Melda kecut perut sewaktu suara Ayahanda berbual di ruang tamu hadapan bersama dengan Supiah sayup-sayup kedengaran dari dapur. Dia hanya duduk bersandar dengan kaki rapat ke dada di depan bilik Supiah. Rasanya sejak dari insiden pagi tadi, itu je aktiviti yang dia mampu fikir.
"Mel? Jom kita duduk sama-sama kat depan," masih lembut suara Hayati menyapanya yang dua kali membuat onar di rumah ini.
"Mama," Melda hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Masih kemas terakam wajah kecewa Ayahanda bertahun dulu waktu kali pertama insiden itu berlaku. Dan Melda tak sanggup untuk mengulanginya sekali lagi.
Hayati kemudian mencangkung di hadapannya.
"Kita selesaikan masalah sebagai orang dewasa, Mel," ada sedikit tegas pada nada itu.
Perlahan Hayati menarik lengannya, supaya mengikut ke ruang tamu hadapan. Langkah Melda teragak-agak mencecah ke lantai ruang tamu sebaik matanya bertentang dengan mata Ayahanda. Terasa darahnya turun ke kaki. Sejuk terus kedua tangannya.
"Sekarang adalah masanya untuk kita dengar penjelasan kedua-dua pesalah ini sebelum kita fikirkan apa yang hendak kita buat pada keduanya," bahu aku jatuh apabila Ayahanda tegas mengeluarkan kata-kata tanpa kata aluan pun.
Aku angkat wajah memandang Ayahanda yang sedari tadi memandang aku tanpa senyuman.
"Ayah, Mel janji Mel tak buat apa pun," Melda terdiam.
"Ayah, Mel tak buat apa Ayah. Ayah ampunkan Mel, Ayah," dengan airmata berlinangan di pipi enggan dikesat, dengan rambut panjang perang sedikit di hujung tak tersikat, Melda tunduk di kaki Ayahanda.
"Mel tak fikir maruah Ayah?"
Melda menangis lagi.
"Mel minta maaf Ayah,"
Ayahanda menghembus nafas berat keluar. Melda dah kecut perut.
"Mel fikirkan tak perasaan D?"
Melda menangis lagi. Selain Ayahanda, perkara paling menakutkan adalah kehilangan Adielah. Dan Melda belum bersedia kehilangan mereka berdua.
"Mel sanggup buat apa pun yang Ayah nak. Ayah jangan tinggalkan Mel. Mel minta maaf Ayah," separuh menjerit separuh merayu Melda tunduk di kaki Ayahanda ketika itu memohon keampunan.
"Mel tak ada sesiapa lagi selain Ayah. Kesiankan Mel, Ayah. Ayah jangan buang Mel," masih lagi tersekat-sekat tangisan di tekak Melda mengharapkan keampunan Ayahanda.
Dan akhirnya, Ayahanda mensyaratkan Melda berkemas dan mengikutnya pulang ke rumah anak anak yatim dan berbakti di sana sehingga keputusan SPM keluar.
Hayati memeluk tubuh Melda dari belakang mengembalikan ingatannya pada keadaan semasa.
"Ini kali kedua, Mel. Mel nak Ayah buat apa?" suara Ayahanda berubah sayu. Amat jarang sekali lelaki itu bersuara begitu.
Melda angkat wajah merenung wajah suram Ayahandanya, penaung rumah anak yatim tempatnya menumpang kasih sayang selama ini.
"Pakcik, saya ambil tanggungjawab ini," tiba-tiba Padel bersuara sambil badannya ditundukkan di hadapan Ayahanda.
Melda mencerlung mata.
"Saya sedia galas tanggungjawab Melda di bahu saya, pakcik," sekali lagi Padel bersuara. Tegas.
Melda berkerut kening.
"No!"
Ayahanda memandang Melda kemudian pandangannya berpaling semula kepada Padel.
"Kamu sedia terima kurang lebihnya anak pakcik tu? Kamu sedia terima buruk baik anak asuhan pakcik ni, Fadhil?"
Padel mengangkat muka memandang Ayahanda kemudian mengangguk-anggukkan kepalanya.
"No! Ayah, Mel tak mahu. Ayah, please," kali ini airmata Melda turun lebih deras dari tadi. Perkara yang ditakutinya bertahun dulu terjadi.
