wan jangan risau. Far terima je kalau dia jodoh Far."

Keesokan harinya, uwan aku call neklang. Memberitahu hasrat uwan untuk meminang anak neklang.

"Assalamualaikum, lang. Aku nak tanya, kau setuju tak kalau aku nak jodohkan anak kau tu dengan far?"

"Far? Cucu kau tu?"

"Ye cucu aku? Nak tak?

"Nanti aku tengok dulu macam mana, aku takut anak aku yang taknak. Biar aku bincang dulu."

__________________________________________

Selepas daripada uwan tanya aku tu, aku pun diamkan je. Bagi aku, biarlah pihak perempuan itu sendiri yang tentukan. Aku memang dah bersedia.

Dah seminggu berlalu, masih tiada jawapan. So aku assume, yang dia memang taknak dengan aku. Dia baru putus tunang, tak mungkin semudah tu je dia nak dekat aku.

Lepas 3 bulan, ibu tanya aku.

"Betul ke nak kat Aina, atau nak kenal-kenal dulu?" Tanya ibu.

Aku mula berkata dalam hati "Ehh.. Jadi jugak ke?"

"Far tak kisah bu, ibu tengok Aina tu macam mana? Okey ke? Rasa-rasa sesuai tak dengan Far?"

"Ibu tengok okey, dia baik. Dia lembut.. Hormat.. Ibu suka jugak dengan dia, manis.." Kata Ibu ambil senyum dekat aku

"Haa kalau Ibu pun suka dekat dia, far okey je. Far setuju"

Malam tu, Uwan panggil aku. Uwan tanya

"Ibu cakap, Far dah setuju. Betul ke?"

"Haah Uwan. Uwan uruskanlah ye" 😊

"Esok aku suruh ibu bagi nombor kat kau"

"Okey uwan"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 26, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Andai Itu Nasib Aku (A.I.N.A)Where stories live. Discover now