Bab 1

39 0 0
                                    

"Tengku Arian"!!!!  Laung ibunya di bawah memanggil anak bujangnya yang seorang itu. Matahari sudah terpacak atas kepala tidak mahu bangkit lagi. "Arian sudah bangun ibu, " jawab dia dengan malas dan menuju ke bilik mandi.

Lalu dia turun sarapan. Pembantu mereka iaitu Mak  cik Rokiah menghidangkan makanan untuk sekeluarga itu.  "Arian bila kamu mahu cari calon isteri? "Tanya ibunya iaitu Datin Mariah.

"Entahlah ibu ramai perempuan yang saya kenal kesemuanya berpakaian tidak cukup kain, "jawab Arian sambil menghirup kopi dalam cawan. Datuk Johan hanya mendengar perbualan anak tunggal dan isterinya itu.

"Damia, jom turun makan ya, mama masakkan makanan kegemaran kamu ni, "   kata Puan Ramlah memujuk anak gadisnya itu. Dia telah membesarkan Damia dengan didikan agama yang cukup dan kasih sayang yang melimpah ruah kepada anak gadis itu setelah kematian suaminya sejak Damia masih bersekolah rendah.

"Damia makan kat pejabat ibu, sudah lewat mahu ke pejabat " katanya sambil tergesa-gesa bersiap.

"Menyesal pula aku tidur lewat semalam, kerana asyik termenung, " katanya dalam hati. Selepas bersalam dengan mamanya dia pergi ke pejabat.

Damia memecut keretanya ke pejabat. Dia berkerja di salah sebuah syarikat terkemuka iaitu milik Datuk Johan.

Semasa menaiki lif ke tingkat atas seseorang telah melanggarnya dengan kuat. "Aduh, sakitnya kaki aku, " dia membelek kakinya yang sakit itu.
"Sorry, saya tidak sengaja, " suara garau itu meminta maaf. Pasti gerangannya seorang lelaki.

"  Tidak mengapa, " jawabnya tanpa memandang wajah lelaki itu.

"Mahu saya bawakan ke klinik? " tanya Arian

" Tidak menyusahkan ke? "Tanya Damia memandangkan kakinya yang sakit teramat akibat terjatuh tadi membuatkan dirinya setuju dengan cadangan lelaki itu.






Ops! Aku JaTuH CiNtA LaGiWhere stories live. Discover now