4

44 5 0
                                    

Melda masih bersandar di sisi kereta menghadap ke pantai terbuka di hadapannya. Angin laut menerbangkan hujung tudungnya, terbuai-buai di bahu. Dah lama tak menghirup udara segar disini, menikmati suasana kampung yang indah dengan pemandangan yang mendamaikan. Meskipun ada luka yang tercipta di situ. Melda bersyukur, Adielah masih setia menjadi sahabatnya selepas insiden memalukan itu.

"Assalamualaikum, cikgu,"

Melda menoleh. Nampak Adielah berlari menuju ke arahnya dengan separa mengada. Melda turut ketawa menyambut pelukan si kawan. Lama tak ditemui kawan nan seorang ini. 

"Kau sihat D? Lama aku tak jumpa kau,"

Adielah turut berkolam matanya. Lama sangat mereka tak bertemu sejak kali terakhir bertahun dahulu. Dan mereka hanya berhubung dari jauh melalui media sosial masing-masing sahaja.

"Alhamdulillah, aku sihat. Kau sihat? Ya Allah, lama sangat Mel. Berapa tahun?"

Pelukan di lengan masing-masing belum dileraikan. Masing-masing masih melampiskan rindu.

"Mak ayah kau sihat D?" perlahan sahaja ayat itu dituturkan dari bibir Melda.

Adielah hanya mampu menganggukkan kepala dengan derai airmata di pipi.

"Mak ayah aku rindukan kau tau," itu sahaja yang keluar dari bibir Adielah. Betul, Osman kerapkali mengulang tanya khabar Melda dikejauhan ini. Dan setiap kali itu, doa dititipkan agar anak yatim itu dikurniakan kesejahteraan dalam hidupnya.

"Aku minta maaf D, aku malu nak jumpa mak ayah kau," sedu masih kedengaran.

Adielah melurut jemari Melda sampai ke hujung. Baginya tiada apa yang hendak di malukan. Semua orang melakukan kesilapan, dan lebih lagi Adielah kenal sangat dengan sikap Melda.

"Jomlah datang rumah. Kita jumpa mak ayah aku. Dorang nak sangat jumpa kau tau,"

Melda menggeleng laju.

"Aku tak nak lah D. Aku malu,"

Adielah ketap bibir. Dia faham maksud malu di hati Melda.

"InsyaAllah takde seorang pun akan pertikaikan kau. Nenek pun lagi rindu kau, tau,"

Melda kelu lidah. Nenek. Melda pun merindui sekujur tubuh tua yang penuh dengan kasih sayang itu. Namun, apakan daya. Asuhan Ayahanda,seberani manapun kita jika iman masih di dada malu itu harus dipertahankan.

***

Supiah menangis memeluk Melda yang berdiri kaku di  halaman rumahnya. Cucu perempuan yang dirindui bertahun lamanya. Supiah menjarakkan tubuh, dan merenung segenap inci wajah turun ke badan dan kaki kemudian kembali ke wajahnya semula.

"Cucu nenek dah dewasa. Dah manis bertudung. D kata Mel sekarang dah jadi cikgu ya?" Supiah masih mengelus kepala Melda yang bertutup dengan tudung.

Melda hanya tunduk sambil menahan esakan. Pipinya basah dengan airmata. Selebihnya dia malu untuk bertentang mata dengan Supiah kerana onar yang dibuat dahulu.

"Mel minta ampun nenek. Mel mintak ampun, Mel malu," sekali lagi kata-kata maaf keluar dari bibirnya tersekat-sekat. Dan Supiah erat memeluk tubuh gadis itu. Apalagi yang dia perlu katakan? Dia sudah lama memaafkan khilaf si gadis. Tambah lagi, Melda tidak membuat kesalahan besar pun.

Hayati di belakang tubuh Melda mengusap belakangnya perlahan. Sebagai seorang ibu, hatinya tersentuh dengan kata-kata ampun maaf dari bibir Melda. Dalam pemerhatiannya, Melda berubah 360 darjah betul berbanding dahulu. Mungkin selepas kembali ke pangkuan Ayahandanya, Melda berubah mengikut acuan yang sebenarnya.