"Ayah, Mel sanggup buat apa saja. Apa sahaja. Mel sanggup, but not this one. Please,"
Ayahanda bercakap perlahan dengan Supiah sambil diperhatikan oleh Hayati. Melda dah melorot di lantai menahan esakan.
"Mel, Ayah percaya ini bukan suatu kebetulan," tenang Ayahanda menyusun kata.
Melda menggeleng kepala laju.
"No, it cant be. I dont want it to be that way,"
Ayahanda merenung muka Melda dalam-dalam.
"Then tell me this straight, do you see any other man sincere than him recently?"
***
"Padel, aku rayu kat kau sangat-sangat. Tolonglah, kita boleh selesai cara lain kan? Aku tak minta kau tanggungjawab ke apa ke," Melda merayu buat kali terakhir sebelum mereka masuk ke bilik pegawai kadhi untuk dinikahkan.
Padel yang sedang mengemaskan songkok di kepalanya tersengih sinis.
"Dulu kau yang tergedik-gedik nak kan aku kan?"
Melda berdecit kasar kemudian menghela nafas kuat.
"Kau faham tak? Dulu lain. Benda dah bertahunlah Padel. Kau kenapa?"
"Kau yang tak faham. Kalau kau tak mula dulu, benda ni takkan jadi," bidas Padel semula dengan matanya dijegilkan pada Melda.
"Aku buat apa? Dulu tu aku nak berkawan dengan kau aje, Padel. Tapi sekarang? Kau heret aku jadi isteri kau,"
"Kau tak tahu sebab kau tinggalkan aku macam tu je bertahun dulu. Kau tak tahu apa-apa," terjegil mata Padel.
"Kau nak aku lari dari sini ke? Kau tahu tak benda ni bagi kesan bukan pada kau sorang je. Semua orang. Ayahanda, Mama, Nenek," Melda merayu buat kali akhir apabila seorang pegawai lelaki lengkap berkopiah menuju ke arah mereka.
"Jadi kau rasa, kalau kau lari sekarang. Ayahanda akan terima kau ke?"
Melda terdiam dengan kata-kata sinis penuh makna daripada Padel.
***
Pernikahan ringkas berlangsung dengan sederhana dan diraikan oleh Ayahanda dan keluarganya. Turut hadir sama adalah Supiah dan Hayati. Melda tahankan senyum di hadapan mereka sepanjang mereka berada di Pejabat Kadhi tadi, dan sebaik segalanya selesai dia segera mohon diri untuk kembali ke pejabat.
"Mel tak ambil cuti?"Ayahanda menahan pintu kereta yang baru hendak dibukanya. Melda tergamam seketika. Tak sangka Ayahanda menurutnya hingga ke parkir ini.
"Mel nak uruskan sesuatu. Kena masuk pejabat sekejap," perlahan sahaja bicaranya. Mana mungkin Melda meninggi suara pada lelaki paling dia hormati dalam dunia ini.
"Sebagai Ayah, Ayah harap Mel menjadi bidadari syurga untuk suami Mel. Ayah akan sentiasa doakan anak-anak Ayah bahagia dan gembira dunia akhirat," tulus benar kata-kata yang keluar dari bibir Ayahanda.
Melda tatap bening wajah Ayahanda yang kelihatan mendung.
"Ayah sayang Mel, dalam ramai-ramai anak Ayah. Ayah harap, Mel juga sayang Ayah sebegitu,"
Airmata Melda mengalir lagi. Memang dia sayangkan Ayahanda pun. Terlalu banyak kasih sayang dan jasanya yang tidak terbalas di dunia ini.
"Ayah letakkan tanggungjawab mendidik dan mengasihi Mel pada Fadhil supaya Mel kenal erti kasih sayang sebenar. InsyaAllah,"
Amanat Ayahanda dirasakan terlalu tulus dan berat untuk dipikul.
"Jadi isteri solehah Melda. Isteri yang di dambakan suami. Jadilah seperti Ummi,"
Melda dah teresak-esak di situ. Sungguh berat amanat yang disampaikan oleh Ayahanda.
...tbc
YOU ARE READING
RAJUK (Completed)
ChickLitDibesarkan di rumah anak-anak yatim, Melda jadikan sekolah berasrama penuh sebagai tiket untuknya bebas. Sikapnya yang mudah mesra dan peramah dengan kawan-kawan buatkan dia mudah didekati. Kali pertama mereka bertemu waktu Melda masih dahagakan per...