"Mama dan nenek, kami masing-masing tak berdendam dengan Mel. Apa yang berlaku tak boleh kita putarkan kembali. Masing-masing pun dah belajar daripada kesilapan dahulu," Hayati pujuk Melda di pelukan Supiah.

***

Dari celahan pokok pisang, Melda ternampak kelibat Padel sedang membersihkan pelepah pisang kering. Tangkas tangannya melibas parang mencantas daun kering, dan terlihat peluh membasahi belakang badannya yang hanya bertshirt kolar bulat warna kelabu. Diam-diam Melda meneliti Padel. Sedikit berbeza perawakannya. Nampak lebih kacak kerana kematangannya.

Tanpa dia sedari, Padel turut berdiri tegak di sana memerhatikan dia di sini.

"Buat apa balik sini?" Padel bersuara sinis sambil berjalan melepasinya.

Eh, kerek dia masih sama lagi.  Tak padan dah lanjut usia dan matang perwatakannya. Melda juih bibir.

"Tak guna hensem kalau masih kerek," Melda menggumam perlahan, cukup didengari telinga sendiri.

"Aku hensem ke?"

Nyaris tersedak Melda dengan teguran itu. Bibir dijuihkan sekali lagi.

"Aku nak bagi bekal aje, bukan nak cari gaduh dengan kau,"

Bekal? Alasan. Dulu pun alasan bekal juga.

"Lama sangat kau ni,"

Kerut di kening Melda bertaut. Tak faham ulah Padel  yang nampaknya sepatah sepatah sahaja perkataannya.

"Kau ambik masa berapa tahun nak bagi bekal kat aku?"

"Apa benda kau ni? Aku ambik dari dapur tadi, Mama pesan suruh bagi kat kau. Mama kata kau lupa bawa pagi tadi," Melda dah mula faham rentak permainan Padel. Cuba mengembalikan nostalgia zaman remaja.

"Kau masih kuat menjawab macam dulu kan?" Padel sengaja memancing marah Melda. Bertahun tak jumpa, ada sesuatu yang terkesan di hatinya.

"Eh, kau ni. Aku nak masuk dulu lah," Melda dah tak senang berdiri. Cepat-cepat dia menjarakkan diri dari tempat menunggu tadi, ingin pulang ke rumah Supiah.

"Kau okey kan kalau jadi isteri aku?" spontan sahaja keluar ayat itu dari bibir Padel.

Melda terdiam dari berjalan. Sebenarnya dia tengah fikir, sama ada nak meneruskan langkah atau berhenti kejap melayankan gila si Padel.

"Padel. Apa kau cakap macam ni?"

"Apasal? Tak boleh?" hei, Padel boleh tersengih-sengih di belakang sana sambil meletakkan belakang parang di bahunya. Ingat hero Tamil?

"Bukan..."

"Dulu bukan benda ni ke yang kau nak. Sebab kau asyik mengendeng aku je," Melda menggeleng kepala laju-laju. Hei si gila ni, fikir logik lah Takkan dia nak merampas tempat Adielah yang lemah lembut baik hati lagi penyayang tu pula?

"Adielah. Kau dah ada D kan?" Padel ketawa sinis.

"Dulu kau bold, Melda,"

Melda telan air liur. Mana pernah Padel panggil nama dia. Padel selalu kau-kau aje dengan dia.

"Padel, aku rasa kau ni dah gila,"

"Tak, sekarang kau serius jawab soalan aku tadi,"

Melda sekali lagi menggeleng kepala perlahan.

"Sikit pun takde?" Padel menekan suaranya menunjukkan keseriusannya. Melda mendongak sedikit. Memang nampak tegang muka Padel di situ. Melda hela nafas dalam, nak jawab apa? Memang tak boleh kan?



...tbc

RAJUK (Completed)Where stories live. Discover now